Hasil Musang King lebih cepat

Loading...

Utusan 3 - Hasil Musang King lebih cepat

Teknik cantuman dewasa Jabatan Pertanian percepat pengeluaran hasil Musang King

ASHRIQ FAHMY AHMAD  |  05 Oktober 2015 

Terkenal berdasarkan cita rasa serta rupa yg begitu menyelerakan, durian Musang King atau gelaran sebenarnya Raja Kunyit sentiasa mendapat sambutan hangat dlm kalangan peminat raja buah tersebut.
Ternyata, pelaburan pengusaha yg menanam varieti durian klon D197 itu bertahun dahulu kini mula membuahkan hasil. Lonjakkan Musang King di pasaran akibat permintaan tinggi membolehkan pengusahanya mengaut keuntungan yg lumayan. Cuba anda bayangkan harga bagi sekilogram (kg) mampu mencecah RM30 sehingga RM35 pd waktu-waktu biasa dan naik sehingga RM60 bagi waktu kurang bekalan.

DurianUM2 - Hasil Musang King lebih cepat

Bagi merancakkan lagi industri itu, Jabatan Pertanian telah memperkenalkan pelbagai teknik utk mempercepatkan pengusaha ladang durian Musang King menikmati hasilnya.

DurianUM3 - Hasil Musang King lebih cepatMenurut Penolong Pegawai Penyelidik, Unit Hortikultur, Jabatan Pertanian Daerah Raub, Pahang, Mohd. Ali Hanafiah Mazlan, antara kaedah terpantas utk mendapat hasil adalah teknik cantuman dewasa.

DurianUM1 - Hasil Musang King lebih cepatJelasnya, teknik kebiasaan yg digunakan dlm bidang pertanian tersebut amat sesuai utk pokok durian.

“Cantuman dewasa membolehkan tempoh berbuah disingkatkan kepada empat sehingga lima thn berbanding kaedah cantuman anak pokok (kahwin) yg perlu menunggu lebih drpada jangka masa tersebut.

“Teknik ini menggunakan pokok penanti drpada varieti lain dan di sini kami menggunakan pokok durian kampung yg telah dewasa, matang dan berbuah,” katanya ketika ditemui di Raub, Pahang baru-baru ini.

Tambah Mohd. Ali, dia menggunakan ranting pokok durian Musang King yg memiliki tunas utk ditumpangkan. Ujarnya, hanya bahagian ranting tersebut yg sesuai, mampu membesar dan menjadi batang utama bagi menggantikan pokok asal yg di tumpang.

Pemilihan durian kampung sbg pokok penanti kerana varieti tersebut tahan lasak, selain buahnya tidak memiliki harga yg tinggi di pasaran. Rata-rata pemilik ladang durian terutamanya pd peringkat awal penanaman dahulu lebih cenderung utk menanam varieti durian kampung sahaja.

Pokok durian kampung yg ditanam oleh generasi terdahulu kini mencecah puluhan thn dan ada di antaranya sudah tidak mampu mengeluarkan hasil dgn baik.

Untuk menanam pokok durian Musang King bermula drpada anak benih memerlukan jangkamasa yg agak lama. Justeru, teknik catuman dewasa lebih sesuai digunakan.

Tambah Mohd. Ali, teknik cantuman dewasa dilakukan dgn mengenal pasti potensi pokok penanti yg sedia ada. “Caranya mudah iaitu dgn meneliti kewujudan tunas kecil di sekitar pangkal pokok penanti. Jika ada, bermakna pokok tersebut sesuai utk digunakan.

“Seterusnya, mengikis nipis bahagian kulit pokok penanti pd arah berlawanan pokok tersebut akan ditumbangkan.

“Ini kerana kita mahu mengelakkan batang pokok penanti yg ditebang menimpa dahan yg ditumpang lalu merosakkannya,” katanya.

Setelah itu, kulit pokok penanti akan disiat sedikit bagi memberi ruang utk ranting pokok Musang King diselit ke dlm kulit tersebut. Bagaimana pun tidak semua ranting Musang King sesuai digunakan, antaranya adalah ranting yg terdiri drpada enam sehingga tujuh helai daun perlu memiliki tunas (petiole) di celahan daunnya.

Hal demikian kerana, tunas tersebut akan membesar dan menjadi dahan seterusnya menggantikan batang pokok penanti yg lama. Kemudian ranting yg telah diselit ke dlm kulit pokok penanti akan dibalut dgn lapisan plastik nipis bagi memastikannya melekat kukuh pd pokok penanti.
Di sini, mereka menemui kaedah baharu bagi memudahkan balutan kerana cantuman dewasa tersebut dibuat pd batang pokok durian kampung tua yg memiliki ukur lilit yg lebar.

Mohd. Ali menggunakan kaedah ikatan ‘tali kasut’ dgn memaku di kiri dan kanan pokok penanti sebelum mula menjalin lapisan plastik seterusnya memegang dahan yg diselit dgn kemas.
Selesai balutan dilakukan, tunas tersebut akan dilabel serta dipantau sehingga tunas membesar selama 45 hari dan ke atas.

Jelas Mohd. Ali, pd usia 45 hari, mata tunas yg membesar masih hijau dan pengusaha perlu memastikan cantuman tunas benar-benar kukuh sebelum balutan dibuka.
Pun begitu, tunas yg baharu tumbuh perlu diikat pd pancang kayu atau buluh utk memberi sokongan agar tidak sekah.

Setelah membesar di dlm lingkungan beberapa bulan lagi selepas tempoh tersebut, barulah batang pokok penanti ditebang bagi memudahkan dahan baharu menggantikannya. Jika pokok penanti ditebang terlebih dahulu baharu dilakukan teknik cantuman dewasa, dikhuatiri pokok penanti mudah mati atau cantuman tidak berjaya dan perkara tersebut akan merugikan pemiliknya.

Teknik cantuman dewasa dikatakan lebih mudah dan selamat dilakukan malah dgn kelolaan dan tunjuk ajar oleh kakitangan jabatan, pengusaha tanaman durian dapat melakukannya sendiri dgn baik. Dlm pd itu, Mohd. Ali berkata, teknik itu bukan sahaja blh dilakukan kepada Musang King sahaja, malah sesuai diaplikasikan kepada mana-mana varieti durian yg lain.

Raub hab durian
Pahang mempunyai tanah seluas 10,339.5 hektar utk tanaman durian iaitu kedua terluas di Malaysia. Daerah Raub pula merupakan anatrayang terbesar dgn penanaman pokok durian seluas 4,950 hektar bagi negeri Pahang. Sejumlah 2,486 petani terlibat dgn penanaman pokok durian tersebut dan 163 peserta bergiat sama ada secara kecil-kecilan, berkelompok atau komersial.
Penglibatan petani dlm penanaman pokok durian adalah memberangsangkan berikutan terdapat pelbagai klon dan jenis baharu seperti D197 atau lebih dikenali sbg Raja Kunyit atau Musang King’ selain klon D24 yg mendapat permintaan tinggi di dlm dan luar negara.
Antaranya, Basri Ramli, 58 yg mengusahakan ladang durian seluas empat ekar dgn sejumlah 40 pokok semuanya.

Jelas Basri, pokok-pokok yg ditanam di ladangnya itu telah berusia hampir 30 thn.

“Ketika program ini diperkenalkan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenalpasti hanya dua kawasan iaitu di Raub, Pahang dan Batu Kawan, Pulau Pinang.

“Oleh yg demikian saya mengambil peluang ini dgn menyertai program yg diadakan,” katanya. Ujarnya, menerusi program tersebut segalanya dikelolakan oleh jabatan bermula drpada kursus sehingga kepada khidmat nasihat.

“Menerusi teknik cantuman dewasa ini dijangkakan pokok tumpang memerlukan empat setengah sehingga lima thn sahaja utk mengeluarkan hasil,” katanya.

Dalam pd itu, jelas Pegawai Pertanian Daerah Raub, Pahang, Radzali Guat Ching, sebanyak empat buah kampung terlibat dlm program tersebut iaitu Kampung Pamah Kulat, Kampung Pamah Rawas, Kampung Peruas dan Kampung Kuala Keloi. Empat kampung tersebut melibatkan 180 peserta dgn kawasan tanah seluas 245 hektar (ha) keseluruhan, namun bagi kawasan durian hanya melibatkan 30 perserta dgn keluasan tanah 35 ha. Selain durian, tanaman lain seperti dokong, langsat, rambutan dan lain-lain jenis buah-buahan juga turut terlibat.

“Dijangka kita akan melihat kejayaan program ini dlm jangka masa lima sehingga enam thn lagi.

“Untuk durian kita menjangkakan sebanyak 1418 pokok durian kampung akan ditukarkan kepada varieti musang king menerusi kaedah cantuman dewasa di dlm program ini,” katanya.

Bagaimanapun ujar Radzali, tidak semua durian kampung akan ditukar kerana masih terdapat varieti durian kampung yg berkualiti. Durian kampung juga mendapat permintaan yg baik terutamanya dr negara China, dijadikan perisa dan pelbagai lagi produk hiliran.

Jelasnya, fungsi jabatan utk mengembangkan teknologi dan memberikan khidmat nasihat kepada petani serta usahawan.

Antara tumpuan jabatan masa kini adalah utk mengalakan golongan muda menceburi bidang pertanian seperti melalui Program Tapak Kekal Pengeluaran Mknan dan pelbagai lagi.  Program tersebut bukan sahaja melibatkan pelbagai jenis tanaman namun turut memuatkan penternakan madu kelulut.

Loading...

Tags: #Cepat #Hasil #King #Lebih #Musang

author
Author: 
    KPM tidak pandang ringan gangguan seksual kanak-kanak
    JANGAN PANDANG RINGAN TERHADAP GANGGUAN SEKSUAL KANAK-KANAK Peka dgn keselamatan diri kanak-kanak, Kementerian
    Apa itu Cikgootube?
    CIKGOOTUBE? APA NI? SEIRING kepesatan teknologi masa kini dan kepentingan kaedah pembelajaran abad
    Muka Sih Bule Blasteran, Tapi Siapa Sangka 6 Artis Terkenal Ini Beragama Islam!
    slidegossip.com – Dunia hiburan tanah air diramaikan dgn munculnya para artis yg berdarah
    Selalu Tampak Sehat, Vidi Aldiano Mengidap Kanker Ginjal, Ternyata Ini Penyebabnya!
    slidegossip.com – Selama ini selalu tampak sehat dan bugar, siapa sangka Vidi Aldiano

    Leave a reply "Hasil Musang King lebih cepat"