Fashion Hijab Nampak Leher & Telinga!

Fashion Hijab Nampak Leher Telinga 1 - Fashion Hijab Nampak Leher & Telinga!

Trend pakai tudung nampak leher, nampak anak rambut, nampak side burn, cuping telinga, anak telinga, mak telinga bagai ni, semua datang dr mana?

Tau la sekarang tudung mahal, tapi jangan la kedekut kain tu sangat. Tak baik kedekut, nanti rezeki sempit. Huhu.

Nak berfesyen pun, ikutlah syariat Islam.

Tutup la semua tu. Kan kita dah belajar dlm pendidikan Islam masa sekolah menengah yg semua tu aurat. Kita belajar bukan utk exam je, tapi utk amalkan. Kalau baca al Quran pun, Allah dah sebut dgn detail dlm surah An Nur ayat 31.

Kita nak apa lagi sebenarnya?

Kita tutup aurat utk cari redha Allah. Bukan utk mencari publisiti manusia. Moga Allah bg kekuatan utk tinggalkan jahiliah moden tu.

Firman Allah S.W.T yg bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yg beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yg haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yg zahir drpadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dgn tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bg saudara-saudara mereka yg lelaki atau anak bg saudara-saudara mereka yg perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dr orang-orang lelaki yg telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yg belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki utk diketahui orang akan apa yg tersembunyi dr perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yg beriman, supaya kamu Berjaya” (Surah An-Nur : Ayat 31)

Berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa Islam adalah agama yg mementingkan keselamatan harta benda dan jiwa raga. Islam telah menggariskan beberapa panduan khususnya pd wanita supaya menjaga aurat drpada tercebur ke lembah perzinaan demi utk keselamatan dan kebahagiaan hidup mereka di dunia dan akhirat.

Berikut adalah kesilapan dan salah faham segelintir wanita zaman sekarang mengenai arahan Allah S.W.T supaya menutup aurat. Moga ia menjadi renungan dan iktibar buat kita semua.

  • Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  • Bertudung tetapi mengenakan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
  • Bertudung tetapi baju kebarung/kebayanya terbelah di bahagian tengah.
  • Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk tubuh.
  • Bertudung tetapi amat longgar tudungnya sehingga sengaja menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
  • Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tanggalkan tudung bila di pasar raya.
  • Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah belahan dadanya dr ditutupi oleh kain tudung.
  • Bertudung tetapi dgn tudung yg amat nipis sehingga blh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

#ShukeryAzizan
#AkuBukanMalaikat2
#Obligasi

The post Fashion Hijab Nampak Leher & Telinga! appeared first on Islam Itu Indah.


Loading...

Tags: #Fashion #Hijab #Leher #Nampak #Telinga

author
Author: 
    COVID-19: CUEPACS mohon penangguhan bayaran LPPSA
    KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menangguhkan sementara pembayaran balik pinjaman perumahan Penjawat Awam yg
    4 Gaya Bercinta Favorit Artis Cantik Indonesia, No 3 Pakai Mainan, No 4 Suka Jumpalitan!
    slidegossip.com – Setiap orang dewasa yg telah menikah, sudah selayaknya memiliki hasrat bercinta,
    Sering Pamer Kekayaan, Giliran Didatangi Orang Pinjam Uang, Nikita Mirzani Malah Ngamuk!
    slidegossip.com – Nikita Mirzani dikenal sbg salah satu artis yg sering pamer harta
    Aktor Ini Meninggal Mendadak di Usia 16 Thn! Keluarga Kecewa Tak Blh Peluk Jenazah!
    slidegossip.com – Kabar duka kembali datang dr dunia hiburan. Aktor tampan Logan Williams

    Comments are closed.