Gulai Lemak  Air Tangan Ibu & Isteri Pilihan Fad Bocey Sepanjang Ramadan Ini.

siap fad 10 53 595500 1 - Gulai Lemak  Air Tangan Ibu & Isteri Pilihan Fad Bocey Sepanjang Ramadan Ini.

Cerita Fad Bocey, dulu di zaman bujangnya walau byk mana mknan  dibeli di Bazar Ramadan, tapi bila balik rumah, masakan ibunya juga yg  dicari. Katanya biarapun masakan ibunya itu ringkas  tetapi air  tangan ibu  tetap  yang terbaik dan paling sedap.

fad bocey 10 48 129791 - Gulai Lemak  Air Tangan Ibu & Isteri Pilihan Fad Bocey Sepanjang Ramadan Ini.

Satu-satunya masakan ibu yg tidak pernah Fad Bocey jemu mahupun muak adalah Gulai Lemak Cili Padi Ibunya. Kini selepas berkahwin, isterinya juga pandai masak Gulai Lemak Cili Padi selepas berguru dgn ibu mentua. Selain Gulai Lemak Cili Padi, Fad juga suka Bihun Goreng yg dimasak oleh ibunya.

“Saya tak tau apa yg mak masuk dlm masakannya. Tapi apa je yg dimasaknya semua sedap dan saya tak pernah tolak. selain gulai lemak bihun goreng mak, takda pun mewah lauk pauk tapi sedapnya memang takda tandingannya, ” cerita Fad.

Selain lauk pauk,  kuih muih juga antara menu wajib ada bg Fad bila berbuka, adalah Kuih Cara, Karipap, Bingka Ubi, Apam Susu dan Murtabak.

fad2 10 41 472984 - Gulai Lemak  Air Tangan Ibu & Isteri Pilihan Fad Bocey Sepanjang Ramadan Ini.

“Saya sangat terharu dan seronok bila diundang oleh Chef Wan  untuk bersamanya dlm program Rasa Nostalgia Ramadan.  Bukan senang tau dpt masak  satu dapur dgn chef popular  ni. Saya seronok, sambil tolong menyebuk dpt juga tengok Chef Wan masak dan berbuka dgn air tangannya yg memang sungguh sedap, “ ujar Fad.

Anda yg ingin mencuba menu disediakan oleh Chef Wan dan dibantu oleh Fad Bocey  dalam program Rasa Nostalgia Ramadan, berikut disediakan resipinya

fad nanas 10 51 464288 - Gulai Lemak  Air Tangan Ibu & Isteri Pilihan Fad Bocey Sepanjang Ramadan Ini.

GULAI LEMAK KETAM ALA NYONYA

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ketam | dibersihkan
  • ½ biji nanas | hiris
  • 500ml santan pekat
  • 200ml air
  • 1/2 kecil parutan nanas
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 genggan daun Basil Thai
  • 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • 2 sudu mkn sos ikan
  • 1 sudu mkn gula Melaka
  • Garam secukup rasa
  • 4 sudu mkn minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 10 biji cili merah
  • 2batang serai
  • 3cm kunyit hidup
  • 1 1/2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 10 biji lada hitam

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan parutan nanas, kacau rata dan masukkan santan pekat. Kacau seketika.
  3. Setelah mendidih masukkan sedikit air utk kuah.
  4. Seterusnya masukkan daun selasih, daun limau purut, garam, gula Melaka dan perahan jus limau nipis.
  5. Akhir sekali masukkan ketam, nanas dan sos ikan biarkan mereneh 5-6 minit. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.

fad cara manis 10 49 670999 - Gulai Lemak  Air Tangan Ibu & Isteri Pilihan Fad Bocey Sepanjang Ramadan Ini.

KUIH CARA GULA

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan santan
  • 200ml santan
  • 2 biji telur |kacau
  • 3 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Gula secukupnya | utk inti
  • 2 sudu mkn marjerin | cairkan
  • 2 sudu mkn minyak sapi

CARA MEMASAK:

  1. Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum, air pandan, santan, secubit garam dan marjerin yg telah dicairkan tadi.
  2. Kacau sebati sehingga adunan menjadi tidak terlalu pekat atau cair, kemudian tapiskan.
  3. Panaskan acuan kuih cara dgn api kecil terlbih dahulu.
  4. Tuangkan adunan kuih cara dlm acuan sehingga 1/2 acuan. Bakar dlm ketuhar 5-6 minit.
  5. Keluarkan acuan dan letakkan gula di atas kuih cara, kemudian tutup atas kuih dgn adunan kuih cara sehingga penuh.
  6. Bakar semula dgn masa yg sama sehingga habis adunan, Keluarkan dr acuan dan sedia dihidangkan.

fadddd 10 55 019859 - Gulai Lemak  Air Tangan Ibu & Isteri Pilihan Fad Bocey Sepanjang Ramadan Ini.

JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Jangan lupa saksikan rancangan terbaru; Rasa Nostalgia Ramadan yg bersiaran sepanjang bln Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sbg hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan pd setiap episod sepanjang 22 episod bersiaran.

Antara selebriti undangan yg memeriahkan program ini ialah Erra Fazira, Amy Mastura, Rozita Che Wan, Noorkumalasari, Abam Bocey, Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Siti Nordiana dan ramai lagi.


Loading...

Tags: #Air. #Bocey #Gulai #ini. #Isteri #Lemak #Pilihan #Ramadan #Sepanjang #Tangan

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Comments are closed.