Guru rajin di sekolah alami tekanan dakwa NUTP

iPiccy image 1 - Guru rajin di sekolah alami tekanan dakwa NUTP

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mendedahkan guru rajin di sekolah merupakan antara mereka yg berdepan dgn tekanan kerja tinggi.

Presidennya, Kamarozaman Abd Razak berkata, ini kerana berlaku pengagihan tugas berdasarkan kepada usaha yg ditampilkan antara guru.

“Biasanya di sekolah akan ada guru yg rajin disebabkan itu byk tugas-tugas dibebankan kepada mereka. Sebenarnya mereka ini antara yg berdepan masalah tekanan.

“Sekarang ini, apa yg penting di sekolah adalah kebijaksanaan pengetua dan guru besar dlm mengagihkan tugas. Dgn kata lain, menjadi tugas pengetua dan guru besar utk menapis arahan yg diterima dan mengurankan beban guru,” katanya kepada Sinar Harian.

Kelmarin, CUEPACS mendedahkan lebih 400,000 penjawat awam tertekan dgn kerja sehingga mengalami tekanan jiwa bahkan ada yg diberikan kad psikiatri.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, 25 sehingga 30 peratus drpada 1.67 juta penjawat awam mengalami tekanan dan trend tersebut tidak menunjukkan sebarang pengurangan sejak beberapa thn lps.

Menurutnya, isu kos sara hidup dan tekanan semasa bekerja dilihat antara faktor utama menyebabkan penjawat awam terus dibelenggu tekanan.

Mengulas lanjut, Kamorazaman mendesak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pengetua dan guru besar mengurangkan tekanan kerja guru-guru di sekolah.

Jelasnya, walaupun pelbagai usaha drpada Kementerian Pendidikan dilaksanakan termasuk sembilan inisiatif yg diperkenalkan oleh Menterinya, Dr Maszlee Malik, namun ia seolah-olah tidak sampai ke peringkat bawah.

“Inisiatif yg diperkenalkan oleh KPM sebenarnya telah mengurangkan tugas guru tetapi pengetua dan guru besar seperti tidak percaya kepada punca kuasa yg diberikan selain berfikir cara lama.

“Jika diikutkan, kita telah selesaikan masalah tekanan kerja guru seperti tugas sampingan seperti fail buku teks yg tidak perlu terlalu terperinci seperti sebelum ini. Jika dahulu ada sembilan, sekarang cuma dua sahaja. Begitu juga dgn fail panitia yg digabungkan drpada enam menjadi satu,” katanya.

Beliau berharap pengetua dan guru besar tidak mengganggu tugas pengajaran dan pembelajaran di sekolah dgn tugas-tugas sampingan.

“Kita perlu fokus kepada tugas mendidik pelajar di sekolah dan ini perkara yg ditekankan oleh Maszlee. Kerja-kerja dokumentasi dan rekod berkaitan murid tidak lagi seperti dahulu. Jika dahulu tekanan lebih tinggi tetapi byk yg telah diselesaikan.

“Sekarang ii pun memang ada beban kerja yg belum dpt diselesaikan seperti murid ramai dlm satu kelas kerana melibatkan kewangan. Semua tugas kementerian utk mengubah nisbah murid kepada gurunya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


Loading...

Tags: #alami #Dakwa #Guru #NUTP #rajin #Sekolah #Tekanan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Guru rajin di sekolah alami tekanan dakwa NUTP"