Guru hamil ditikam suami selamat lahirkan anak

Loading...

12274315 891430377572451 4694320415957376079 n 1 - Guru hamil ditikam suami selamat lahirkan anak
Gambar hiasan

GURU yg hamil 37 minggu cedera selepas ditikam suaminya di Putrajaya, semalam.

Dalam kejadian 9.50 pagi itu, mangsa berusia 35 thn terpaksa memandu kenderaannya sendiri dr rumahnya di Presint 9 di sini dlm keadaan cedera bg mendapat rawatan di Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, mangsa mengalami pendarahan luka hirisan di jari kiri, lengan kanan, dua kesan hirisan di perut dan luka di belakang kanan badan.

Beliau berkata, mangsa turut mengadu sakit di bahagian perut dan bimbang akan keadaan kandungannya sebelum dirujuk ke Jabatan Obstetric dan Ginekologi serta Ortopedik utk rawatan lanjut.

“Mangsa berjaya melahirkan bayi lelakinya menerusi pembedanan. Keadaan mangsa dan anaknya stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rosly berkata, suami mangsa berusia 39 thn yg bekerja sbg jurutera ditahan di kediamannya, semalam.

“Polis turut merampas barang kes iaitu pisau yg dipercayai digunakan utk mencederakan mangsa. Siasatan awal turut mendapati suspek tiada rekod jenayah.

“Suspek direman sehingga Jumaat ini bg siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Loading...

Tags: #Anak #ditikam #Guru #Hamil #Lahirkan #Selamat #suami

author
Author: 
    Bibir Bengkak, Barbie Kumalasari Disantet? Mbah Mijan: Dari Orang yg Ditolak Cintanya!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr Barbie Kumalasari. Baru-baru ini bibir Barbie Kumalasari
    Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK) Penjawat Awam Dinaikkan
    Melalui satu siaran bertrikh 12 November 2019, adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah
    Lepas Hijab Karena Pindah Agama? Intan Hardja: Saya Lahir Muslim, Mati pun Muslim!
    slidegossip.com – Intan Hardja rupanya masih belum mau bicara byk tentang alasan keputusannya
    Surat mansuh aliran sains, sastera diedar ke sekolah
    KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sudah menghantar surat kepada sekolah menengah di seluruh negara

    Comments are closed.