Apalah yg seronok sangat di Lavender Garden? Lawa sangat ke taman bunga ni? Dah lah kena bayar utk masuk!

Bagi anda yg merancang bercuti di Cameron Highland, tak kiralah utk bawa keluarga & anak anak semasa cuti sekolah.
Atau jalan jalan dgn kawan, Ibu pasti mesti ada yg sedang mempertimbangkan melawat taman lavender.
Jadi, kali ini Ibu nak kongsi gambar gambar menarik disini.
Atau jalan jalan dgn kawan, Ibu pasti mesti ada yg sedang mempertimbangkan melawat taman lavender.
Jadi, kali ini Ibu nak kongsi gambar gambar menarik disini.
Belek belek artikel ini sehingga ke hujung & anda dijamin akan
-
Tahu apa aktiviti menarik yg blh dilakukan di taman bunga ternama ini..
- Makanan apa yg wajib dicuba semasa berada disini.
. -
Mencuci mata dgn gambar keindahan kebun bunga..
Tanpa membuang masa, kita mulakan dgn segera.
Gambar suasana di Cameron Highland Lavender Garden.

Cuaca di tanah tinggi agak berbeza dgn kawasan lain Malaysia. Suhunya lebih sejuk & mirip dgn cuaca di negara beriklim 4 musim.
Cameron Highland bertuah kerana tanahnya yg subur & kegiatan pertanian yg pesat menjadikannya kawasan terbaik utk bunga luar negara tumbuh segar di sini.
Jika anda merancang ke mari, Ibu rekemen pergi awal pagi dr jam 9 sehingga ke jam 10 kerana pengunjung belum ramai.
Di bawah ini Ibu kongsikan gambar parking kereta, waktu senggang & waktu puncak.
Di bawah ini Ibu kongsikan gambar parking kereta, waktu senggang & waktu puncak.
![]() |
Ini waktu lapang, orang tak ramai. Senang nak parking. |
![]() |
Ini pula waktu puncak, nampak tak susunan bas yg menunggu & deretan kereta tu. Azab! |
Tambahan lagi, senang nak letak kereta, jalan pun belum sesak.
Waktu puncak elok jangan pergi sebab ramai sangat.
Biasanya hari isnin sampai khamis lengang sikit. Hujung minggu jangan ceritalah, jam 10 pagi pun dah penuh. Apatah lagi cuti sekolah. Hari hari ramai orang.
Dan rata rata pengunjung habiskan masa 1 jam di sini.
Tempat letak kereta tak berbayar, parking ikut suka.
Bacaan menarik: Masih belum cukup yakin nak singgah lavender garden? Dapatkan semua info disini.
Gambar taman bunga cantik sekitar Lavender Garden.
Antara kelebihan taman ini ialah, hiasannya berubah mengikut hari perayaan kaum di Malaysia.
![]() |
Perhiasan bertemakan krismas. |
![]() |
Nampak menarik kan? |
![]() |
Ini pula tema hari raya. Memang tak lari perhiasan ketupat tu. |
Selain perhiasan, tarikan utama disini mestilah susunan pelbagai jenis bunga yg merimbun.
Masing masing sedang mekar menguntum.



Kalau dah bosan tangkap gambar bunga, ada juga set set yg disediakan khas utk tangkap gambar menarik.
Contohnya di bawah ni kerusi beca tarik dgn boneka beruang panda.

Di bawah pula arca istana macam cerita dongeng di negara barat.

Atau nak bergambar ala retro dgn kereta antik berlatarbelakangkan kebun bunga warna warni.

Atau blh tangkap gambar di puncak taman ini, blh nikmati permandangan sekitar.

Di puncak ni ada disusun model rumah kincir angin yg sohor di Belanda. Kalau kebetulan kita datang masa cuaca berangin memang kincir tu berputar.


Sebelum kita beransur pulang, mesti nak beli cenderamata utk di jadikan kenang kenangan kan?
Ada kedai khas menjual pelbagai barangan, nak beli baju, patung, magnet peti ais, mahupun key chain.

Gambar mknan & menu mesti cuba di Lavender garden.
Selain cenderamata, cuaca sejuk disini mesti buatkan kita laparkan? Ada kedai menjual aneka kek, manisan & minuman. Cuma sebelum beli tu pastikan ada halal jakim.

Tempat duduk yg selesa disediakan utk para pengunjung menjamu selera.

Antara menu wajib cuba, ais krim lavender. Rasanya macam ais krim mek dee tapi bau dan rasanya dr bunga lavender. Tak pastilah ais krim ni halal tak.

Di bawah ini menu ala english, minum teh, kopi atau hot chocolate sambil menikmati pelbagai jenis pastri.
Harga mknan disini memang mahal, biasanya kalau nak mkn sampai puas dgn harga lebih berpatutan Ibu akan pergi ke Kampung Taman Sedia. Penempatan orang melayu islam di Cameron. Nak mkn pun hati tak was was kan sebab orang islam yg sediakan.
Tapi itu semua pilihan kita semua kan. Mencari yg halal kan fardhu bagi semua orang islam.



Kesimpulan.
Sampai juga kita di akhir artikel ini, Ibu harap sedikit sebanyak anda dapat gambaran jelas tentang pengalaman yg bakal dialami dgn mengunjungi lokasi ini.
Boleh jamu mata, mulut & perut di sini dgn mengeluarkan belanja yg mahal. Hehe.
Nama pun bercuti, memang patut keluar duit kan.
Sekiranya anda ada pengalaman menarik nak dikongsi dgn pembaca lain tentang taman lavender, blh isikan di ruangan komen dibawah.
Dapat jadi panduan berguna utk sahabat yg lain, ilmu bermanfaat ni dapat pahala. Senang senang je jadi bekalan utk akhirat.
Sama samalah kita berlumba lumba memberikan manfaat, sbg Ibu yg penyayang & dikasihi anak anak serta keluarga.
Ibu bijak yg menjadi syurga kepada keluarganya. Insyaallah.
Assalamualaikum Wrmbth.
Tags: #CAMERON #Gambar #Garden #HIGHLAND #Lavender #Menarik