Gambar menarik di pasar malam cameron Highland!

Loading...

Sampai juga kita ke pasar malam di tanah tinggi cameron ni kan. Tapi apa yg menarik di sini ya? 

pasar malam cameron highland gambar menarik

Ada orang suka cuci mata bila jalan jalan ni. Jadi, Ibu nak kongsilah gambar gambar best kat pasar ni.

Lihat sampai habis artikel ini & anda dijamin akan

  1. Tahu apa barang jualan menarik & berbaloi dibeli disini.
    .
  2. Melihat suasana di pasar ini sebelum ke sana.
    .
Tanpa membuang masa, kita mulakan dgn segera.

Gambar suasana di Pasar Malam Golden Hills Cameron.

Kawasan tanah tinggi ni selain suasananya yg sejuk, hujan pun blh turun bila bila masa.

Sebab awan pun selalu tebal.

Ibu rekemen pergi awal sikit, dlm jam 4 ke 5 petang sebab dah masuk jam 6 petang biasanya akan ramai pengunjung.

Kan dah susah nak pilih pilih barang, lepas tu nak cari tempat letak kereta lagi.

Tiket letak kereta sekali masuk pun RM3.

Bacaan menarik: Tak tahu nak pergi mana di malam hari semasa bercuti di cameron highland? Pasar malam kan ada!


SuasanaBpasarBmalamBcameronBhighlandsB9 - Gambar menarik di pasar malam cameron Highland!

Tak susah nak sampai sini, blh pakai google maps. Papan tanda pun banyak.

suasana night market cameron highland pagi

Nama pun pasar malam kan, jangan datang sebelum jam 4 petang sebab tempat ni kosong tak ada peniaga.

suasana night market cameron highland kosong

Ibu rekemen, kalau suka pegi pasar ni cari saja hotel ataupun homestay yg terletak berhampiran dgn Golden Hills.

Turun bawah jalan kaki saja.

suasana night market cameron highland pandangan atas

suasana night market cameron highland malam

Kalau kita datang masa musim hujan, memang blh perhatikan banyak kabus di sekitar pasar ni.

suasana night market cameron highland berkabus

Mana la tau nak hujan, bawak jela payung. 

suasana night market cameron highland awan

Pelawat dah pun mengerumuni kawasan pasar malam ni seawal jam 5 petang.

suasana night market cameron highland pelancong

pasar malam cameron highland gambar waktu malam


Barang barang jualan menarik yg blh kita beli di pasar malam cameron utk di bawa pulang.

Semua barang barang yg kita blh dapati di pasar malam biasa, blh kita temui disini.

Bezanya, kebanyakan hasil tani adalah dr kawasan tempatan.

Gambar produk di pasar malam cameron highland 1

Benda paling sinonim dgn cameron mestilah strawberi. Tapi dlm gambar ni tak berapa merah. Nak yg merah blh jalan lagi.

Gambar produk di pasar malam cameron highland strawberry mentah

Pakaian seperti baju blh kita beli sbg kenangan ke sini. Entah bila lagi nak sampai kan?

Gambar produk di pasar malam cameron highland baju

Ada orang suka beli kaktus, di cameron ni memang banyak spesis kaktus utk dibeli dan di bawah pulang.

Gambar produk di pasar malam cameron highland kaktus

Ada juga hasil laut dan seafood. Kalau tanya Ibu, baik mkn seafood tempat lain. Harga mahal, nak yg segar pergi beli sendiri di pengkalan nelayan ke.

Gambar produk di pasar malam cameron highland ketam goreng

Ada juga gerai yg menjual madu lebah ternak. Mana nak tahu madu dr lebah tenrak ni? Cuba perhatikan corak sarang tu, kalau dah rata macam tu memang ternaklah.

Khasiat madu dr lebah liar dan ternak ni berbeza. Keluarga Ibu lebih suka madu dr lebah liar.

Gambar produk di pasar malam cameron highland madu bela

Gambar produk di pasar malam cameron highland udang goreng

Gambar produk di pasar malam cameron highland sayur

Ada juga gerai jual madu dr lebah liar yg buat sarang di hutan. Tapi masih perlu hati hati sebab kita tak nak beli madu yg dah ditambah gula & dijual pula pd harga mahal.

Penjual pun janganlah nak fikir untung saja, tak berkat menipu orang ni.

Gambar produk di pasar malam cameron highland madu tualang

Hasil pertanian dr kawasan tanah tinggi di sekitar.

Gambar produk di pasar malam cameron highland madu hasil tani

Barang barang seperti rantai kunci, fridge magnet & beg yg comel juga ada di jual.

Gambar produk di pasar malam cameron highland beg dan aksesori

Antara kegemaran kami sekeluarga, jagung mutiara di cameron highland. Yg warna ungu tu Ibu belum pernah cuba lagi.



Seram pula nak mkn jagung warna ungu.

Gambar produk di pasar malam cameron highland jagung merah

Gambar produk di pasar malam cameron highland ubi keledek
Akhirnya jumpa juga strawberi yg merah ranum macam ni. Selalunya kalau warnanya macam ni, memang manis.

Cuma yg tak best, cepat rosak ni.

Wajib habiskan awal atau buah ni akan membengkak dan rosak. Harga pun kita dah bayar mahal kan, takkan nak bagi rosak.

Jadi, kalau nak beli strawberi utk mkn segera, ambil yg merah. Nak di bawa pulang ambil yg pucat sikit. Cuma rasanya masamlah.


Gambar produk di pasar malam cameron highland strawberi merah

Kesimpulan.

Tanah tinggi yg terletak di Pahang ni memang Ibu cukup suka pergi. Blh kata setiap thn mesti kami kunjungi.

Banyak kenangan manis blh kita abadikan bersama keluarga di sini.

Dan, bila dah jalan jalan tu mesti nak beli cenderahati utk ahli keluarga & rakan taulan di kampung.

Bolehlah kunjungi pasar malam ni. 

Satu Ibu nak kongsi, pastikan kita periksa semula hasil tani yg dibeli, ada kes barang yg di pamer cantik dan baik sifatnya.

Tapi bila kita beli, kita diberikan barang barang yg rendah kualitinya.

Waspada tau. Seperti biasa, sekiranya anda nak kongsikan cerita & pengalaman bercuti di Cameron, blh saja isikan ruang komen di bawah.

Boleh jadi panduan kawan kawan yg belum pernah pergi, kita mudahkan urusan mereka kan dah dapat pahala percuma.

Sama sama kita jadi ibu yg bijak, membahagiakan keluarga & memberi manfaat. Berkasih sayang utk ke syurga di akhirat yg kekal abadi.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dr tiga ini: sedekah yg berlaku terus menerus, pengetahuan yg d manfaatkan, dan anak sholeh yg mendoakan dia.” (HR Muslim)



Loading...

Tags: #CAMERON #Gambar #HIGHLAND #malam #Menarik #pasar

author
Author: 
    Diminta Jadi Ketua Umum Partai, Awkarin: Saya Gak Akan Ditunggangi Pihak Manapun!
    slidegossip.com – Selebgram kondang Awkarin kembali menyita perhatian publik. Setelah sebelumnya ia sempat
    Lucinta Luna Ketahuan Lagi Bernama Asli Muhammad Fatah dan Abash Adalah Wanita Bernama Dian Ayu?
    slidegossip.com – Nama Lucinta Luna sudah lekat dgn imej artis yg tak kenal
    Ketua Juri Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak akan diambil tindakan – KPM
    Putrajaya, 15 Okt – Isu debat Bahasa Inggeris yg tular di media sosial
    Apa Itu Deepfake dan Inilah Bahayanya
    Aplikasi kamera saat ini sudah sedemikian canggih. Para pengguna sekarang bisa membuat kaki

    Leave a reply "Gambar menarik di pasar malam cameron Highland!"