Gulai Ikan Merah Pdng

Loading...

IMG 4707 1 - Gulai Ikan Merah Pdng
Tazkirah Zohor oleh Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Auditorium tenpat saya bekerja hari ini menyentuh bab kehebatan ibadah puasa yg merupakan satu hal yg cukup luar biasa. Puasa sifatnya tinggal. Tinggal mkn, tinggal minum dsb. Ibadah lain kena buat. Kena solat dsb. Tinggal menyebabkan berlaku pertembungan antara jiwa, nafsu dan kehendak iman.

Puasa membentuk peribadi yg blh membina ke arah lebih baik. Orang puasa ada disiplin. Disiplin waktu dan masa. Tak ada waktu manusia mkn serentak sedunia kecuali ketika berbuka puasa. Kita akan tengok jam paling banyak 30 minit terakhir. Nabi menyebut puasa dimulai dgn sahur dahulu. Pukul 5.00 sebelum masuk waktu Subuh, kita telah bangun awal utk solat, masak sahur dsb.

Sahur ialah satu waktu paling premium. Waktu terbaik dlm kehidupan manusia. Rasa tenang. Waktu orang soleh sedang munajab pd Allah. Astaghfirullahal adziim. Bila dicampur sahur dgn ibadah akan jadi sahur yg barakah. 

Waktu terbaik utk bermukadimmah mengadap Tuhan di awal pagi. Ya Allah berkat lah aku dgn apa yg Engkau kurniakan. Orang hebat di mukabumi ini membuat sebarang action waktu pagi. Waktu seperti ini mereka membina hidup dgn jaya. Orang hidup yg sihat ialah orang yg hidupnya seimbang. Cukup setakat ini, kita masuk sedikit bab resepi dan masakan pula.

Setiap kali masuk Restoran Nasi Pdng, saya pasti rambang mata utk memilih lauk pauknya. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan. Antaranya yg saya suka ialah gulai ikan yg berwarna kekuningan seperti gulai lemak di tempat kita. Pastinya gulai lemak lah, yg dipanggil dgn panggilan gulai di Indonesia.

Teringat semasa ke rumah sahabat baik saya di mana beliau menghidangkan rendang daging sedap yg diberitahu dimasak oleh saudara beliau dr Pdng. Jadi bila teringat hal ini, saya terus menghantar message meminta ditanyakan resepi rendang daging dan juga gulai ikan
IMG 4703 - Gulai Ikan Merah Pdng

Kebetulan pula, di dlm peti ais ada seekor ikan merah yg dibekalkan oleh Barang Dapur Basah dr Instagram @barangdapurbasah yg telah siap dibersihkan dan dipack dgn kemas sekali. 

Biasanya kalau ikan merah, asyik memasak sup ikan atau kari atau asam pedas. Jadi utk mengubah selera, saya hari ini cuba memasak gulai Pdng ikan merah.

Jom layan resepi yg dikongsikan oleh saudara sahabat saya yg memang tinggal dan berasal dr Pdng, Indonesia. Semoga beliau diberikan pahala dr perkongsian ini. Saya juga menyediakan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Jom pakat ramai ramai mencubanya… 
IMG 4709 - Gulai Ikan Merah Pdng

Gulai Ikan Merah Pdng 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan merah
1 biji kelapa – santan
2-3 helai daun salam 
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 batang serai – ketuk
Belimbing buluh – atau asam keping

Bahan kisar halus:
8 ulas bawang merah  
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering – saya guna 2 sudu besar cili kisar
1 ruas jari halia

1 ruas jari kunyit

Cara cara:
Satukan semua bahan di atas dgn santan. Masak sambil terus dikacau dgn api perlahan. 
IMG 4687 - Gulai Ikan Merah Pdng

Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, baru dimasukkan ikan. 

IMG 4692 - Gulai Ikan Merah Pdng

Setelah mendidih lagi dan ikan masak, masukkan santan pekat, garam dan asam keping, jika tiada belimbing buluh. 
IMG 4695 - Gulai Ikan Merah Pdng

IMG 4697 - Gulai Ikan Merah Pdng

Loading...

Tags: #Gulai #IKAN #Merah #Pdng’

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.