Fungsi kandungan 6 khasiat dlm Susu Pediasure utk anak kita

Harga susu pediasure memang mahal, saya tak kisah nak bayar lebih! Asalkan anak bertambah berat & tak sembelit!

anakBsihatBcukupBkhasiatBpediasure - Fungsi kandungan 6 khasiat dlm Susu Pediasure utk anak kita

Ramai ibu bekerja macam kita ni tak sihah berbelanja lebih utk anak anak, asalkan mereka sihat.

Lagipun, masa anak anak di siang hari banyak dihabiskan di nursery & sekolah.

Bila banyak bercampur dgn kawan kawan, mesti ada antara mereka yg tak sihat. Mudah berjangkit.

Sebab itu, kita laburkan dana beli mknan tambahan seperti susu pediasure. Tapi, apa rahsia produk ini yg dapat membantu mereka ya?

Selepas membaca artikel ini sehingga habis, anda dijamin akan

  1. Tahu khasiat penting yg dibekalkan pediasure complete.

    .

  2. Faham fungsi setiap khasiat ini utk pembesaran anak kita.

    .

  3. Sedar kepentingan mknan seimbang utk anak anak.

    .




Fungsi khasiat yg terkandung dlm susu pediasure utk kesihatan anak?

Kita mulakan dgn khasiat paling penting.

Apakah ia?

1. Air

Air adalah penting utk kesihatan anak anda, dan diperlukan utk memastikan semua bahagian tubuh berfungsi dgn baik.

Anak anak wajib mendapat air secukupnya supaya mereka kekal sihat & ceria sepanjang hari. Tak perlu tunggu mereka haus baru nak beri air, biasakan beri air sepanjang hari.

Terutama sekali semasa anak kita kurang sihat, lebih banyak air diperlukan utk cepat sembuh. 

Cuaca yg panas juga blh menyebabkan anak kita kurang air, jadi wajib beri perhatian.

Di bawah ini Ibu senaraikan beberapa manfaat air utk kesihatan badan anak.
  • Memastikan anak kita sentiasa terhidrat.
  • Penting utk sistem peredaran darah.
  • Membantu fungsi pencernaan yg baik.
  • Mengelakkan sembelit.
  • Sebagai agen pengangkutan khasiat dan oksigen ke sel.
  • Mengawal suhu badan.
  • Mengekalkan keseimbangan elektrolit (natrium).

2. Protein.

Sekiranya kita membina bangunan, bahan asasnya adalah batu bata.

Anak kita memerlukan protein sbgmana bangunan perlukan batu bata.

Ini kerana protein diperlukan tubuh utk membina & membaiki kerosakan sel dlm badan. 

Protein juga merupakan sumber tenaga alternatif kepada karbohidrat. Diet yg mempunyai protein akan menyebabkan kita kenyang lebih lama.

Kandungan protein di dlm pediasure sedikit sebanyak membantu anak kita dlm pembesarannya.

KandunganBsusuBpediasureBuntukBkesihatanBanak - Fungsi kandungan 6 khasiat dlm Susu Pediasure utk anak kita


3. Serat.

Pernah tak anak kita mengalami sembelit? kalau pernah, nampaknya kemungkinan mknan yg diambil anak kita kurang kandungan serat.

Serat diperolehi drpada buah & sayur dan membantu proses penghadaman yg lebih baik. 

Serat tidak mampu di hadam oleh organ penghadaman kita, tetapi ia membantu melawaskan kita di tandas.

Ia juga membantu sistem badan berjalan dgn lancar. 


4. Vitamin D

Badan kita memerlukan vitamin D utk membentuk gigi & tulang yg kuat.

Kita di Malaysia ni beruntung kerana sentiasa dilimpahi nikmat cahaya matahari sepanjang thn.

Badan kita akan menghasilkan vitamin D melalui pendedahan pd cahaya matahari. Jadi, pastikan kita luangkan masa beriadah di luar bersama anak anak supaya mereka memperoleh khasiat ini secukupnya.

Kalau dah beriadah pun masih tak cukup juga, itu gunanya kita berikan mknan tambahan yg ada vitamin D seperti pediasure.

Vitamin D adalah penting utk 
  • Menggalakkan penyerapan kalsium dlm sistem pencernaan 
  • Mengekalkan paras kalsium & fosforus di dlm darah.
Kekurangan vitamin akan menyebabkan tulang menjadi nipis & rapuh. Anak kita kan lasak, bayangkan tulangnya retak atau patah kerana terjatuh.

Pasti kita nak elakkan.


5. Kalsium.

Kalau kita perhatikan di televisyen, banyak betul iklan tentang minum susu sbg sumber kalsium.

Kenapa agaknya kita digalakkan minum susu utk bekalan kalsium?

Ini kerana mineral ini yg paling banyak dlm badan kita, dan penting utk membina tulang, gigi, dan otot yg kuat. 

Malangnya, anak anak yg cerewet soal mkn sukar memenuhi keperluan kalsium  harian yg diperlukan oleh tubuh mereka.

Kalsium yg banyak diperlukan utk mengekalkan gigi & tulang yg kuat. 

Selain itu, ia juga diperlukan badan utk peranan penting seperti
  • Pembekuan darah di kawasan luka.
  • Menyokong fungsi otot.
  • Penghantaran saraf
  • Mengawal tekanan darah.
Susu adalah satu sumber kalsium terbaik, salah satu bahan utama dlm pediasure juga berasal dr sumber tenusu.

Cuma, ada kanak kanak yg alah dgn laktosa. Sekiranya anak kita tergolong dlm kumpulan ini, terpaksa cari sumber kalsium lain seperti susu kambing & sayur sayuran.

Apa yg penting kita usahakan utk kebaikan anak.

Selain Kalsium, badan kita juga memerlukan mineral lain dlm kuantiti sedikit utk berfungsi dgn baik.

Di bawah ini Ibu kongsikan mineral yg terdapat dlm produk pediasure & peranannya.


6. Kalium.

Masih ingat di awal artikel ini, Ibu kongsikan peranan air utk kesihatan anak.

Air di dlm kita perlu diurus dgn baik supaya semuanya berjalan lancar. Unsur Kalium digunakan badan utk mengekalkan keseimbangan air dlm sel-sel badan. 

Ini penting kerana 
  • Cecair badan yg diperlukan utk mengedarkan darah ke seluruh badan, 
  • Membantu buah pinggang menghilangkan sisa dr badan.
  • Membantu menguruskan penghantaran isyarat saraf yg menggerakkan otot dan sel.
  • Kalium terlibat dlm pelbagai fungsi utama dlm badan.

Pastikan kita sbg mak ayah memasukkan sayur & buah ke dlm diet anak kita utk sumber kalium semulajadi.

Tamat senarai.

Sekiranya anda nak tahu lebih lanjut, blh baca artikel di bawah ni.

Bacaan menarik: Bagaimana memahami jadual nutrisi di label susu pediasure & menggunakannya utk bantu anak kita!


Kesimpulan.

Anak anak yg sedang membesar memerlukan bantuan ibu bapa memantau khasiat yg diambil setiap hari.

Sekiranya dibiarkan tanpa kawalan, tumbesaran mereka akan terbantut & lambat jika dibandingkan dgn rakan sebaya.

Pengambilan mknan tambahan blh membantu mencukupkan mana yg kurang.

Tetapi harus diingat, tabiat pemakanan yg sihat lebih penting utk kesihatan mereka.

Susu pediasure mungkin bagus sbg suplemen, tetapi elakkan dr terlalu bergantung harap pdnya.

Ibu harap, artikel ini memberi manfaat kepada anda semua. Jika nak kongsi pengalaman & pendapat, ruangan komen sentiasa terbuka.

Sama sama kita meriahkan ya, blh jadi rujukan ibu ibu lain di kemudian hari. 

Dapat pahala percuma. Jumpa lagi, Assalamualaikum.

Loading...

Tags: #Anak #FUNGSI #Kandungan #Khasiat #Kita #pediasure #Susu

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Fungsi kandungan 6 khasiat dlm Susu Pediasure utk anak kita"