First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL

000 3 - First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL

Assalamualaikum korang,

Fuh tak sangka hari ni dpt pengalaman mkn benda baru dlm hidup. Sebelum selalu tengok travelog National Geographic travel ke negara Rusia & Mongolia. Dah nama travel negara orang kalu tak rasa menu masakan tempatan memang belum complete le.. kadang-kadang terliur & tertanya bagaimana rasa mknan mereka ye. Al kisahnya siang tadi Along Murni ajak teman dia mkn restoren The Sultanate kat level 1, Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Restoren ni baru je buka sebulan lebih.

photo 2019 07 22 20 58 01 - First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL

Restoren The Sultanate menawarkan sajian tiga negara – Arabian, Mongolian & Russian. Maklumlah rakyat kita memang suka cuba mknan baru, unik & menarik. Nak tunggu travel ke sana, entah bila agaknya. Sebelum tu tak salah try mkn dulu kan.

photo 2019 07 22 20 58 03 - First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL
Restoren ni blh muat 150 pelanggan dlm satu masa. Luas, selesa & mudah nak ekses dr KLCC, Kampung Baru selain berdekatan Monorel Bukit Nenas & stesen LRT Dang Wangi. Dekorasi bercirikan budaya arab serta mongolia byk mempengaruhi suasana menjamu selera kat sini. Ekslusif dgn kelas tersendiri membuatkan anda selesa menikmati sajian hidangan. 

P1140604 - First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL
P1140619 - First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL
P1140621 - First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL
P1140634 - First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL
Selain terdapat bilik private berciri tiga negara iaitu Mongolia, Arab & Rusia blh anda booking utk mkn tengahari, mkn malam atau sesi santai bersama keluarga, kawan atau atas urusan prospek kerja. Sbg contoh, bg RM500 keatas para pelanggan blh menikmati mknan dlm suasana khemah tradisonal Mongolia selama 2 jam. 


photo 2019 07 22 20 57 30 - First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL
photo 2019 07 22 20 59 26 - First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL
yes kami bersama pemilik restoren The Sultanate & isterinya, rakyat Mongolia

Kitaorang try beberapa dish dr list menu. Ni paling commanded oleh staff The Sultanate sendiri. Lebih kurang signature dr sana. First kita ke negara Arab dulu. BBL memang suggest try Tagine Chicken yang isi ayam sangat lembut. Campuran buah zaiton, kentang, tomato serta rempah ratus memang khusyuk je hirup sup. Begitu juga menu Lamb Shank Mandy yang sedap. Biasa orang akan habiskan daging dulu kan, kat sini percayalah nasi akan habis dulu. Kemudian sila la try roti traditional arab yg dimasak dlm oven arang. Cicah dgn kuah kari memang mabeles. 

photo 2019 07 22 20 58 46 - First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL
P1140607 - First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL
Tagine Chicken 

P1140611 - First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL
Lamb Shank Mandy

P1140613 - First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL
roti tradisional arab

Seterusnya kami try masakan Mongolia. Negara sempadan antara China & Rusia memang terkenal dgn citarasa tersendiri. Mostly menu berasaskan daging memandangkan sana jauh dr laut kecuali ikan sungai. Rakyat Mongolia gunakan rempah ratus dlm masakan utk panaskan badan dr cuaca sejuk. Bituusul bagus utk legakan deman, selsema & hangatkan diri. Well sepatutnya ‘doh’ atas sup ni kena selak, tapi sebab tak tahu kami bantai koyak mcm tu je sebab excited nak tahu isi dlm tu. Memang sedap & rasa dia lain dr sup daging Malaysia.. kenalah cuba sendiri okay. 

photo 2019 07 22 21 56 53 - First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL
Bituusul RM 22
Bahagian penutup, kami try hidangan Rusia iaitu Borschtsup beetroot bersama roti & sour cream. Bg BBL la, blh terima sebab cicah dgn roti lembut. Btw orang rusia memang kebiasanya mkn roti tu sapu mentega. Sup ni elok buat hirup. Sejuk aircond restoren rasa badan hangat lps hirup 2 3 kali Borscht ni. 


Jangan lupa order Caviar Bliny – penkek istimewa negara Rusia. Atas tu caviar asli memang melting dlm mulut. Cara mkn makesure ngap penkek sekali caviar tu sebab nanti tak rasa ‘plain’ sangat. 

photo 2019 07 22 21 57 07 - First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL
Borscht RM 22

P1140624 - First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL
photo 2019 07 22 21 57 00 - First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL
Caviar Bliny RM 38
Actually byk lg menu tambahan lain blh anda try. Rata-rata feedback pelanggan yg datang mkn sini memang suka kerana lain dr kebiasaan mknan kita blh jumpa dlm Malaysia. Off rekod, The Sultanate adalah restoren pertama di Malaysia menawarkan sajian mknan Mongolia & Rusia halal. Semalam pun kami sempat sembang dgn regular customer yg datang  2 3 kali sebulan lps dpt tahu restoren ni offer sesuatu yg susah nak jumpa dlm KL sendiri. 

Bertambah lg authentic, chef di The Sultanate diterbangkan khas dr Mongolia. Malah isteri kepada pemilik adalah seorang rakyat Mongolia. Dah tentu air tangan asli orang sana lebih menjadi dr hasil tangan kita kalu belajar. Tak gitu..

WhatsAppBImageB2019 07 22BatB11.19.21BPM - First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL
WhatsAppBImageB2019 07 22BatB11.19.22BPM - First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL

Ha perut pun dah kenyang. Siapa nak cuba mknan baru blh datang ke The Sultanate utk rasai sendiri keunikkan setiap hidangan terutama dr negara Mongolia & Rusia. Susah & payah nak jumpa sajian halal seumpama ini sekitar KL. 


photo 2019 07 22 20 58 56 - First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL
photo 2019 07 22 20 59 13 - First Time Cuba Mknan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL
The Sultanate Restaurant – Arabian – Mongolian – Russian 
Level 1, West Wing Hotel Renaissance Kuala Lumpur

Waktu operasi : 12 tengahari – 1 pagi
No telefon : 014-9948692 | 013-4256892
Facebook : Facebook.com/sultanaterestaurant
Instagram : Instagram.com/sultanaterestaurant

Loading...

Tags: #Arab #Cuba #First #Hotel #Mangolia #Mknan #Negara #Renaissance #Rusia #Sultanate. #Time

author
Author: 
    Soalan murid nakal ini buat gurunya hiba…
    Gambar hiasan Untuk renungan kita bersama *Hari Ini Saya Baik, Nanti Cikgu Beritahu
    5 Artis Ini Pernah Lakukan Hal Jorok? No 3 Pipis di Westafel, No 5 BAB di Celana Saat Konser!
    slidegossip.com – Artis itu juga manusia loh. Sama seperti yg lain, mereka juga
    Husnul Khatimah? 3 Artis Indonesia Ini Meninggal Usai Shalat, No 3 Masih Pakai Mukena!
    slidegossip.com – Jodoh, rezeki sehinggal ajal adalah rahasia Yg Maha Kuasa. Tak ada
    3 Artis Terkenal Indonesia Ini Mati Meninggalkan Hutang, No 3 Ketakutan dan Bunuh Diri?
    slidegossip.com – Umur manusia memang sudah ditentukan oleh yg Maha Kuasa. Tuhan bisa

    Comments are closed.