Hanee Haneesya Diejek Hitam Lps Kantoi Minum Arak Dan Clubbing, Netizens Dinasihatkan Jangan Serang Fizikal..

Loading...

Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Dik Hanee Haneesya,

Ketahuilah sesungguhnya sebelum ini saya tak pernah ambil tahu pun pasal pertandingan Dewi Remaja. Tahu-tahu dah ada pemenang.

Tapi edisi kali ni saya ikuti juga sikit-sikit. Itupun sebab ada kau dik. Tak pernah saya jumpa melayu berkulit gelap mcm kau berani ke depan dan melawan mitos yg cantik itu kulitnya putih.

HaneeBHaneesya - Hanee Haneesya Diejek Hitam Lps Kantoi Minum Arak Dan Clubbing, Netizens Dinasihatkan Jangan Serang Fizikal..

Kau tahu dik, selalu saya ingatkan kepada pelajar sekolah jangan ejek fizikal kawan, baik ketinggiannya, saiz badannya, ejekan pd nama bapak, apatah lagi yg melibatkan soal kulit.

Bila saya ikuti kisah kamu, ternyata masa kecil itulah yg kau alami. Ejekan demi ejekan. Siap orang gelar kau arang lagi. Tapi kau kuat. Kau jadikan ejekan itu pembakar semangat utk berjaya.

Dan akhirnya kau dinobatkan menjadi pemenang Dewi Remaja. Nama kau sebenarnya sudah setanding pemenang yg lps, Neelofa, Scha Alyahya dan lain-lain.

Tapi hari ni, sesuatu yg mengejutkan telah berlaku. Tular video dan gambar lama kau minum arak di media sosial. Maka, pihak penganjur Dewi Remaja terus menarik balik gelaran itu, kerana melanggar terma dan syarat.

Kau terus saja akui kesilapan. Mohon maaf dan redha dgn keputusan penganjur program berkenaan. Tak cukup dgn itu, kau sebut jangan kecam ibu saya, dia tak bersalah. Mak dah didik dgn elok, tapi ia kesilapan dan kebodohan diri sendiri. Kau pun sungguh-sungguh menyesali perbuatan berkenaan.

Tak apa dik, at least kau tak membelit seperti segelintir politician di Malaysia. Terus saja mengaku, membenarkan perkara itu serta bersedia bertanggungjawab.

Susah orang nak akui kesilapan dik. Apatah lagi ia melibatkan hal yg mengaibkan. Saya terbaca juga komen netizen, “dah lah muka hitam, hati pun sama hitam minum kencing setan.”

Aduh!

Agak-agaklah nak mengomen kawan-kawan. Yg kau kena benci maksiat yg beliau lakukan, bukan batang tubuh dirinya. Kau mengutuk gitu pun bukan dpt pahala.

Jadi, apa kau kena buat selepas ni dik?

Muhasabah dan terus muhasabah. Ada hikmah benda ni berlaku awal. Bayangkan saat kau berada di puncak, dan katakanlah ketika itu kau dah berhijab, lagilah kau down bila tersebarnya video berkenaan. Eloklah ia berlaku sekarang. Nanti buat comeback.

Jangan risau, di Malaysia ni cepat je orang lupa kesilapan yg kita buat. Tengok DS Najib Razak sekarang, happy je memanjang walau mcm-macam kes yg disiasat. Malu apa bossku. Hmm

Kawan-kawan,

Ada beberapa perkara saya nak tekankan,

1. Sebutkan pd anak-anak agar tak hina dan ejek kawan-kawan di sekolah. Walau benda ni nampak remeh, tapi kesannya amat mendalam. Kanak-kanak ini akan membesar dlm keadaan takut.

2. Apa jua maksiat yg dilakukan, please jangan hina batang tubuh individu berkenaan. Kita wajib benci maksiat yg dilakukan, tapi jangan benci si pelaku maksiat. Journey manusia mencari Tuhan tak sama. Ending kehidupan pun tak sama.

3. Utk pihak penganjur, tolong fikirkan balik berbaloi ke utk kau orang teruskan lagi pertandingan sebegini. Sudah-sudahlah. Penat kot mengadap budak-budak baru nak up ni. Dah lah mcm-macam perangai. Di Instagram lagi, twitter, tik tok. Memasing perangai mcm apa je. Jadi social media influencer lagi, habis beri impak buruk pd bebudak lain.

Semoga maju jaya Hanee. Semoga kejadian ini permulaan kepada spiritual journey kau mengenali Tuhan. Amin.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
Pernah jumpa kau masa ceramah di sekolah thn 2016 dahulu.

#TukangCeramahBudakSekolah

Loading...

Tags: #Arak #Clubbing #Diejek #Dinasihatkan #Fizikal #Hanee #Haneesya #HITAM #Jangan #Kantoi #Minum #Netizens #Serang

author
Author: 
    CUEPACS minta kerajaan jangan abai kebajikan guru
    SEMPORNA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dlm Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melihat kebajikan
    Lucinta Luna Alami Kecelakaan? Netizen: Curiga Jangan-Jangan Oplas Lagi!
    slidegossip.com – Artis sensasional Lucinta Luna dikabarkan mengalami kecelakaan sehingga membuat kepalanya harus
    Latih semula guru fahami Falasafah Pendidikan Kebangsaan – Rektor UIA
    PETALING JAYA: Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dzulkifli Abdul Razak berkata Malaysia perlu
    Latih semula guru, pendidik mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan – Rektor UIA
    PETALING JAYA: Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dzulkifli Abdul Razak berkata Malaysia perlu

    Leave a reply "Hanee Haneesya Diejek Hitam Lps Kantoi Minum Arak Dan Clubbing, Netizens Dinasihatkan Jangan Serang Fizikal.."