Fakta Tentang Nabi Muhammad Yg Ramai Penghina Nabi Tidak Tahu.

Loading...

Oleh : Firdaus Wong

Fakta Tentang Nabi Muhammad Yg Ramai Penghina Nabi Tidak Tahu.

Kebelakangan ini, semakin menjadi kes menghina Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam di kalangan mereka yg Belum Muslim. Sbg Muslim, sudah tentu Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam bukanlah sbgmana yg mereka gambarkan.

Islam 1 - Fakta Tentang Nabi Muhammad Yg Ramai Penghina Nabi Tidak Tahu.


Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam adalah orang yg paling sayang terhadap manusia, beliau menyukai kebaikan ada pd mereka dan Bgnda sangat berupaya agar mereka mendapatkan kebahagiaan dan keselamatan. Allah Subhana Wa Ta’ala menegaskan perkara ini;

“Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dr kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bgmu, Amat belas kasihan lagi Penyayang terhadap orang-orang mukmin.” (At-Taubah 9: 128)

Baginda sangat mencintai sekali umatnya, beliau menanggung beban demi keselamatan umatnya di akhirat, beliau berharap semoga umatnya dimuliakan Allah Subhana Wa Ta’ala dan beriman agar mereka dpt masuk syurga, bahkan Bgnda menangis kerana sangat takutnya terhadap nasib umatnya dan kasih sayangnya Bgnda terhadap mereka. Dari Abdullah bin Amr bin Ash radhiallahu anhu, beliau berkata,

Sesungguhnya Nabi shallallahu alaihi wa sallam membaca ayat Allah Taala tentang Nabi Ibrahim,

“Ya Tuhanku, Sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan drpada manusia, Maka Barangsiapa yg mengikutiku, Maka Sesungguhnya orang itu Termasuk golonganku.” (Ibrahim 14:36)

Andainya mereka yg menghina Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam ini tahu betapa Bgnda sayangkan mereka dan mahukan mereka beriman agar mereka dpt masuk syurga bersamanya. Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam lebih mencintai kalian melebihi ibubapa kalian tetapi tergamak anda menghina Nabi Muhammad yg mahukan kebaikan utk anda?

Kembalilah kepada kebenaran dan kenali siapakah Nabi Muhammad yg mahukan kebaikan utk anda. Semoga anda yg hina dan bencikan Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam dibukakan hati dan dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala utk memeluk Islam. Allahuma Ameen.

Loading...

Tags: #Fakta #MUHAMMAD #Nabi #Penghina #Ramai #Tahu #Tentang #tidak

author
Author: 
    CUEPACS minta kerajaan jangan abai kebajikan guru
    SEMPORNA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dlm Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melihat kebajikan
    Lucinta Luna Alami Kecelakaan? Netizen: Curiga Jangan-Jangan Oplas Lagi!
    slidegossip.com – Artis sensasional Lucinta Luna dikabarkan mengalami kecelakaan sehingga membuat kepalanya harus
    Latih semula guru fahami Falasafah Pendidikan Kebangsaan – Rektor UIA
    PETALING JAYA: Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dzulkifli Abdul Razak berkata Malaysia perlu
    Latih semula guru, pendidik mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan – Rektor UIA
    PETALING JAYA: Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dzulkifli Abdul Razak berkata Malaysia perlu

    Leave a reply "Fakta Tentang Nabi Muhammad Yg Ramai Penghina Nabi Tidak Tahu."