Guru wanita cedera diserang enam individiu

B3FEB0A4 AF10 4C54 874E F42C851D562E - Guru wanita cedera diserang enam individiu
Imej via Facebook

SEMPORNA: Seorang guru wanita cedera di mata selepas diserang enam individu di sebuah tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kampung Sungai Buaya dekat sini minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi pd 21 Oktober lalu itu, guru wanita berkenaan dikatakan dipukul oleh empat suspek lelaki bersama dua wanita termasuk pembantu murid di tadika berkenaan.

Mangsa juga mendakwa ditampar dan dicekik selain dipukul menggunakan objek keras sehingga mengakibatkan kecederaan serta pendarahan pd mata, hidung dan bibir sebelum membuat laporan polis pd jam 10.40 malam, hari yg sama.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Sabarudin Rahmat, berkata susulan laporan itu, polis berjaya menangkap semua suspek yg berumur antara 18 sehingga 60 thn termasuk beberapa saksi, utk diambil keterangan bg membantu siasatan.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca drpada perasaan tidak puas hati suspek terhadap guru wanita berkenaan.

“Semua mereka mempunyai hubungan persaudaraan, bagaimanapun polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk menunggu laporan pemeriksaan doktor sebelum kertas siasatan lengkap diserahkan kepada timbalan pendakwa raya utk pertuduhan,” katanya dlm satu kenyataan hari ini.

Kejadian yg tular di laman sosial Facebook sejak 30 Oktober lalu itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Pada masa sama, Sabarudin turut menggesa pengguna media sosial supaya tidak mengeluarkan komen yg blh mengganggu siasatan polis di samping meminta saksi lain tampil bg membantu siasatan.

Loading...

Tags: #cedera #diserang #Enam #Guru #individiu #Wanita

author
Author: 
    Sebut Orang Miskin Tularkan Penyakit? Yuri Dikritik Netizen: Corona Bukan Dari Orang Miskin Pak!
    slidegossip.com – Saat menyampaikan laporan terkini soal penanganan kasus corona atau covid-19, juru
    Dihina Tua dan Peot, Kirana Larasati Kasih ‘Tamparan’ Balik! Ini Kata-Kata Sadisnya!
    slidegossip.com – Kirana Larasati dikenal sbg artis yg rajin membagikan momen-momen aktifitasnya di
    Dulu Gak Percaya Tuhan Itu Ada, Kini 3 Artis Ini Peluk Islam! No 2 dan 3 Terlahir Muslim!
    slidegossip.com – Sejatinya semua makhluk hidup dan seisi alam semesta ini ada penciptanya.
    Basic Reading Material 02 (Flashcards)
    Reading is an important skill for success in any facet of life. Reading

    Comments are closed.