GENIUS : Bahasa Melayu Atau Tidak?

Loading...

Oleh : KU SYAFIQ

GENIUS : BAHASA MELAYU ATAU TIDAK?

Kritikan terhadap pertukaran nama Permata kepada Genius seakan-akan telah terpindah kepada perbahasan sama ada kata genius itu adalah perkataan bahasa Melayu atau tidak.

ZFBZamir - GENIUS : Bahasa Melayu Atau Tidak?

Sepatutnya, ia tidak perlu pergi begitu dlm. Kritikan orang (termasuk Prof. Nik Safiah) terhadap penggunaan kata genius itu tidaklah blh dijawab dgn pendedahan perkataan itu terkandung dlm kamus bahasa Melayu.

Memang bahasa Melayu byk meminjam dr bahasa Inggeris. Ia sesuai dgn sifat bahasa Melayu yg anjal dlm menerima perubahan dunia. Bahasa Inggeris sbg bahasa dunia byk menghasilkan istilah baharu dan sbg bahasa yg baik, bahasa Melayu perlu jadi anjal utk menerima istilah-istilah itu.

Bahasa Inggeris sendiri byk meminjam istilah Latin malah Yunani ketika dua bahasa itu lebih besar pengaruhnya. Rujuk kamus etimologi, sangat byk perkataan bahasa Inggeris berasal drpada bahasa lain.

Namun, bukanlah semudah itu kita menganggap istilah-istilah yg dipinjam sbg istilah bahasa Melayu. Kalau kita anggap begitu, akan wujud byk kekeliruan. Keupayaan bahasa Melayu meminjam istilah asing juga sering disalah guna apabila istilah-istilah yg sudah sedia wujud dlm bahasa Melayu turut dipinjam lalu mewujudkan kasta bahasa baharu dlm bahasa Melayu, yakni bahasa ‘bombastik’ yg lebih dipandang tinggi.

Setiausaha akhbar Dr. Maszlee, Zul Fikri Zamir ada menulis tentang hal ini dlm bukunya, Masharakat Melawan Mahasiswa. Zamir merujuk proses meminjam istilah drpada bahasa Inggeris sbg proses anglisasi bahasa; yakni proses meng-Inggeris-kan bahasa.

Namun, dlm artikel itu Zamir menegaskan, anglisasi yg ingin dikritik ialah anglisasi istilah yg sudah sedia wujud dlm bahasa Melayu. Seperti bajet,kita sudah ada perkataan belanjawan tapi kenapa masih perlu menggunakan kata bajet?

Maka, adakah perkataan genius tergolong dlm hasil anglisasi yg dikritik Zamir?

Aku fikir, tidak. Bahasa Melayu tidak ada istilah khusus yg menggambarkan sifat genius. Kamus Dewan pun menafsirkan ia sbg sangat pintar. Sangat pintar tidak sesuai jadi istilah khusus kerana ada kata penguat.

Mungkin istilah yg paling sesuai ialah geliga. Tapi geliga tidak mantap penggunaannya dlm kalangan penutur bahasa Melayu. Ini kerana kita lebih kenal konsep kepintaran luar biasa melalui perkataan genius. Barat lebih terkehadapan mengkaji hal ini maka istilahnya lebih dikenali.

Berbalik kepada pertukaran Permata kepada Genius, kita tidak patut anggap kata genius sbg bahasa Melayu. Ia blh diungkap menggunakan bahasa Melayu tetapi ia bukanlah kata asal drpada bahasa Melayu. Seperti bajet, adakah kita mahu anggap bajet itu istilah bahasa Melayu?

Genius lebih jauh dr bahasa Melayu berbanding bajet kerana ejaannya pun tidak diubah suai. Kalau sebutan baku, ia akan jadi ge-ni-us.

Sesuatu istilah pinjaman perlu menghadapi beberapa tahap baru dpt dianggap istilah dlm sesuatu bahasa. Seperti garfu, ia blh dianggap istilah bahasa Melayu walaupun ia dipinjam dr bahasa Portugis. Ini kerana penggunaannya sudah mantap dlm bahasa Melayu. Apa tahap yg perlu dilalui itu aku tak mampu jelaskan, cuma aku pasti ia ada. Mungkin ia ada kaitan dgn konsep bahasa kreol atau pijin, tapi aku sudah tak berapa ingat tentang itu.

Cuma, dlm artikel Zamir itu, ada dipetik pendapat tokoh bahasa dr Kenya, Ngugi Wa Thiong’o. Ngugi menjelaskan, fungsi bahasa ada dua, iaitu sbg ejen komunikasi dan pendukung budaya. Fungsi kedua itu yg aku kritik dlm isu pertukaran nama Permata ini.

Kata Permata (mungkin juga pinjaman tapi sayangnya PRPM belum masukkan fungsi semakan etimologi maka aku tak pasti) lebih mendukung kebudayaan dan falsafah Melayu berbanding Genius. Tapi itu hanya sampingan.

Yang utamanya tentang pertukaran nama ini ialah ia tidak perlu dan tidak tepat. Genius hanya sesuai digunakan dlm satu cabang Permata, iaitu Permata Pintar. Atas sebab ini akau akan terus tolak tindakan itu.

Gambar : Slaid pertama pembentangan tentang artikel Zamir dlm kelas Sosiolinguistik dulu, masa aku semester 5.

Loading...

Tags: #Atau #BAHASA #Genius #Melayu #tidak

author
Author: 
    Gak Ada Gembar-Gembor, Lulu Tobing Hari Ini Menikah dgn Cucu Konglomerat?
    slidegossip.com – Kabar bahagia sekaligus mengejutkan datang dr artis Lulu Tobing. Seperti dilansir
    Sudah Mantap Berhijab, Artis Cantik Ini Byk Dpt Godaan Utk Lps Hijab!
    slidegossip.com – Artis cantik Citra Kirana akhirnya memutuskan utk berhijab sejak empat bln
    Muat Turun Toolkit PdP KBAT Terbitan BPK, KPM
    Toolkit PdP KBAT adalah satu manual pelaksanaan yg lengkap bg sekolah utk membudayakan
    Vanessa Angel, Apa Kau Lupa Surgamu Dimana? Mengapa Kau Blokir Instagram Ayahmu?
    slidegossip.com – Kabar hubungan Vanessa Angel dgn sang ayah, Doddy Soedrajat yg disebut-sebut

    Comments are closed.