Gangguan Rumahtangga Orang Ketiga Menurut Undang-undang Adat Di Sabah.

MahkamahBAnakBNegeriBSabah - Gangguan Rumahtangga Orang Ketiga Menurut Undang-undang Adat Di Sabah.

Sering kali terjadi krisis rumahtangga akibat orang ketiga sehingga membawa kepada perceraian suami dan isteri. Ada kejadian di mana ibu atau ayah mertua menghasut anak perempuan supaya bercerai dgn suaminya tanpa sebab munasabah.

Dalam undang-undang adat yg dikanunkan di Sabah, terdapat satu peruntukan berhubung gangguan terhadap rumahtangga orang. Ia melibatkan perbuatan seorang lelaki memikat isteri orang. Dlm Aturan 18 Kaedah-Kaedah Mahkamah Anak Negeri (Undang-Undang Adat Anak Negeri) 1995, kesalahan tersebut disebutkan seperti berikut:

“Sesiapa juapun yg memikat atau membawa pergi isteri orang lain adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat anak negeri dan blh dikenakan:

  • membayar pihak yg terkilan sogit tidak melebihi 3 ekor ternakan atau barang-barang lain yg senilai dgnnya mengikut denda adat; atau 
  • jika engkar – denda tidak melebihi RM3,000; atau
  • penjara selama tempoh tidak melebihi 18 bln; atau
  • denda dan penjara kedua-duanya.

Berdasarkan kepada peruntukan di atas, jelas bahawa perbuatan mengganggu rumahtangga orang ada remedi tersendiri menurut undang-undang adat anak negeri di Sabah. Jika berlaku perlanggaran adat, prosiding perbicaraan bg kes berkenaan dikendalikan di Mahkamah Anak Negeri yg terdapat hampir di setiap daerah di seluruh Negeri Sabah.

Sumber
Loading...

Tags: #Adat #Gangguan #Ketiga #Menurut #Orang #Rumahtangga #Sabah #Undangundang

author
Author: 
    Lirik Lagu Diam Saja-Forteen
    Lirik Lagu Diam Saja-Forteen Bukaka hatimu utk aku bicaraIsi hatiku terpendam lamaSetiap caramu
    RDJ Merupakan Satu-Satunya Avengers Yg Membaca Skrip Penuh ‘Endgame’
    Russo Brothers mendedahkan bahawa satu-satunya Avengers yg diberikan peluang utk membaca skrip penuh
    Contoh Soalan Temuduga Latihan Jururawat
    Contoh soalan temuduga latihan jururawat masyarakat, contoh soalan temuduga latihan jururawat pergigian, contoh
    Contoh Soalan Karangan Pengalaman
    Contoh soalan karangan spm, contoh soalan karangan dialog, contoh soalan apel, contoh soalan

    Leave a reply "Gangguan Rumahtangga Orang Ketiga Menurut Undang-undang Adat Di Sabah."