![]() |
Gambar hiasan via MyAdventureHost |
GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas ketika menyertai aktiviti ‘water rafting’ di Sungai Jahang di Kampung Jahang dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, bot kedua yg dinaiki mangsa bagaimanapun terbalik kira-kira 500 meter dr tempat pelepasan di Kuala Razila.
Katanya, mangsa kemudiannya dihanyutkan lebih kurang satu kilometer sebelum dpt diselamatkan oleh krew bot pertama.
“Seorang krew segera memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada lelaki itu namun tiada sebarang tindak balas drpada mangsa.
“Pasukan perubatan dr Klinik Kesihatan Gopeng yg tiba di lokasi kejadian pd pukul 7 malam kemudiannya mengesahkan kematian mangsa,” katanya di sini hari ini.
Menurut Hasron Nazri, pemeriksaan fizikal ke atas mayat guru Sekolah Kebangsaan (SK) Limbongan, Melaka itu tidak menemui sebarang unsur jenayah utk disabitkan dgn kematian mangsa.
Katanya, siasatan mendapati, ketika kejadian berlaku air Sungai Jahang adalah deras ekoran cuaca hujan sebelum itu.
“Maklumat awal drpada saksi memberitahu bot yg dinaiki mangsa bersama enam yg lain telah melanggar tebing lalu gagal dikawal dan terbalik.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital kampar utk bedah siasat dan kes tersebut diklasifikasikan sbg mati mengejut,” katanya.
Sumber-UTUSAN ONLINE
Tags: #Guru #ketika #Lelaki #Maut #rafting #Water