Guru latih murid berenang guna kanvas

7C57211A 51BD 4602 A4C9 9280582C9C64 - Guru latih murid berenang guna kanvas

Keadaan sekolah yg serba kekurangan tidak menjadi halangan bg guru-guru pendidikan khas di Sabah utk memberi yg terbaik utk murid-murid mereka.

Tidak mampu membina kolam renang atau membawa anak-anak ke kolam renang awam, guru-guru Program Pendidikan Khas (PPKI) Sekolah Kebangsaan Gas Sandakan, Sabah, mencuba alternatif kreatif utk memberi latihan akuatik asas.

“Kami guru-guru sediakan kolam renang dan kanvas utk murid murid tersebut”

“Ada dua kanvas saya bentangkan di dewan terbuka sekolah. Satu kanvas sudah cukup utk 20 orang murid tapi saya bentangkan dua utk keselesaan dan ruang bergerak,” kata Fazri Hassan, guru SK Gas Sandakan ketika dihubungi.

Para pelajar akan baring atau meniarap di atas kanvas tersebut dan belajar teknik apungan lentang dan meniarap, flutter kick pd permukaan air dan byk lagi.

Di samping itu, guru-guru pula menyiram air kepada para pelajar supaya mendapat sensasi, seolah-olah mereka di dlm kolam renang.

Mereka juga menggunakan kolam mudah alih utk aktiviti tersebut.

“Sebelum aktiviti itu kami sempat melakukan aktiviti sensory walk utk membantu merangsang sensory murid khas,” kata Fazri, 26.

6B618E50 548C 410B AED3 F0AEC1EAA9F8 - Guru latih murid berenang guna kanvas

Seramai 20 pelajar dr tiga kelas Thn Dua, Thn Tiga dan Thn Lima terlibat dlm aktiviti tersebut, yg dijalankan ketika Pendidikan Jasmani.

“Idea (menggunakan kanvas dan kolam renang mudah alih) itu datang dr perbincangan bersama sama guru-guru Pendidikan Jasmani bg pendidikan khas,” katanya.

“Saya rasa bertanggungjawab utk memastikan anak anak murid saya mendapat pendidikan yg secukupnya membuatkan saya utk mengajar topik tersebut (akuatik asas) walaupun serba kekurangan.”

Walaupun keadaan yg kurang memberangsangkan, guru-guru di sekolah tersebut mampu memberi senyum dan kebahagiaan kepada anak-anak murid mereka.

Video yg dimuatnaik di laman sosial Twitter itu, menarik perhatian orang ramai dan diberi komen-komen yg positif terhadap usaha guru tersebut.

“Besar pengorbanan cikgu utk bahagiakan dan menggembirakan anak-anak muridnya. Terima kasih cikgu,” kata salah seorang netizen melalui ruangan komen.

Keadaan itu tidak langsung mematahkan semangat beliau dan berharap masyarakat, termasuklah guru-guru sekolah, meneruskan perjuangan mereka dlm membantu murid murid khas ini.

“Saya harap agar masyarakat di luar sana dpt memberikan peluang kepada murid murid khas utk berdikari apabila mereka dewasa nanti seperti peluang pekerjaan utk mereka,” kata guru Sabah itu.

Loading...

Tags: #berenang #Guna #Guru #kanvas #Latih #Murid

author
Author: 
    Vocabulary: Flashcard of sports
    Print sets of flashcards for sports, extreme sports or sports equipment, or print
    Vocabulary level 1: Fruits
    Let’s learn all about fruit!! Lesson Summary; Word Bank, Let’s Talk, Word Search,
    Arti Kata Gaul Atika
    Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Atika, baik itu di dunia
    Dalam Islam Hukumnya Haram, 5 Artis Muslim Ini Pelihara Anjing! No 4 Kini Berhijab!
    slidegossip.com – Anjing dikenal sbg salah satu hewan yg setia dan midah diajarkan

    Comments are closed.