Gulai Ikan Bawal Versi Indonesia

Loading...

Gulai Ikan Bawal Versi Indonesia

Teringat masa kecil dahulu, saya menpunyai pinggan khas yg diperbuat dr besi dan bukan menggunakan pinggan kaca tembikar seperti ahli keluarga yg lain. Mungkin kerana arwah Bonda tidak mahu saya mkn dgn pinggan tembikar kalau kalau terjatuh dan pecah. Saya tidak ingat sampai bila saya mkn dgn pinggan tersebut. 

Bila mkn memang pinggan saya agak kemas. Saya tidak suka mkn bersepah sepah. Bila menceduk kuah pun, kuah cantik di dlm sudu, bukan meleleh sehingga tepi pinggan. Walaupun anak orang kampung tapi etika waktu mkn dah terbiasa sendiri sejak kecil. Ala ala prim and proper. 

Jari jari pun tak adalah melekat lekat penuh dgn nasi dan kuah. Adui tak suka tengok orang menceduk kuah meleleh ditarik sepanjang panjang pinggan sehingga tepi pinggan comot. Dgn anak anak, saya akan menegur jika ternampak ada yg berbuat begitu. Biar nampak sopan dan bersih. 

Masa kecil dulu, kami sekeluarga mkn di lantai. Bila ada tulang dsb, ia terus dibuang di celah lantai jarang. Lantai yg diperbuat dr batang nibung kot tapi memang dipasang pasang jarak yg besar atau jarang. Pd mulanya arwah Ayah tidak bersetuju bila melihat abang membeli meja mkn. 
Gulai Ikan Bawal Versi Indonesia

Setelah banyak hari secara berturut turut, saya memasak masak lemak terutama masak lemak cili api Nogori, kali ini saya menyediakan pula gulai ikan versi Indonesia yg sedap menggunakan ikan bawal emas atau ikan jenahak dan ikan merah. 

Ikan bawal emas kami hari ini dibekalkan oleh @barangdapurbasah yg memang agak besar saiznya. Saya blh potong 4 utk dimasak gulai hari ini. Saya mkn dgn Hubby dan anak anak  agak lewat juga malam ini. Sebelum itu, nak tanya cantik tak pinggan hidangan saya hari ini? Hahaha terima kasih @kitchenhomeoutlet. Nak order, blh singgah di Instagaram mereka.

Memang sedap gulai ikan ini dan rasa kelainannya. Saya tak pasti dr mana resepi ini samada resepi Minang atau resepi Indonesia biasa. Kalau masakan Minang atau Pdng, biasa digunakan buah keras tapi dlm resepi ini, tidak pula dimasukkan buah keras. Jadi saya ikut sahaja resepi yg diberikan dlm youtube. Saya panggil sbg Gulai Ikan Bawal versi Indonesia sahaja bagi memudahkan rujukan.

Hairan saya melihat orang yg click dislike di youtube. Saya pasti dia berkongsi resepi bukan utk diberi penghakiman suka atau tidak oleh netizen. Jika suka, ikut. Jika tak suka, keluarlah sahaja. Sekurang kurangnya hargai lah usaha orang lain membuat video utk rujukan sendiri, anak anak atau follower di masa hadapan. 

Jom layan resepi  di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat memcuba….

Gulai Ikan Bawal Versi Indonesia

Gulai Ikan Bawal Emas Indonesia
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan bawal emas
1 biji kelapa – santan
2 biji buah tomato – potong kecil
1 inci lengkuas – ketuk
1 helai daun kunyit 
1 keping asam keping – jika perlu
5-6 tangkai cili api 
Garam
Sedikit gula

Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
20 tangkai cili api – ikut suka pedas

Cara cara:
Masukkan bahan kisar ke dlm periuk dan masak sehingga agak kering. Bila kering, tuang sedikit minyak dan kacau dgn api perlahan. 


Masukkan lengkuas dan cili hidup dan kacau lagi. 
Gulai Ikan Bawal Versi Indonesia

Masukkan tomato dan sedikit air. Kacau sehingga tomato hancur dgn api perlahan. Masak sehingga bahan benar benar masak dan terbit minyak lagi. 
Gulai Ikan Bawal Versi Indonesia
Gulai Ikan Bawal Versi Indonesia

Masukkan santan cair, garam dan gula. Kacau sehingga mendidih. Masukkan daun kunyit. 
Gulai Ikan Bawal Versi Indonesia

Setelah mendidih, masukkan ikan dan biarkan hampir ikan masak. 

Masukkan santan pekat. Masukkan asam keping jika tomato belum cukup rasa masam. 

Masak sehingga kuah mendidih dan tiada lagi buih kecil, sesuaikan rasa dan kepekatan kuah yg disukai. Blhlah ditutup api. 
Gulai Ikan Bawal Versi Indonesia


Loading...

Tags: #BAWAL #Gulai #IKAN #indonesia #Versi

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Gulai Ikan Bawal Versi Indonesia"