Guru Bahasa Inggeris bersara bantu laksana program HIP

 52AC8708 33B3 47F0 9C95 A7430276D6C0 - Guru Bahasa Inggeris bersara bantu laksana program HIP

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan menyediakan lebih byk guru bahasa Inggeris yg telah bersara utk kembali ke sekolah bg membantu dlm Program Imersif Tinggi (HIP), kata Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching.

Beliau berkata, guru bahasa Inggeris yg sedia ada di sekolah akan menjalankan pengajaran di dlm kelas seperti biasa manakala guru Bahasa Inggeris yg bersara akan membantu menjalankan program HIP.

“Pada masa ini, kami berjaya mendapatkan 30 guru Bahasa Inggeris yg telah bersara, utk lima negeri termasuk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak.

Kami mendapatkan khidmat semua guru bahasa Inggeris yg telah bersara ini kembali ke sekolah utk membantu kami dlm program HIP.

“Ini utk menggalakkan pelajar menggunakan bahasa Inggeris semasa berkomunikasi bukan sahaja di bilik darjah tetapi juga di luar kelas,” katanya kepada pemberita selepas Direct English Symposium 2019 di sini hari ini.


HIP adalah program di bawah inisiatif yg dipanggil Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) utk mewujudkan persekitaran bahasa Inggeris di sekolah.

Teo berkata, program HIP adalah projek perintis utk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan program itu kini dilaksanakan sehingga akhir September dan kementerian akan menilai keberkesanannya sama ada utk meneruskan atau tidak program tersebut.

Direct English Symposium 2019 yg dianjurkan oleh Direct English Malaysia/Melewar Learning Resources Sdn Bhd adalah platform utk semua pakar dan pengamal bahasa Inggeris, penyedia latihan dan pelatih utk menguasai dan berkongsi idea dlm membawa pengalaman pembelajaran Bahasa Inggeris yg terbaik kepada semua pihak berkepentingan.

Direct English Malaysia menawarkan pendekatan yg sempurna dlm pembelajaran Bahasa Inggeris dgn sukatan pelajaran silibus yg unik, bahan kursus dan sesi bersemuka di integrasikan sepenuhnya utk menyediakan sistem pembelajaran lengkap, berkesan dan sangat fleksibel. – Bernama


Loading...

Tags: #BAHASA #bantu #Bersara #Guru #Inggeris #laksana #Program

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.