Gred hakiki Guru Besar wajar dinaikkan ke DG48 – Amin Senin

Loading...

53857841 2278350265536956 70520974998503424 n 1 - Gred hakiki Guru Besar wajar dinaikkan ke DG48 - Amin Senin

KUCHING: Kementerian Pendidikan berpendapat ada kewajaran​​​​ utk menilai semula jawatan gred hakiki bg guru besar di sekolah kebangsaan yg disifatkan berada pd takuk yg lama.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata menjadi hasrat beliau utk melihat gred jawatan berkenaan dpt dinaikkan dr gred DG34 ke gred DG48.

“Memang sudah tiba masanya utk kita lihat semula gred hakiki jawatan guru besar itu dan ia perlu kita angkat selaras dgn usaha terdahulu menjadikan jawatan-jawatan guru di sekolah rendah ialah guru lpsan ijazah.

“Jadi pd ketika ini ‘logical move’ yg betul utk mengangkat gred hakiki guru besar. Walaupun pd ketika ini ada guru besar yg sudah menduduki gred DG48 berdasarkan ‘time based – personal to holder’,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan perasmian Konvensyen Pendidikan kebangsaan Kali Ke-25 dan Persidangan Perwakilan Kebangsaan kali Ke-37 Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMBGM) 2019.

Difahamkan, ketika ini guru biasa yg dilantik sbg guru besar sekolah rendah akan kekal dgn gred hakiki DG34 yg disandang dan hanya diberi elaun jawatan sebanyak RM200, manakala penolong kanan kekal dgn gred DG32 dan diberi elaun RM60 sebulan.

Ia berbeza dgn guru di sekolah menengah apabila mereka dilantik sbg pengetua, dinaikkan drpada gred DG48 kepada DG52, dan diberi elaun jawatan RM300 sebulan, manakala penolong kanan akan dinaikkan drpada gred DG44 kepada DG48.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian, Amin berkata, perkara berkenaan sedang dlm perbincangan dan sudahpun mempunyai kertas kerja serta pernah dibawa ke mesyuarat jawatankuasa Kabinet sebelum ini.

“Usaha itu bukan setakat gred guru besar sahaja tetapi merangkumi jawatan-jawatan lain dlm penstrukturan kita,” katanya.

Isu jawatan gred guru besar itu timbul apabila Yg di-Pertua GMGBM, Rustam Affandi Abdul Aziz mengutarakan isu terbabit dlm ucapan aluannya yg mewakili suara guru besar. – BERNAMA

Loading...

Tags: #Amin #besar #DG48 #dinaikkan #Gred #Guru #hakiki #Senin #wajar

author
Author: 
    Apa Itu Deepfake dan Inilah Bahayanya
    Aplikasi kamera saat ini sudah sedemikian canggih. Para pengguna sekarang bisa membuat kaki
    [Video] Tular di media sosial, kenali insan istimewa ini secara lebih dekat
    Luar biasa. Walaupun dilahirkan tanpa tangan, Puan Nor Farrah Syahirah Shah Ikon Inspirasi
    Kementerian Pendidikan digesa ambil tindakan penganjur Debat Piala Tun Razak
    SHAH ALAM – Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar
    Katanya Berseteru, Atta Halilintar dan Bebby Fey Tertangkap Basah Lagi Dugem di Klub Malam!
    slidegossip.com – Sudah bukan rahasia umum lagi kalau Atta Halilintar dan Bebby Fey

    Comments are closed.