Guru bukan opsyen Bahasa Inggeris perlu ambil MUET

Loading...

138908DA 83FF 4E8C 82DB 97137505BA74 - Guru bukan opsyen Bahasa Inggeris perlu ambil MUET
Gambar fail
TAIPING – Guru bukan opsyen bahasa Inggeris perlu menduduki peperiksaan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) bg melayakkan mereka mengajar bahasa berkenaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

Beliau berkata, langkah itu perlu bg memberi peluang kepada guru berkenaan dibenar mengajar bahasa itu selain perlu mempunyai tahap kelayakan penguasaan minimum C1 dlm kelayakan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).


Ia juga bg membolehkan guru berkenaan menukarkan opsyen masing-masing utk mengajar bahasa Inggeris.

“Ini adalah usaha kerajaan utk memastikan guru bahasa Inggeris mempunyai penguasaan yg baik dlm bahasa itu. Adalah menjadi hasrat kerajaan utk melahirkan guru yg berupaya menguasai bahasa Inggeris dgn baik.

“Kerajaan juga bersedia memberikan latihan secara praktikal dan ‘online’ bg meningkatkan tahap penguasaan dlm bahasa Inggeris,” katanya pd sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Darul Ridwan dekat sini hari ini.

Teo berkata, pihak kementerian blh memberikan latihan semula kepada guru bahasa Inggeris yg sedia ada bg meningkatkan penguasaan bahasa itu.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) Harry Tan Huat Hock semalam yg tidak bersetuju dgn arahan guru yg mengajar bahasa Inggeris menduduki peperiksaan MUET dan meminta campur tangan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Sebelum ini, Tan (NUTP) juga mengeluarkan kenyataan agar kementerian perlu melihat isu utama yg melanda sekolah adalah melibatkan masalah kekurangan guru bahasa Inggeris selain menggunakan guru bukan opsyen bahasa itu.

Arahan supaya guru yg mengajar bahasa Inggeris menduduki peperiksaaan MUET itu dikeluarkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin dlm satu pekeliling pd 14 April lps, bg melihat semula tahap penguasaan bahasa Inggeris yg selari dgn keperluan termaktub dlm Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.


Mengenai lawatan di SMK Darul Ridwan, Teo telah meluluskan peruntukan berjumlah RM80,000 bg membaik pulih dua blok bangunan dan sebuah kantin di sekolah itu yg uzur.

“Saya juga berterima kasih kepada Anggota Parlimen Taiping Teh Kok Lim dan Anggota Dewan Undangan Negeri Aulong Nga Kor Ming yg memperuntukan RM250,000 utk membaiki laluan pejalan kaki dan kantin sekolah serta bangunan Blok B dan E yg sedang dibaikpulih,” katanya. – Bernama

Loading...

Tags: #Ambil #BAHASA #Bukan #Guru #Inggeris #MUET #Opsyen #Perlu

author
Author: 
    NUTP bantah mesyuarat guru di pertengahan cuti sekolah akhir thn
    SHAH ALAM – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bantah tindakan segelintir sekolah di
    Download Short Vowel Passages
    It contains more cute short vowel stories with comprehension questions/responses! The language in
    Download English Cards Games – Demonstrative Adjectives
    Demonstrative adjectives are adjectives that are used to modify a noun so that
    Suami guru hamil ditikam menangis sepanjang pertuduhan dibaca
    Gambar hiasan LELAKI berusia 38 thn yg menikam isterinya yg sarat hamil minggu

    Comments are closed.