Guru perlu terus berperanan lahir generasi kuasai bahasa Inggeris – PM

Loading...

mahathirBenglish - Guru perlu terus berperanan lahir generasi kuasai bahasa Inggeris - PM

KUALA NERUS: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan warga pendidik agar terus memainkan peranan dlm merealisasikan hasrat kerajaan utk melahirkan generasi yg menguasai bahasa Inggeris.

Perdana Menteri berkata, peranan guru amat besar dan penting dlm membentuk dan menentukan ‘jenis’ manusia yg menjadi warganegara Malaysia pd masa hadapan, dan lantaran itu kerajaan memberi tumpuan serius dlm bidang pendidikan.

“Janganlah jadikan ini sbg satu isu politik utk menidakkan penguasaan ilmu hanya kerana kepentingan politik mana-mana pihak. Kita perlu kuasai bahasa Inggeris dan saya harap warga pendidik akan utamakan penguasaan ini kerana ia adalah bahasa ilmu utk sains dan teknologi.

“Pendidikan sekarang akan berubah sedikit supaya kita akan dpt lebih byk manfaat drpada (sistem) pendidikan di negara ini,” katanya ketika berucap pd majlis bersama warga pendidik negeri Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad serta 1,000 warga pendidik.

Majlis itu merupakan program pertama Dr Mahathir yg melakukan lawatan kerja sehari ke Terengganu hari ini. Lawatan Perdana Menteri ini adalah yg pertama selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Mei lps.

Dr Mahathir berkata, kerajaan akan memperkenalkan sistem pendidikan yg lebih terarah kepada program membentuk rakyat lebih berwibawa dan mampu memajukan Malaysia dgn lebih pesat drpada dahulu dan sekarang.

“Dasar pendidikan kita bukan sahaja utk memberi ilmu tetapi juga utk membentuk peribadi yg baik. Utk ini, kita perlu tumpu ajaran agama kita (Islam)… tentang apa nilai hidup yg perlu dipegang dlm Islam. Saya harap semua anggota warga pendidik akan ambil tumpuan perkara ini.

“Kita akan ubah kurikulum dlm sekolah-sekolah supaya tumpuan diberi penguasaan ajaran Islam yg sebenar, penguasaan bahasa Inggeris dan penguasaan sains serta teknologi….dengan ini kita fikir kita mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dgn bangsa-bangsa lain di dunia ini,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata kerajaan pimpinan PH kini giat memulih serta memajukan negara supaya lebih baik dr dahulu malah dlm usaha ke arah itu, bidang pendidikan akan diberi keutamaan.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata kerajaan pusat sentiasa bersedia utk menjalin hubungan baik dgn kerajaan negeri Terengganu demi kepentingan rakyat.

Sementara itu, Dr Ahmad Samsuri semasa berucap berkata kunjungan Dr Mahathir adalah cerminan hubungan proaktif antara negeri dan persekutuan yg​​​ akan terus diperkukuhkan bg pembangunan wilayah yg seimbang.

“Kerajaan Terengganu sangat menghargai komitmen dan keprihatinan Kerajaan Persekutuan yg meneruskan beberapa projek di bawah Rolling Plan Yg Ketiga (RP3) dlm Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

“Terima kasih kami ucapkan atas keputusan Kerajaan Persekutuan utk meneruskan lapan projek di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), memperkasakan inisiatif pembangunan wilayah ekonomi Pantai Timur termasuklah mempertimbangkan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pd skala yg munasabah,” katanya.

Ahmad Samsuri menyifatkan kerjasama itu adalah satu langkah permulaan ke arah permuafakatan dan kerjasama yg lebih erat di masa hadapan utk menjadi pemangkin ke arah Terengganu lebih berdaya saing serta melengkapkan sasaran Malaysia sbg pemain ekonomi global. – BERNAMA

loading…

Loading...

Tags: #BAHASA #berperanan #generasi #Guru #Inggeris #Kuasai #Lahir #Perlu #Terus

author
Author: 
    JUMPA @ Sungei Wang : Tempat Mesti Pergi Dlm Kuala Lumpur
    Assalamualaikum guys.. Siapa tak pernah pergi Sungei Wang Plaza? Weh sini byk sangat
    FG Walet Bird’s Nest Meluaskan Empayar Di Johor Bharu
    Assalamualaikum, Kebaikan sarang burung kepada kulit muka & kesihatan badan memang sudah terkenal
    7 Seleb Ini Ganti Nama Setelah Masuk Islam, Namanya Jadi Indah Banget!
    slidegossip.com – Memilih agama atau keyakinan memang sudah menjadi hak pribadi masing-masing orang,
    Dulu Laris Manis Jadi Artis Sinetron, Lama Tak Muncul Malah Jualan Kopi dan Rempeyek!
    slidegossip.com – Nasib orang siapa yg bisa tahu, terkadang berada di atas, di

    Leave a reply "Guru perlu terus berperanan lahir generasi kuasai bahasa Inggeris – PM"