Format iPhone Di Machines Services Centre

000 9 - Format iPhone Di Machines Services Centre

Assalamualaikum semua…

Semalam hari sedih buat BBL. Mana tak nya, tetiba iPhone 7 Plus ni meragam lps update iOS 13 hari Sabtu lps. Blh pula masa tengah event explorace telefon tetiba jadi app crash. Buka instagram tetiba tertutup sendiri. Memory internal penuh pdl rasanya ada lg space. Bila check memory rupanya penuh dgn ‘Others File’. BBL cuba clear semua benda tak perlu tu tapi masih tak berubah dan sama.

Paling teruk bila nak ambil gambar, keluar notification ‘no more space’. Rasa nak menagis je time tu. Dekat 8 kali duk restart telefon. Ingatkan okay la lps tu, makin teruk ada la. Last sekali iPhone hang sangkut kat page ‘Welcome’.. keluar la tulisan ‘Hello’ pelbagai bahasa dr Melayu, Cina, Itali, English & mcm-macam la.. Balik rumah terus connect dgn iTunes kat laptop.. erm hasilnya terus keluar notification ‘unauthorized person’. So si housemate ni cadang suruh pergi Machines Store kotnya staff blh betulkan balik..

photo 2019 09 25 21 18 11 - Format iPhone Di Machines Services Centre

BBL dah cuak amat sebab byk gambar, video & benda penting dlm tu. Btw internal memory iPhone saya 128GB pun blh penuh. Yelah malas nak transfer ke laptop semua gambar tu.. erm menyesalnya tak transfer semua gambar. Tak silap iCloud pun dah penuh.. habis la hilang semua dokumen dlm telefon tu.

Esoknya.. 

Pukul 10 pagi terus pergi Machines iCity Central. Staff cuba connect dgn wifi tapi tak blh. Dia tanya ada reset ke factory mode ke… terus la saya cakap tak. telefon jadi problem lps update iOS 13 memang ke laut function. 

photo 2019 09 25 21 18 10 - Format iPhone Di Machines Services Centre

Staff suggest pergi Services Centre berdekatan. Ada 3 Machines Services Centre kat Lembah 
Klang ni 

1. NORTHPOINT OFFICE
B-G-2, Nortpoint Office, Mid Valley City,
No 1 Medan, Syed Putra Utara, 59200 Kuala Lumpur
Hari operasi : Isnin – Sabtu
Masa : 9 pagi – 6 petang

2. SURIA KLCC
Lot 316B & 316C, 
Tingkat 3, Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur
Hari operasi : Isnin – Ahad
Masa : 10 pagi – 10 petang

3. THE CURVE
Lot G17 – G18, 
Ground Floor, The Curve
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya
Hari operasi : Isnin – Ahad
Masa : 10 pagi – 10 petang

No telefon Machines Services Center > 016-2992138
No telefon Apple Malaysia > 1800 803 638
Online registertaion > getsupport.apple.com

Untuk Services Centre NORTHPOINT OFFICE & SURIA KLCC kena buat appointment dulu tau tapi lebih mudah terus pergi walk in THE CURVE sebab tak perlu appointment pun

Apa tunggu lg terus la BBL pergi The Curve dr Shah Alam. Nasib baik dekat je. Sampai sana terus cari Machines dlm mall. Lokasinya betul-betul dekat pintu masuk North (dari Ikea, dekat pintu masuk McDonalds & depan aiskrim Baskin Robin). 

Dah sampai terus pergi sebelah kanan kaunter, nampak Machines Autorized Services. 

1. Pergi kat kaunter no (ada iPad – key in nama dan pilih option 1)
2. Nanti akan keluar nama & no giliran anda. Ingat tau
3. Tunggu no giliran & nama anda di panggil pd skrin tv depan kaunter.
4. Serah iPhone, Macbook, iPad, iPod kat staff & cerita masalah gadjet tu.

So BBL repeat lg cerita kat staff utk diagnose. Dari apa saya cerita, jalan terakhir adalah format balik sebab telefon tak blh log in walaupun dah masuk Apple ID & password yg betul. Blh jadi sebab masalah software atau mother board. Ada risiko 50:50 telefon akan berfungsi dgn baik ATAU terus tak blh guna.

Erm..masa dah cuak giler sebab telefon tu baru je pakai setahun 4 bln.. dgn hati tawakal saya proceed utk format. Lps tu staff akan scan telefon depan, belakang, kiri, kanan, atas & bawah utk detect kalu ada kecacatan sebelum & selepas buat services. Nanti dpt satu resit, kena sign dan tulis detail.

Untuk format iPhone ni ambil masa 1 jam. Paling best tak payah bayar apa-apa pun, kira FREE OF CHARGE la. Kira okay la kejap je. Pukul 12.57 saya sign resit & staff suruh datang pick up balik pukul 2 petang. Sementara tu, pergi mkn jap kat McD dgn hati berdebar-debar mcm tunggu bini bersalin

Pukul 2 petang

Macam tadi guna, pergi kaunter no. Key in nama & pilih option 2 utk pickup. Tunggu la no giliran di panggil. Fuh nasib baik iPhone okay lps format  memang total lost betul semua memori tinggal 17.7 GB dr 128 GB penuh.. aduh kosong je telefon mcm iPhone baru keluar kotak. Terpaksa la setting balik fingger, download apps & redownload balik file dr iCloud tu. Perasaan lega campur sedih sikit.. Lega iPhone dah blh berfungsi balik. Staff bgtau cuma masalah software sahaja.. 

photo 2019 09 25 21 18 05 - Format iPhone Di Machines Services Centre
hilang semua memori daun pishang..

Erm lega.. lps ni kena rajin diri trasnfer semua gambar dlm laptop atau beli icloud size besar. Sadis jugak hilang semua gambar kenangan kat Osaka. Tak sempat nak update entri pengalaman kat sana.. Waa…sedihnya. Apa blh buat benda dah jadi kan..

Loading...

Tags: #Centre #Format #iPhone #Machines #Services

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.