Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai

Loading...

Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai

Sebetulnya setiap kali saya ditimpa sakit yg memerlukan saya dimasukkan ke ward dan seterusnya bercuti sakit yg lama, perkara utama yg selalu mengganggu saya ialah memikirkan urusan pejabat. Tetapi bila difikirkan kembali, urusan kerja tidak akan pernah selesai sehingga kita mencapai umur persaraan. Lagi pula berapa ramai boss di pejabat yg benar benar ikhlas dan prihatin perihal kesihatan diri kita selain menanyakan berapa lama kita bercuti sakit. 

Saya tidak mahu memikirkan bab rezeki kerana tiada siapa pun yg blh memberi rezeki melainkan Allah semata. Malahan banyak rezeki yg mencurah curah yg langsung tidak disangka sangka. Jadi saya mahu ketepikan hal dan urusan pejabat. Berserah sahaja sepenuhnya kepada Allah. Saya hanya perlu menyayangi diri sendiri yg perlukan perhatian di saat ini. Bak kata Dr Emelda sewaktu saya ke klinik Idzham pagi saya jatuh, dia berpesan “be good to yourself”.
Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai

Hari ini saya ingin kongsikan lauk gulai lemak pucuk ubi dan petai. Serious sangat sedap bagi mereka yg menggemari masakan tradisional. Pucuk ubi dgn petai adalah 2 bahan yg menjadi pilihan bagi masakan tradisional. Penyediaannya pun sangat mudah. Semenjak dua menjak ni, memang saya agak kemaruk dgn masakan tradisional. Selera jadi berubah. Jom sama sama mencubanya jika anda belum pernah memasak lauk gulai lemak pucuk ubi dgn petai.

Lauk ini hanya sedikit sahaja kerana pucuk ubi kayu hanya dipetik dr pokok ubi kayu di laman belakang rumah dan juga di taman di hadapan rumah. Dulunya saya menanam ubi di tanah reserve kepunyaan TNB tapi selepas melihat mereka membersihkan kawasan sehingga hampir semua pokok pisang kami juga turut dibuang, jadi saya mengambil benih batang ubi kayu utk dicucuk di belakang rumah. Cukuplah sekadar utk memasak di rumah.

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…
Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai

Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
1 ikat pucuk ubi 
Segenggam petai
1/2 biji kelapa – santan
1 sudu besar cili kering kisar
1 batang serai – ketuk
Garam

Bahan tumbuk:
1/2 inci kunyit hidup
1-2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis

Cara cara:
Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan pucuk ubi. Celur sehingga lembut. Angkat, tos dan diperah airnya. Hiris supaya tidak terlalu panjang.


Masukkan bahan tumbuk dan cili kisar ke dlm kuali. Masukkan santan cair dan kacau rata sehingga mendidih. 
Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai

Masukkan petai dan diikuti dgn pucuk ubi. Kacau rata. Masukkan serai dan garam secukupnya. 
Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai

Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai

Akhir sekali, masukkan santan pekat dan kacau rata. Setelah mendidih, blhlah ditutup api. 
Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai

Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai


Loading...

Tags: #Gulai #Lemak #Petai #Pucuk

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai"