Guru Terengganu, Kelantan dinasihat terus berbakti di Sabah, Sarawak – Maszlee

47446246 2442456339158958 2890624487559004160 n 1 - Guru Terengganu, Kelantan dinasihat terus berbakti di Sabah, Sarawak - Maszlee

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan mengakui kekurangan guru agama di Sabah dan Sarawak kritikal.

Sehubungan itu, Menterinya, Maszlee Malik menasihatkan guru agama dr Kelantan dan Terengganu tidak pulang ke Semenanjung buat sementara, sebaliknya terus menabur bakti di Sabah dan Sarawak.

“Bekalan guru-guru agama di Sabah dan Sarawak memang benar-benar mendesak, sebab itu saya sudah bertemu dgn Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) dan beberapa rakan dr Kelantan dan Terengganu.

“Jika blh, kita pujuk ustaz dan ustazah dr Kelantan, Terengganu dan Kedah mengajar di Sabah dan Sarawak buat sementara ini tidak pulang ke Semenanjung bg menjadi medan dakwah mereka dan medan menabur bakti,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian berhubung cadangan Tuan Ibrahim yg juga timbalan presiden PAS supaya Kementerian Pendidikan menambah sekolah agama di Sabah dan Sarawak bg menyeimbangkan kekurangan guru agama.

Maszlee berkata, cadangan menambah sekolah agama di Sabah dan Sarawak akan diteliti kementeriannya.

“Cadangan (Tuan Ibrahim) idea yg bernas. Kita akan teliti pandangan itu dan jika ada bajet akan dimasukkan ke dlm RMK12 (Rancangan Malaysia ke-12),” katanya.

Sumber: Free Malaysia Today

loading…

Loading...

Tags: #berbakti #dinasihat #Guru #KELANTAN #Maszlee #Sabah #Sarawak #Terengganu #Terus

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "Guru Terengganu, Kelantan dinasihat terus berbakti di Sabah, Sarawak – Maszlee"