First Time Naik Kapal Terbang

Assalamualaikum & hello there, 

Amboi tajuk entri tak blh bla langsung kan. Jujur sebenarnya saya gayat orangnya walaupun acah-acah berani tetapi kalu angin fobia tengok bawah dr level tinggi mau laju jantung berdenyut. Okay kita skip cerita merapu ni. 

000 1 - First Time Naik Kapal Terbang


Nak pendekkan cerita, dua minggu lepas BBL akan ajak housemate pergi Pulau Langkawi utk saja-saja habiskan weekend mandi air laut. Sambil tu tekak mengidam nak mkn sotong celup tepung tapi malas nak balik Terengganu. Kebetulan kawan baru balik dr Langkawi tu yg excited nak pergi jugak. So si housemate bila dah offer pergi Langkawi naik kapal terbang terus dia cakap “on”. Next step kami proceed beli tiket flight AirAsia online. Rezeki dapat tiket flight RM50 sehala, total RM100 lebih macam tu je. Kira murah  dan cepat sampai dr naik keretapi atau bas..hehe

Nak tahu apa paling best? sebenarnya tarikh sepatutnya kami berdua ke Langkawi tu rupanya si housemate ke Vietnam. Tiket trip pergi Vietnam tu dia dah beli 5 bulan lepas..confirm dia akan pilih terbang ke Vietnam compare nak pergi Langkawi kan. Utk backup plan trip weekend gateway kami berdua, cubalah tukar tarikh flight awal seminggu tapi kena tambah extra duit pulak. Plan B pulak..extand lewat seminggu tapi harga lebih kurang sama je. Nak atau terpaksa si housemate burn tiket flight Langkawi macam tu je. Yg cuak sekarang off course la BBL sebab dah la first time naik flight, nak pusing dlm KLIA2 cari gate lagi. Memang tawakal jelah terpaksa explore sendiri. 

Sekali lagi nasib baik la flight si housemate hari yg sama flight BBL ke Langkawi tu. BBL akan fly dulu jam 9 pagi sebelum dia take off jam 12 tengahari macam tu. Pukul 6 pagi kami berdua dah sampai Terminal Bersepadu Selatan (TSB) utk naik bas ke KLIA. Beli tiket bas Jetbus dr TBS ke KLIA2..tambang harga RM11.00 utk seorang. Lebih kurang 1 jam 15 minit masa perjalanan nak sampai airport. 

jetbus at the klia2 transportation hub - First Time Naik Kapal Terbang


Sampai di KLIA2 terus pergi machine check in utk print boarding pass. Cuak bertambah lagi bila key in no boarding pass tak keluar apa-apa. Sampai 3 machine kami try..last-last terus berlari pergi kaunter customer services utk print manual. Salah diri sendiri tak print siap-siap kat rumah. Berangan lebih kan. Risau juga tak sempat nak kejar gate departure. Depan BBL masa tu ada customer ada masalah teknikal utk print boarding pass dia. Skip story pasal dia, bila sampai turn terus bagitau masalah tak dapat print boarding pass dan staff AA terus minta booking no. Tada dapat boarding pass design AA macam bawah ni. Cantik amat sangat. Exclusive gituh hahaha

photo6226528653425092793 - First Time Naik Kapal Terbang
 tak sempat nak snap gambar boarding pass full frame.. T.T
photo6228875110023014546 - First Time Naik Kapal Terbang


Lepas tu mintak housemate guide hantar ke pintu pemeriksaan keselamatan. Nasib baik waktu beratur tak ramai sangat orang tengah que nak lepas pintu masuk terminal K. Tips utk anda yg first time fly, elok keluarkan siap-siap kad pengenalan/pasport beserta tiket flight utk pegawai periksa. Jangan bila dah sampai depan pegawai baru terhegeh nak cari kad pengenalan dlm dompet, mau kena marah tak pasal-pasal. Dah setel check nama saya sama seperti tertera kat flight tiket terus pergi bahagian mesin pengimbas utk scan barang luggage. Kat sini korang ambil bakul & letak beg galas, dompet, telefon, tali pinggang dan semua barang besi dlm tu kemudian tolak dlm scanner. Make sure bakul, beg atau luggage dah masuk dlm scanner baru korang bergerak ke pintu keselamatan utk scan body pulak. Kalu yg pakai topi, kopiah atau songkok elok  tanggalkan dulu utk tujuan keselamatan. Bila dah setel dan clear bebas dr sebarang isu keselamatan, terus ambil barang-barang dlm bakul tadi dan move bahagian depan siikit utk kemas balik. Pakai balik apa yg kena tanggal tadi. Lega satu proses..

Nak tahu apa yg lebih teruk lepas tu? Gate departure flight BBL paling hujung sekali. Tak silap gate K14. Jauh amat sangat..sampai termengah dr depan Starbucks sampai la depan gate K14 tu. Dah la kita ni first time nak fly, dah macam explorace dlm KLIA2 tu. Apa yg saya perasan gate number genap sebelah kiri & ganjil sebelah kanan anda. Penat jugak nak cari gate sampai terkejar-kejar risau gate dah tutup. 

Macam biasa dah sampai gate K14 terus duduk tunggu departure calling. Seronok dapat masuk badan kapal terbang buat pertama kalinya. Oh macam ni perasaan nak flying..excited seronok habis. Thank you AirAsia assign seat BBL tepi tingkap..fuh kemain double the fun! So seat sebelah BBL kosong lah sebab si housemate cancel tak join pergi Langkawi ni. Masa nak berlepas sebenarnya agak cuak risau mabuk udara je tapi alhamdulilah semua berjalan lancar. 

Ha enjoy beberapa snapshoot BBL ambil dr tingkap kecil atas flight dr Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi ni. Oh perjalanan ni ambil masa 1 jam 15 minit. Paling tak best dlm flight mestilah bau mknan yg customer beli masa pre order flight macam Nasi Lemak Pak Nasser, Uncle Chin Chicken Rice dan bau coffee. Aduh lapar perut jadinya. Well kalu flight sejam atau lebih elok la korang pre-book meal supaya tak lapar time dlm flight. Kalu tak jadi macam BBL termenung luar jendela. Itu nasib baik dapat seat tepi tingkap, kalu dapat seat tepi sekali laluan jalan stewardess tu maka ber huhuhu jelah. 

photo6134184571638491173 - First Time Naik Kapal Terbang
photo6134184571638491184 - First Time Naik Kapal Terbang


Nak hilangkan bosan..belek jelah majalah AirAsia acah-acah baca. Ada dua jenis majalah blh korang hadam iaitu Travel360 dan BigDutyFree. Blh shopping atas langit gituh. Merchandise AA pun ada jual juga seperti keychain, notebook, tshirt dan bermacam lagi.

photo6226528653425092823 - First Time Naik Kapal Terbang
photo6226528653425092824 - First Time Naik Kapal Terbang
photo6228875110023014544 - First Time Naik Kapal Terbang
photo6226528653425092824 1 - First Time Naik Kapal Terbang


Kalu lapar, blh belek menu kat bahagian belakang magazine. Harga macam biasa mahal sikit sebab korang beli atas awan kan. Kadang-kadang bau mknan penumpang sebelah buat kita rasa nak mkn jugak. Aum..

photo6226528653425092825 - First Time Naik Kapal Terbang
photo6226528653425092826 - First Time Naik Kapal Terbang
photo6226528653425092827 - First Time Naik Kapal Terbang

Sejam lebih kemudian semua para penumpang touch down ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Ni pun first time jejak kaki kat airport Mahsuri. Tak silap waktu ni ada renovation utk wings international. Rasanya 2019 ni ada la perubahan utk lepasan anatarabangsa. Waktu dah clear landing, ingatkan ada skybridge macam KLIA2 tu rupanya kena jalan kaki dr aircarft ke bangunan airport. Teringat macam LCCT dulu kan. Dah sampai terus BBL cari Starbucks memandangkan masih jam 10.30 pagi waktu tu..perasaan dapat minum kopi lepas tahan lapar fuh indahnya dunia..

photo6226528653425092794 - First Time Naik Kapal Terbang


Nasib baik ada kawan sekampung yg kebetulan bekerja kat Pulau Langkawi, so ajak dia teman BBL sepanjang weekend kat Pantai Chenang. Kalu tak mau pisang seorang je pusing Langkawi tu. Sementara nak tunggu dia sampai airport, sempat print out tiket return ke Kuala Lumpur. Senang kalu mesin check in jam mau menagis nak balik KL dgn apa.. naik sampan?

photo6226528653425092810 - First Time Naik Kapal Terbang


Habis part naik flight, kita proceed cerita nak balik KL pulak. Sekali lagi agak cuak sebab risau beg galas BBL bawak ni lebih 7kg. Sampai airport terus cari penimbang, fuh nasib baik 6.5kg. Terus beratur masuk utk check in. Sekali lagi kena handle sendiri..masa nak berjalan masuk BBL macam confius kena check in kat kaunter atau tak. Ikut kata hati, terus je berjalan sampai lepas safety checking. Lega semua tak ada problem dan terus cari gate utk berlepas. Blh tahan awal juga saya sampai..so tunggu jelah staff paling masuk. Waktu tu ada 2 penerbangan berlepas dr gate yg sama. Lucky bukan flight BBL..tak pe kita tunggu je. 

photo6226528653425092817 - First Time Naik Kapal Terbang
photo6226528653425092818 - First Time Naik Kapal Terbang


Yeay sampailah masa ditunggu-tunggu utk pulang ke rumah. The good news sekali lagi, AA asign seat BBL betul-betul tepi tingkap. Pergi balik dapat tengok permandangan luar dr aircraft. Cantik amat sangat langit dr atas udara ni. Nah belanja dr view dr Langkawi ke Kuala Lumpur.

photo6228875110023014542 - First Time Naik Kapal Terbang
photo6226528653425092819 - First Time Naik Kapal Terbang
 bye Langkawi 
photo6226528653425092821 - First Time Naik Kapal Terbang


Sejam lepas tu sampailah KLIA2. Tak banyak cerita dah keluar dr gate terus beli tiket bas balik ke TBS dan naik LRT sampai ke stesen rumah. Lega..

Habis cerita..

Tips BBL utk korang yg first time nak flight berseorangan
1. Print boarding pass siap-siap dr rumah. Print 2 keping utk safety
2. Datang awal – 1 jam  utk penerbangan domestik & 3 jam utk international flight
3. Mkn dulu sebelum masuk gate, ada banyak je kedai/cafe sepanjang nak sampai gate departure tu
4. Order pre-book meal utk flight 1 jam seatas
5. Bawa earphone utk layan movie atau dengar lagu time dlm pesawat. Blh tengok movie utk hilangkan bosan sementara nak tunggu sampai ke destinasi. 

Itu sahaja, well macam mana pengalaman anda first time naik flight? Blh komen kat bawah ye..

Loading...

Tags: #First #Kapal #Naik #Terbang #Time

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "First Time Naik Kapal Terbang"