Gagal Selesaikan Janji PTPTN Kerajaan PH Blh Hilang Kuasa..

Oleh : Mohammad Agus Yusoff
 
PTPTN : MUNGKINKAH KERAJAAN SEPENGGAL?

1. PTPTN merupakan isu sensitif. Salah urus isu ini membolehkan kerajaan tumbang dlm PRU-15 nanti. Bayangkan terdapat 3 juta peminjam PTPTN yg tidak berpuas hati kerana merasakan kerajaan PH tidak menunaikan janji pilihan rayanya.
 

PTPTN - Gagal Selesaikan Janji PTPTN Kerajaan PH Blh Hilang Kuasa..

 
2. Manifesto PH menjanjikan pembatalan sekatan ke luar negara, dan menangguhkan pembayaran bg peminjam berpendapatan RM4k ke bawah. Apabila menang PRU, janji ini dilaksanakan, tetapi kelmarin PTPTN membuat cadangan utk u-turn keputusan yg telah dibuat.

3. Apapun alasan PTPTN, hal ini tidak wajar dipusing semula kerana anak muda bukan mahu melihat polisi ke belakang, tetapi melihatnya ke depan. Apa dasar negara utk mereka dr segi peluang pekerjaan dan kesejahteraan hidup, bukannya polisi kerajaan utk menyekat hak peminjam PTPTN ke luar negara, memperbaharui pasport, lesen, dan lainnya.

Bagaimana reaksi rakyat?

4. Apabila PTPTN mengumumkan cadangannya, ramai peminjam kecewa dan marah. Dahulu PH berjanji hendak menghapuskan PTPTN dan memberi pendidikan percuma, di manakah janji-janji tersebut sekarang? Kata mereka, seteruk-teruk UMNO dahulu, tidak byk dasarnya yg U-turn.

5. Bg yg bersetuju pula, mereka menyatakan tindakan PTPTN wajar kerana peminjam ini tidak ada tanggungjawab. Jangan harapkan semua percuma dr kerajaan. Hutang wajib dibayar supaya dpt diberikan kepada generasi akan datang.

6. Mereka juga menyatakan PTPTN tidak kejam. Yg kejam adalah peminjam yg ada kerja dan gaji melepasi paras kemiskinan, tetapi tidak mahu membayar hutang. Golongan yg liat ini mampu membayar ansuran kereta, bil Unifi, bil handphone dan lainnya, tetapi tidak mampu membayar PTPTN sebanyak RM50 sebulan. Memang patut disekat perjalanan ke luar negara.

Betulkah peminjam tidak mahu bayar?

7. Sebenarnya peminjam mahu membayar pinjaman mereka, tetapi dasar ‘bayaran balik’ PTPTN menolak mereka drpada membuat pembayaran. Jika peminjam pergi ke PTPTN utk mula membuat pembayaran kerana baharu stabil kewangannya, PTPTN mahu peminjam membayar balik semua tunggakan terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.

8. Ramai yg menyatakan dasar PTPTN ini dungu. Sepatutnya kena mudahkan orang membayar balik, bukannya tambah lagi beban orang yg hendak membayar. Jika kena selesaikan tunggakan dahulu, maka inilah yg menyukarkan peminjam membuat pembayaran. Di mana mahu mencari selonggok wang sekali gus?

9. Byk lagi yg blh dikupas, tetapi sengaja tidak diulas kerana PTPTN pun sedang membuat Konsultasi Rakyat sehingga Jun ini. Saya cuma menulis ini supaya PTPTN blh melihat semula dasar bayaran baliknya dan bersikap proaktif dlm menangani masalah peminjam. PTPTN mesti mencari penyelesaian win-win, bukan lose-lose.

10. Gagal berbuat demikian, maka semakin dekatlah kerajaan PH ini menjadi Kerajaan Sepenggal.


Loading...

Tags: #GAGAL #Hilang #Janji #Kerajaan #Kuasa #PTPTN... #Selesaikan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.