Guru perlu dinamik, peka pd peredaran zaman – Dr Maszlee

45188ACB F8E2 4951 B31D 69FBEA17F6BC - Guru perlu dinamik, peka pd peredaran zaman - Dr Maszlee

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kluang Thn 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Renggam, Johor pagi tadi. Majlis disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik. Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, YBrs Azman Adnan.

Bertemakan “Guru: Obor Hemah Menyinari Pertiwi”, sambutan diadakan sbg tanda pengiktirafan atas sumbangan dan jasa warga pendidik ke arah membangunkan modal insan negara.

Dalam ucapan beliau, YB Dr. Maszlee memohon agar guru-guru bersedia melakukan pembaharuan melalui strategi dlm pendidikan secara optimum dan berterusan.

“Justeru, guru-guru mestilah sentiasa dinamik dan progresif utk melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring dgn peredaran zaman,” kata beliau.

Beliau turut berkata, dlm merangka pendidikan holistik, KPM memberikan penekanan khusus kepada hala tuju mengembalikan cinta ke dlm pendidikan dgn memberi tumpuan kepada tiga nilai dan budaya teras iaitu kasih sayang, kegembiraan dan saling menghormati.

“Saya yakin bahawa guru-guru mampu utk menterjemahkannya dlm pembelajaran demi melahirkan insan yg mencintai satu sama lain, mencintai masyarakat dan akhirnya mencintai negara”, tambah beliau.

“Saya yakin di tangan adiwira-adiwira yg penuh dedikasi inilah letaknya harapan utk membangunkan modal insan yg benar-benar berbudi luhur, berakhlak mulia, berjaya dan cemerlang,” kata YB. Dr. Maszlee.

Sempena Sambutan Hari Guru Daerah Kluang thn ini, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kluang telah menyampaikan Anugerah Tokoh Kepimpinan Daerah Kluang kepada Tuan Haji Hassan Ahmad, mantan Timbalan Ketua PPD Kluang manakala Puan Hajah Rohani Bakar, mantan Pengetua SMK Simpang Renggam diumumkan sbg Tokoh Guru Daerah Kluang Thn 2019.


Loading...

Tags: #dinamik #Guru #Maszlee #peka #Peredaran #Perlu #Zaman

author
Author: 
    Di Desa Ini, Gadis Muda Wajib Menikah Sesana Jenis Dgn Wanita Tua! Tapi Mereka Bisa Punya Anak!
    slidegossip.com – Orang-orang asli Benua Afrika, kehidupannya dikenal masih kental dgn adat budayanya.
    Usai Nikah, Wanita Ini Baru Tahu Ternyata Suaminya Perempuan! Begini Caranya Menipu Keluarga dan Penghulu!
    slidegossip.com – Siapapun pasti menginginkan kebahagiaan bersama pasangan setelah menikah. Namun apa yg
    Begini Cara Reza Menipu Para Korbannya Hingga Si Wanita Rela Melepas Pakaian di Hadapannya!
    slidegossip.com – Apa yg dilakukan pemuda berusia 24 thn asal Jambi bernama M
    Artis Ini Melelang Keperawanannya Rp 2 Miliar Buat Pejuang Corona! Belum Dpt Uang, Malah Ini yg Terjadi!
    slidegossip.com – Artis dan selebgram cantik bernama Sarah Salsabila Keihl membuat heboh dunia

    Comments are closed.