Fruits Pastry Cake

Loading...

3Y2A9493 1 - Fruits Pastry Cake

Fruits Pastry Cake ni dah lama popular sebenarnya dan pernah viral di kalangan blogger masakkan pd thn 2011 wah… dah lebih 7 thn baru kini dia kembali viral semula. Kek ni kalau di kalangan blogger masakan yg mula perkenalkan adalah Rima dan Gert. Dulu kami blogger masakkan sehati sejiwa.. masing-masing kalau ada resepi baru yg sedap pasti akan di cuba oleh setiap blogger dan masing-masing akan memberikan respon yg baik terhadap resepi yg mereka cuba. Bila seorang cuba dan kata sedap.. apalagi yg lain tak blh dok diam lah.. semua pun berlumba-lumba mencuba dan mempamerkan hasil olahan kek masing-masing..

Seronok sangat dunia blog masakkan masa lalu.. Ikatan persaudaran kami amat erat walaupun kami hanya berhubung atau berkenalan di alam maya aje.. sorang di JB sorang di Kuantan.. sorang di utara.. sorang di selatan mahupun yg berada di luar negara.. tapi kami rasa macam kita hidup berjiran saling kenal mengenal dan berkongsi minat yg sama.

Hidup berjiran di alam maya ni lain sikit.. walaupun kami tak dapat nak hulur pinggan bagi merasa apa yg kami masak.. tapi berkongsi resepi dan bercerita tentang keenakkan resepi yg di kongsi juga seolah kami dah mendapat sepiring kuih dr jiran sebelah rumah tau! hebat kan hubungan rakan blogger masakkan..

Tapi kini semuanya hanya tinggal kenangan yg mungkin terpahat dan tersemat kemas dlm lipatan silam. Masing-masing dah mula sibuk dgn urusan masing-masing. Banyak blog yg dah mula sepi tanpa berita.. ada yg dah bersawang dan ada juga yg dah berkubur..

Yang tinggal hanya beberapan kerat sahaja yg masih lagi meneruskan minat yg sama… maklumlah dgn teknologi internet yg semain pesat, orang ramai lebih suka berkongsi di fb dan ig, lebih cepat dan mudah nak asess kata mereka. Maka tinggallah blog-blog ni sepi tanpa pengunjung.

Berbalik pd resepi yg kak ita kongsikan kali ini, Fruits Pastry cake, kalau dulu ita cuba resepi dr Gert anda blh rujuk resepi lama di SINI , resepi tu ita ada letak custard. Resepi asal Gert tak letak custard pon, ita je yg suka-suka letak custard, biasalah blogger sesekali kami juga suka derhaka… ialah kita anak beranak juga yg nak mkn.. hihi tak bagi orang pon.. kalau pd tekak kami sedap , kami kongsilah kalau tak sedap tak kongsilah..

Jangan limitkan sangat pemikiran ketika memasak.. ada orang memang macam tu.. kalau cikgu ajar A tak blh tukar B, dia akan pertahankan A sampai kiamat.. walaupun tak ada dosanya kalau kita cuba guna B, tak cuba tak tau kan.. kalau tak tahu tak jatuh hati lah.. ya tak?

Yang paling ita tak berapa suka, orang yg suka ambil kesempatan pd kelemahan dan kealpaan orang lain.. mak ita kata macam “buaya..” dia mengaga je.. tunggu mangsa aje nak ngap!
Adik-adik pon.. jangan malas nak mencari.. kebanyakkan resepi kek yg viral ni dah pernah di cuba oleh ramai blogger.. adik-adik cuma perlu curi masa sikit aje utk search resepi.. tak lah kena tipu bulat-bulat dek oii.. yg buat PJJ ni memang suka sangat dgn orang yg alpa dan leka macam adik-adik ni.. yg tak suka nak mencari.. nak nanti bersuap je..

Akak banyak dapat aduan, yg mana pergi beli resepi PJJ sekali mereka dapat resepi yg pernah akak kongsikan. Siap dgn resepi sebiji dan lagi hebat print terus gambar dan resepi dr blog akak dan jual PJJ. Ya Allah macam ni pon ada..
Dik.. kalau adik tak galakkan mereka tak jual pon.. sebab adik-adik malas nak mencarilah maka timbulnya banyak PJJ di internet.

Ada yg mereka olah sikit je.. tukar itu sikit tukar ini sikit.. kalau tepung tu haa… sampai berpuluh tepung guna nak bagi nampak lain.. pdhal resepi yg sama je.. semua tu gimik je.. nak nampak lain dan nak kata itu resepi mereka.. adoiii..
ok lah akk pun malas dah nak bebel, petua akak  kalau nak buat kek hati kena cool baru kek jadi lembut , gebu dan sedap! jom kita tenangkan jiwa kita buat kek.. dr membawang.. dapat pedih je.. huhu

3Y2A9672 - Fruits Pastry Cake

FRUITS PASTRY CAKE
Resepi Asal : Rima

100 gm unsalted butter
160 gm gula castor ( resepi asal 200 gm ) 20 gm lagi ita gaul dgn buah
50 gm sour cream atau blh guna yogurt
3 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla
1 biji orange – parut kulitnya aje ( resepi asal lemon )
210 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
500 gm buah-buah citrus ( strawberry, blueberry, peach, resberry dll)

Tepung satukan dgn baking powder dan ayak ( ada orang letak sikit tepung jagung, cth dia kurangkan 20 gm  sukatan tepung gandum + dgn 20 gm tepung jagung) 
Buah-buah tu pula kita potong  kalau yg besar, cuci bersih dan toskan, lepas tu gaul dgn 20 gm gula atau 2 sudu besar gula
Kalau guna buat dr dlm tin, basuh buat tu dan toskan-tak perlu letak gula sebab buah tin lebih manis
Dalam mixer, putar butter , sour cream dgn gula sehingga putih dan gebu
Masukkan telur satu persatu dan terus putar
Adunan akan jadi becah atau berbintil-bintil (itu normal)
Masukkan vanilla dan kulit orange dan terus putar
Tutup mixer
Masukkan tepung dan kaup balik rata
adunan akan jadi pekat 

Tuang dlm loyang 8 inc yg dilapik kertas dan oleh butter
ratakan
Taburkan buah-buahan atas adunan tadi
bakar dlm oven pd suhu 170C selama 45 – 1 jam atau sehungga adunan masak sempurna dan permukaan atasnya golden brown
Masa bakar tu bergantung pd oven, kalau aoven kecil 45 minit dah cukup, cucuk lidi kat tengah utk pastikan kek telah di m,asak sempurna
3Y2A9521 - Fruits Pastry Cake

Loading...

Tags: #Cake #FRUITS #Pastry

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Fruits Pastry Cake"