Hempedal Goreng Bawang Air Fryer Yg Ringkas Dan Sedap

Loading...

Hempedal Goreng Bawang Air Fryer Yg Ringkas Dan Sedap ||
Salam semua, siapa suka mkn hempedal ayam, mesti ramai peminat ni kan. Biasa kalau beli kat kedai yg dah siap packed penuh dgn hempedal ayam saja. Kat rumah tak usah cakap memang peminat hardcore punya bab hempedal ayam. 😀

Hempedal Goreng Bawang Air Fryer Yg Ringkas Dan Sedap,

Biasa masak hempedal ayam goreng kunyit bawang mudah jerr. Kalau dulu goreng – goreng dlm minyak. Sekarang mudah jerr, masuk dlm air fryer sedap macam goreng dlm minyak jugak. Garing dan rangup.

Dulu, akui first time nak goreng hempedal ayam dlm air fryer ni, tak blh nak telan hii. Ya lah kan dah biasa dgn minyak, tiba – tiba nak bertukar kepada guna air fryer ni macam susah pulak. Itu kali pertama lah. Bila lama- lama dah biasa asyik goreng dlm air fryer lama – lama tekak blh terima.

Korang yg baru – baru nak guna air fryer ni memang lah korang akan cakap macam- macam tak sedap macam goreng minyak lah, itu lah inilah kan. Tapi percayalah, lama – lama korang akan kurang membebel hii. Nak mkn sihat kan, kena berkorban apa sahaja. 😀

Tips nak dapatkan hempedal goreng rangup senang sahaja, tambah lah masa lagi ya. Biasa goreng dlm ni, kena lebihkan sikit dlm 30 minit. Lebih – lebih lagi kalau basket air fryer tu penuh sangat dgn hempedal ayam. Tapi tengok kepada keadaan juga.

Hati ayam pun goreng dlm ni tak ada dah isilah letup – letup. Bunyi letup dlm tu ada lah. Nanti Yg itu nak kongsikan juga nanti ya. 🙂

Cubalah resepi mudah sahaja ni, kalau macam tak tahu nak masak apa, otak dah stuck, yg ini lah selalu buat :D. tapi laku keras licin. Versi goreng kunyit ni macam – macam tapi yg ini paling simple lah. Bawang kena goreng sekejap guna kuali lain hii..tak apa letak minyak sikit jerr. Okehh Selamat mencuba 🙂

Hempedal Goreng Bawang Air Fryer Yg Ringkas Dan Sedap

Bahan – Bahan
Hempedal ayam digaul garam kunyit
1 labu bawang kuning dipotong baji
2 biji lada hijau besar dihiris serong

Cara – Cara
1. Masukkan hempedal ayam ke dlm basket air fryer.
2. Kemudian pusing tombol suhu ke 180 C dan masa dlm 30 minit.
3. Separuh masa pertama balikkan dan goreng sampai garing. Kalau nak garing lagi sila tambah. masa. Blh check dr semasa ke semasa nak balikkan ya.
4. Dah garing angkat dan ketepikan.
5. Dlm kuali lain, panaskan minyak sedikit dan  goreng bawang kuning dan lada besar sehingga layu.
6. Masukkan dlm hempedal ayam yg dah digoreng dan gaul rata.
7. Siap utk dihidangkan.

Loading...

Tags: #BAWANG #FRYER #GORENG #Hempedal #Ringkas #Sedap

author
Author: 
    Diminta Jadi Ketua Umum Partai, Awkarin: Saya Gak Akan Ditunggangi Pihak Manapun!
    slidegossip.com – Selebgram kondang Awkarin kembali menyita perhatian publik. Setelah sebelumnya ia sempat
    Lucinta Luna Ketahuan Lagi Bernama Asli Muhammad Fatah dan Abash Adalah Wanita Bernama Dian Ayu?
    slidegossip.com – Nama Lucinta Luna sudah lekat dgn imej artis yg tak kenal
    Ketua Juri Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak akan diambil tindakan – KPM
    Putrajaya, 15 Okt – Isu debat Bahasa Inggeris yg tular di media sosial
    Apa Itu Deepfake dan Inilah Bahayanya
    Aplikasi kamera saat ini sudah sedemikian canggih. Para pengguna sekarang bisa membuat kaki

    Leave a reply "Hempedal Goreng Bawang Air Fryer Yg Ringkas Dan Sedap"