Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Utk Allingment Dan Balancing

Assalamualaikum..

Maaf agak lama tak berupdate blog ini berikutan terlalu sibuk dgn kerja . Oh ye , dua minggu lepas sempat Hantar Ke Bengkel Proton Wira Kesayangan Utk Allingment Dan Balancing . Memang dah agak lama juga tak Allingment dan Balancing ni sampai apabila memandu rasa tidak selesa keadaan stereng ke kiri sahaja dan rasa sedikit gegaran . Memang hancus mood memandu kalau kena macam ni . Jadi sempat ke beberapa bengkel sebab banyak pula kereta , jadi memang rezeki saya pd masa tu ada bengkel yg masih sudi utk lakukan Allingment dan Balancing pd kereta Proton Wira kesayangan ni 🙂 .

Alligiment balancing kereta - Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Utk Allingment Dan Balancing

sampai je , terus buat apa yg patut , memang laju buat kerja 🙂

Ok sebelum saya ceritakan dgn lebih lanjut pasal Allingment dan Balancing ini , mari saya ceritakan serba sedikit panduan utk semua . mana tahu berguna pd masa akan datang 🙂 .

Panduan Alignment Dan Balancing Tayar Kereta

Alignment

Alignment dlm bahasa teknikal disebut car / handling / suspension geometry setting. Di mana dua tayar di depan diselaraskan utk sama rata masa driving (maksudnya lurus kedepan) dan tayar belakang pula sama lurus dgn tayar depan supaya serentak semasa on the road. Allignment dibuat bergantung pd steering rack dan adalah disarankan setiap 3,000 sehingga 5,000 km alignment perlu dibuat.

TOE-in TOE-out

Alignment juga disebut sbg adjust TOE utk kesemua 4 tayar axle depan dan belakang tetapi axle belakang tidak semua model blh adjust , ia bergantung kepada sistem suspensinya. TOE maksudnya adalah berapa banyak tayar terkangkang keluar atau masuk. TOE ada dua iaitu Toe in ( tayar terkangkang ke dlm ) dan Toe Out (tayar terkangkang keluar).

Caster

Caster adalah setting yg menggunakan mesin tembak light antara kedua tayar supaya selari kemudian adjust nut utk diselaras semula. Namun bagi sesetengah kereta caster biasanya dah tetap dr kilang dan tidak blh diubah.

Camber

Camber pula adalah sebanyak mana tayar terkangkang keluar atau masuk dr pandangan hadapan sama ada dgn menambah screw camber yg blh adjust. Jika tayar kereta kelihatan semakin terkangkang adalah disarankan melakukan camber adjust.

Tanda-tanda kemungkinan camber setting lari :

  • Mungkin langgar lubang yg kuat
  • Kalau tepi tayar kelihatan berbulu ( tayar mkn sebelah )
    Cuba pusing steering ke kiri dan ke kanan semasa kereta berhenti atau selekoh. Kalau rasa tak sama berat, contohnya kekanan lebih berat drpada kekiri, atau steering senget sebelah hendaklah anda hantar kereta ke bengkel tayar utk pemeriksaan.

Selalunya standard screw camber specs kilang berbentuk bolt dgn batang beralur dgn kepala bentuk segienam manakala nut pula adalah pengikat, bentuk segienam dgn alur di tengah-tengahnya. fixed camber standard screw camber specs kilang dlm bentuk -0.5 degree camber

Perbezaan antara camber screw biasa dgn adjustable camber

Sekiranya kereta adjust kepada lowered , pakai spring sport , absorber sport yg tapak rendah, atau spring potong atau sport rim besar kedai tayar selalunya akan advice menukar camber screw asal standard -0.5 degree itu kepada adjustable camber -1.5 degree.

Kereta Standart tak ada lowered tak pernah tukar absorber selain absorber standard, spring standard kilang, tak perlulah pakai jenis adjustable chamber (-1.5 degree).

Bacaan berdasarkan reading kat skrin komputer wheel alignment:

A) unit ukuran TOE biasanya dlm mm namun ada juga dlm unit degree.

TOE 0 mm bermaksud tayar tegak lurus ke arah depan.
TOE +5mm bermaksud tayar terkangkang keluar sebanyak 5mm dr hub.
TOE -5mm bermaksud tayar terkangkang masuk sebanyak 5mm dr hub.

B) unit ukuran CAMBER adalah degree.
CAMBER 0 degree bermaksud tayar tegak ke atas.
CAMBER -1.0 degree bermaksud bahagian atas tayar masuk ke dlm sebanyak 1 degree.
CAMBER +1.0 degree bermaksud bahagian atas tayar keluar ke luar sebanyak 1 degree.

A) kalau duduk dlm petak hijau contohnya, selalunya antara tolerence +0.1 sehingga ke -1.5 degree masih dikira baik tetapi kalau kanan condong sangat(-ve) dan terkangkang dr kiri steering akan berat sebelah, kalau lepas stering kereta akan kekiri dan sebaliknya.

B) kalau duduk dlm petak merah contohnya, camber kereta tersebut memang sudah lari, masuk ke dlm ruangan “merah” di luar toleransi camber yg dibenarkan. Tentukan perbezaan antara kiri kanan tidak lebih dr 0.5 dikira masih baik.

Alligiment balancing kereta 2 - Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Utk Allingment Dan Balancing

Tyre Balancing

Balancing pula bermaksud imbangan tayar beserta rim. Ia adalah utk memastikan putaran tayar beserta rim ini adalah seimbang pd paksi putarannya (pada hub tayar). Balancing tayar disarankan setiap enam bulan.

Ketika anda sedang membawa kereta dan steering bergegar, anda perlu buat balancing, mungkin sebab tayar berpusing tidak seragam. Selain itu steering gegar mungkin berkaitan sport rim dah bengkok.

Apa ciri-ciri yg anda rasa pd kereta anda jika sportrim bengkok :
1. Steering bergegar (stereng jadi gegar gile bila speed 110.)
2. Dashboard bergegar
3. Tayar berbonjol
4. Cermin tingkap bergegar
5. Satu kereta bergegar (paling teruk)

Info kredit kepada Facebook Page JSK Motorsports Community

Alhamdulillah , selesai je semua urusan Allingment dan Balancing , alang-alang saya suruh tukar minyak hitam , Oil Filter dan palam pencucuh atau Plug . Banyak juga modal yg dibelanjakan , tetapi tak mengapalah , urusan macam ni dah memang wajib utk kereta lebih-lebih lagi Proton Wira kesayangan ni dah berusia 

The post Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Utk Allingment Dan Balancing appeared first on wanzawawi[dot]net.


Carian Berkaitan

toe tayar belakang wira
Loading...

Tags: #'Wira #Allingment #Balancing #Bengkel #Hantar #Kesayangan #Proton

author
Author: 
    Sekarang Ganteng Banget! Wajah Artis Ini Sebelum Operasi Plastik Bikin Kecewa Netizen?
    slidegossip.com – Rowoon SF9 dikenal memiliki wajah super tampan dgn postur tubuh yg
    Download : Homophones of There | Their | They’re (Worksheets)
    Words there their they’re are homophones which are easily confused. This trio falls
    “Nak pakai kasut coklat, kasut putih, kasut hitam, kasut kelabu pun blh” – Dr Mahathir
    Dr Mahathir Mohamad berkata masih byk maklumat yg sedang “dihadam” beliau di Kementerian
    Sinopsis The Demi-Gods And Semi-Devils Episode 1
    Kini RTV akan menayangkan drama asal Tiongkok yg berjudul The Demi-Gods And Semi-Devils.

    Leave a reply "Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Utk Allingment Dan Balancing"