Guru wanita rugi RM387,000 mangsa Macau Scam

NT311017MU090c 1567315073 - Guru wanita rugi RM387,000 mangsa Macau Scam

JOHOR BAHRU: Seorang guru wanita berusia 38 thn, kerugian RM387,000 dipercayai ditipu individu yg menyamar sbg polis trafik menerusi panggilan telefon.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung penipuan Macau Scam itu kira-kira jam 11.48 pagi semalam.

Katanya, guru sebuah sekolah rendah itu, menerima panggilan telefon drpada suspek pd 4 Februari lalu, memaklumkan mangsa terbabit dgn kes langgar lari.

“Modus operandi yg dikesan adalah mangsa diarahkan suspek utk membuka akaun bank yg baharu atas nama mangsa, bertujuan meyakinkan mangsa, wang mangsa adalah ‘selamat’.

“Mangsa diarahkan suspek utk mendaftar nombor telefon yg tidak dikenali (untuk aktifkan perbankan internet) atas akaun bank yg baharu dibuka, bertujuan ‘mengawal’ akaun bank yg dibuka oleh mangsa.

“Mangsa diarahkan suspek utk memindahkan semua wang ke dlm akaun bank mangsa yg baharu dibuka,” katanya dlm kenyataan di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, mangsa juga diarahkan utk merahsiakan drpada keluarga dan kawan-kawan.

“Suspek mengarahkan mangsa utk memadamkan perbualan telefon (Whatsapp) dan menghapuskan slip bank yg berkaitan bg menghilangkan bukti dan keterangan.

“Mangsa tidak menyedari ‘kehilangan’ wang dlm akaun bank kerana suspek ‘mengawal’ akaun bank mangsa melalui perbankan internet.

“Mangsa dlm kes ini mengalami kerugian sebanyak RM387,000 iaitu dipercayai adalah dr duit simpanannya dan pinjaman peribadi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan blh dijatuhi hukuman maksimum 10 thn penjara, sebatan dan denda,” katanya.

Beliau berkata, polis Johor sudah berulang kali menasihatkan orang awam supaya tidak terpedaya dgn penipuan ‘Macau Scam’ dan tidak panik apabila menerima panggilan sebegini.

“Jangan mudah percaya dakwaan yg diterima melalui panggilan telefon. Jangan sesekali memberikan maklumat peribadi mahupun maklumat akaun bank kepada orang tidak dikenali.

“Agensi penguat kuasa tidak akan sesekali meminta butiran akaun bank dan maklumat peribadi mangsa.

“Polis Johor juga menasihatkan orang awam utk menyemak laman web www.ccid.rmp.gov.my/semakmule bg mengenal pasti sama ada akaun bank itu terbabit dgn kes penipuan atau menghubungi balai polis berhampiran,” katanya


Loading...

Tags: #Guru #Macau #mangsa #RM387000 #Rugi #Scam. #Wanita

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.