Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat

Loading...

Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat

Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk Maka Nikmat Allah yg manakah yg kamu dustakan dr Surah Ar Rahman. Apa lagi yg tak cukup? Seolah itulah pertanyaannya. Allah mula dgn kalimah Ar Rahman yg bermaksud pengasih dan penyayang. 


Allah bersifat Pemurah Ar Rahman kasih sayang Allah pd semua makhluk termasuk orang kafir tapi Ar Rahim pula adalah kasih sayang Allah khusus pd yg Islam sahaja. 

Sepanjang dlm hidup kita, biar ada paling minimum, satu amalan yg kita amalkan sehingga akhir hayat secara istiqomah. 

Contoh dlm bulan Ramadhan, perbanyakkan solat sunat kerana solat sunat di upgrade sama pahala dgn solat fardhu. Solat fardhu pula ditingkat kepada 10 kali sehingga 700 kali ganda. 

Jadi apa amalan amalan sunat yg blh kita jadikan amalan sepanjang hayat. Antaranya ialah:
  • Siapa yg ambil wudhu dgn sempurna tak kira samada yg wajib sahaja atau termasuk yg sunat. Lepas ambil wudhu baca doa selepas wudhu. Amalkan membaca doa setiap kali selepas ambil atau perbaharui wudhu. Allah buka 8 pintu syurga. Blh masuk mana pintu yg dia suka. Tak semesti sewaktu hendak solat. Sambil berjalan pun blh baca doa ini. Amalan sunat juga blh bawa kita ke syurga yg merupakan amalan bonus kita. 
  • Membaca doa selepas adzan. Siapa dengar azan dan baca doa, maka dia akan dapat syafaat Rasulullah. Syafaat ialah pertolongan. Apa asbab yg Rasulullah tolong kita. Amalan ini adalah lesen besar utk dapat syafaat. 
  • Penghulu istighfar. Siapa yg baca penghulu istighfar pd waktu pagi (subuh) dan meninggal sebelum petang dia masuk syurga. Siapa yg membaca waktu petang (asar atau maghrib) dan meninggal sebelum pagi, dia akan masuk syurga. Amalan ini adalah satu jalan  pintas utk masuk syurga Allah. Nikmat apa lagi yg kita dustakan. 
  • Hadis riwayat Bukhari Muslim, fadilat menyebut Aameen dlm solat berjemaah. Apabila iman sebut aameen hendaklah kamu ikut sebut aameen. Siapa yg sebut aamen serentak dgn aameen malaikat, akan diampunkan dosa dosa yg lepas. Mudah tak Allah utk ampunkan dosa kita. Sangat mudah. Amalan sunat yg ganjaran sangat besar. Apa lagi nikmat Allah yg hendak kita dustakan. 
  • Fadhilat solat Subuh dan Isyak berjemaah samada di rumah atau di masjid. Solat Isyak berjemaah seolah olah beribadah separuh malam. Dari Maghrib sehingga pukul 3 pagi. Solat Subuh berjemaah, seolah beribadah sepanjang malam dr Maghrib sehingga azan Subuh. 

    Allah dah bagi macam macam opsyen utk kita masuk syurga Allah. Allah sebenarnya seboleh mungkin mahu kita ada harapan masuk syurga. Begitu lah Pengasihnya Allah. Insya Allah amalkan satu pun dah cukup, jika tak blh amalkan kesemuanya. Amalkan dr sekarang sehingga akhir hayat. 

    Siapa dapat satu ilmu dlm majlis ilmu, dapat pahala seperti solat sunat 100 rakaat. Balik amal dan ajar pula, kita akan dapat pula pahala lebih baik dr 1000 rakaat. Tugas kita hanya menyampaikan tak kira samada mereka amalkan atau tidak. Semoga bermanafaat. Jom share. 
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat

    Hari ini saya ingin kongsikan resepi gulai kari ikan kering tumis darat bersama nenas dan terung. Saya memang suka mkn ikan kering samada dimasak gulai lemak atau digoreng. Serious sedap lauk saya hari ini, memang mkn menambah nambah gitu.
    Jom layan resepi yg saya gunakan di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…

    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat

    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Oleh: Azie Kitchen

    Bahan bahan:
    Ikan kering
    1/2 kg santan 
    1 pek 24 gram serbuk kari ikan kering
    1 keping asam keping
    Sayuran – terung atau nenas
    Garam
    Gula

    Bahan Tumis:
    1 sudu besar halba campur – atau guna biji sawi
    5-6 biji bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1/2 inci halia
    1 pelepah daun kari

    Cara cara:
    Di dlm periuk, masukkan ikan kering, air, pes kari dan nenas. Masak sehingga nenas separuh masak.  Nota: ikan kering direndam seketika. 
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat


    Setelah mendidih, masukkan santan dan terung. Masak sehingga mendidih sekali lagi. 
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat

    Masukkan asam keping dan sedikit gula. Rasakan dulu sebelum dimasukkan garam kerana ikan kering telah masin. Kecilkan api dan biarkan merenih. 

    Sementara itu dlm kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi sehingga agak garing dan naik bau dgn api perlahan.

    Tuang tumisan bawang dgn minyak ketika panas panas semua sekali  dlm periuk. Tutup periuk dgn tudung periuk bagi memerangkap aroma tumisan dan tutup api. 
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat

    Biarkan beberapa minit sebelum dibuka penutup periuk dan kacau rata.  api. 
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat

    Nota:
    Jika kuah pekat, blh tanbah air panas. Bila sejuk, kuah akan menjadi lebih pekat. 

    Loading...

    Tags: #DARAT #Gulai #IKAN #Kari #KERING #Tumis

    author
    Author: 
      Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
      Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
      Biskut Kelapa Nestum
      Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
      7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
      7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
      Resepi Daging Gulung Sos Lada Hitam Italian
      Resepi Daging Gulung Sos Lada Hitam Bahan :1 kg daging batang pinang2 sudu

      Comments are closed.