![]() |
Imej via IKIMfm |
KUALA LUMPUR 4 Jan. – Tohmahan yg dilemparkan kepada golongan guru setelah berkali-kali memohon supaya kerajaan mengurangkan beban tugas mereka bukanlah kerana guru ini pemalas, sebaliknya mereka hanya mahu sistem kerja yg lebih efisien dan produktif utk murid.
“Kalau blh dlm tempoh 10 jam bekerja, sembilan jam adalah masa bersama murid dan satu jam lagi utk dokumentasi. Sekarang kira-kira empat jam dihabiskan utk urusan dokumentasi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, guru tidak mempunyai masalah utk menjalankan tugas dokumentasi namun biarlah ia relevan dan tidak bertindih.
“Contohnya utk mengisi maklumat pelajar dan ibu bapa, sepatutnya ia hanya perlu diisi sekali. Namun kini guru perlu mengisi perkara yg sama sehingga empat kali.
“Sepatutnya dlm zaman teknologi ini, urusan sebegini dipermudahkan,” katanya.
Tags: #Bukan #Guru #NUTP #pemalas