Guru takut cuti bersalin kerana tiada pengganti?

Loading...

20141016 153521 1 - Guru takut cuti bersalin kerana tiada pengganti?
Imej via Google Images

PETALING JAYA: Pemuda PPBM menggesa Kementerian Pendidikan menyelesaikan isu kekurangan guru ganti di sesetangah sekolah sehingga mengganggu sesi pembelajaran.

Exco Pendidikan Pemuda PPBM, Mohd Ashraf Mustaqim berkata guru juga takut mengambil cuti panjang termasuk cuti bersalin kerana memikirkan tanggungjawab mendidik yg perlu diutamakan.

“Isu kekurangan guru dan tiadanya peruntukan utk guru ganti, kelihatan sangat meruncing apabila byk aduan dr pihak guru dan sekolah yg memaklumkan bermula bln Mac ini, tiada lagi peruntukan utk kemasukan guru ganti andai ada guru bersalin atau cuti sakit berpanjangan.

“Ini semestinya akan membebankan dan mengganggu proses penyampaian ilmu di sekolah-sekolah. Pemuda PPBM berharap pihak KPM mencari jalan bg peruntukan guru ganti, sehinggakan ada guru yg mengadu ‘tidak berani nak beranak sebab tanggungjawab nak mendidik’,” katanya.

Asyraf menambah, selain isu guru ganti, Pemuda PPBM melalui Angkatan Gerak Minda Malaysia (Agra) mendapati kekurangan peralatan di sekolah juga merencatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Katanya, terdapat sekolah di mana pelajarnya terpaksa bersila di atas lantai kerana ketiadaan kerusi dan meja.

“Pihak sekolah, ibu bapa, malah pimpinan masyarakat termasuk dr kalangan beberapa wakil rakyat sendiri mengadu permintaan dr sekolah-sekolah yg tidak mempunyai kelengkapan yg cukup termasuklah ketiadaan meja dan kerusi, sehingga ramai pelajar terpaksa duduk di lantai tanpa keselesaan demi meneruskan sesi pembelajaran.

“Isu peruntukan kertas turut dibangkitkan, kekurangan bahan itu membebankan pihak sekolah kerana terpaksa berjimat cermat sehingga membebankan guru dan juga ibu bapa, apatah lagi bg mereka yg kurang berkemampuan setelah peruntukan kertas utk sekolah-sekolah dipotong,” katanya.

Ashraf berkata, kementerian perlu memandang serius dlm menyelesaikan isu berbangkit itu supaya ia tidak merencatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

“Andai terdapat sabotaj politik yg dilakukan pihak-pihak tertentu dan merencatkan perubahan yg giat dilakukan pihak Maszlee Malik sbg menteri, biro pendidikan Pemuda PPBM sedia ke hadapan menghalang gerakkan itu,” katanya sambil memuji tindakan pantas kementerian menyelesaikan isu kekurangan guru Sains dan Matematik di Pulau Pinang baru-baru ini.

Sumber: Free Malaysia Today

Loading...

Tags: #Bersalin #CUTI #Guru #kerana #Pengganti #takut #Tiada

author
Author: 
    Sudah Mantap Berhijab, Artis Cantik Ini Byk Dpt Godaan Utk Lps Hijab!
    slidegossip.com – Artis cantik Citra Kirana akhirnya memutuskan utk berhijab sejak empat bln
    Muat Turun Toolkit PdP KBAT Terbitan BPK, KPM
    Toolkit PdP KBAT adalah satu manual pelaksanaan yg lengkap bg sekolah utk membudayakan
    Vanessa Angel, Apa Kau Lupa Surgamu Dimana? Mengapa Kau Blokir Instagram Ayahmu?
    slidegossip.com – Kabar hubungan Vanessa Angel dgn sang ayah, Doddy Soedrajat yg disebut-sebut
    #CadangMakan : Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Murah, Sedap & Berbaloi lah!
    Assalamulaikum gais, Pernah datang port mkn Mainroad di Jalan Ampang tak? Ha ni

    Leave a reply "Guru takut cuti bersalin kerana tiada pengganti?"