Fadhilat Dan Kelebihan Puasa Bulan Ramadhan

Loading...

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada drpada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dgn kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah drpada sakit matanya pd bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dgn adanya malam Lailatul Qadar yg dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yg berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dgn dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yg sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu “AllahuAkbar” 3 kali, kemudian bacalah :
    1. (Segala kepujian bagi Allah yg telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dgn malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan drpada api neraka, atau dibacakan :

      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dgn keamanan dan keimanan dan dgn keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dr setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pd awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dlm syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yg teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yg hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yg cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan utk orang-orang yg berpuasa drpada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim drpada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dlm lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pd tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yg meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pd malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta’ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dlm perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pd malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, sehingga sampai dr timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Utk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yg berjaga pd malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yg duduk beribadah, orang yg sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin sehingga terbit fajar subuh……. berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pd hajat orang mukmin dr umat Muhammad (s.a.w)  pd bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yg berpuasa dan beribadah pdnya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yg tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yg kekal minum arak, orang yg derhakakan ibubapanya, orang yg memutuskan sillaturrahim dan orang yg tidak bercakap dgn saudaranya lebih dr 3 hari.
  • Apabila pd malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pd malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pd permukaan jalan menyeru dgn suara yg kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yg amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yg memberi pemberian yg berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yg besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yg mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dr puasa mereka pd bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yg belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum drpada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pd malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yg dilakukan pd bulan Ramadan digandakan kepada 10 sehingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yg berkuasa menahan syahwatnya, mkn minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yg sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dlm berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi mkn kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi mkn orang yg berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah – Allah memberi pahala ini kepada orang yg memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dr kolam Hudh sejenis minuman yg tiada dahaga lagi kemudiannya sehingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yg disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dlm syurga.
  • Barang siapa hadir ke dlm majlis zikir pd bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pd hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dlm bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yg berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yg berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yg besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yg menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yg sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga drpada permata bagi orang yg berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dr pagi sehingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pd hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa drpada kuburnya dgn keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dr segala macam mknan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam mknan , minuman dan buah-buahan. Sbg balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yg tidur dlm bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • – Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dlm syurga)
    • – Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • – Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • – Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
    • – Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya drpada segala dosa dan kesalahan!)
    • – Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yg banyak muka bersujud kepada Allah pd hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yg berpuasa Ramadan dr umat Muhammad! (Al-Hadith)
    • Keredaan Allah (bagi orang yg taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yg maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yg taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yg tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yg benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar – yakni menghapuskan dosa dosa orang yg berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yg mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pd bulan mulia dgn penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yg benar benar melakukan ibadat kerana Nya pd bulan Ramadan termulia ini dgn ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yg banyak sekali, teristimewa pd malam Lailatul Qadar.
    • “Bahawa di dlm syurga terdapat bilik bilik, dilihat dr luar nampak di dlmnya dan dilihat dr dlm kelihatan di luarnya, berkata sahabat : utk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yg baik percakapannya, bagi orang yg memberi mkn mknan, bagi orang yg sentiasa berpuasa, bagi orang yg sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur.” (Al Hadith)
    •  

    • “Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pd bulan Ramadhan.” (Al Hadith)
    • “Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api.” (Al Hadith)
    • “Siapa memberi mkn ( berbuka puasa) kepada orang puasa mkn baginya seumpama balasan pahala orang yg berpuasa dgn tidak kurang sedikitpun .” (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada drpada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yg sia sia dan drpada yg haram dan yg makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yg dihalalkan Allah, mengharamkan akan yg diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yg terindah di dlm syurga drpada permata zamrud, di dlmnya drpada yaqut merah indah, di dlm rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dlmnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dgn permata bercahaya indah yg menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pd menyempurnakan segala hajat yg diperlukan, mereka itulah orang yg aman drpada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pd awal Ramadan sehingga akhir malam Ramadan, tiap orang yg bersembahyang pd malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dlm  syurga drpada yaqut merah indah, baginya 70 pintu drpada emas yg bertatah yaqut permata yg merah, orang yg berpuasa pd awal Ramadan diampunkan segala dosanya  sehingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dlm syurga, mempunya 1000 pintu drpa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dr pagi  sehingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pd bulan Ramadan atas segala hari yg lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pd bulan Ramadan dgn keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yg telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yg berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yg paling mulia yg digandakan ibadat berlipatkali ganda drpada bulan bulan yg lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yg banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yg terdapat pdnya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yg dikurniakan kepada hamba hamba Nya yg  salihin, yg tidak terdapat pd bulan bulan yg lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pd thn thn hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa pdNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yg terlebih besar drpada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

sumber dipetik dr buku fadhilat rejab, syaban, dan ramadhan tulisan Budiman Radhi

Loading...

Tags: #Bulan #Fadhilat #Kelebihan #Puasa #Ramadhan

author
Author: 
    Mabuk di Jalan, Artis yg Video Syur nya Viral Ini Langsung Telepon Ayahnya Saat Ditangkap!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr artis tampan asal Malaysia, Aliff Aziz. Seperti
    Billy Syahputra Kaget Setelah Lihat Isi ATM Nikita Mirzani: Allahu Akbar!
    slidegossip.com – Nikita Mirzani kini dikenal sbg wanita sukses baik di industri hiburan
    Henti persoalkan kewujudan sekolah vernakular negara ini – Timb. Menteri
    KUALA LUMPUR: Pihak yg tidak berpuas hati dgn kedudukan sekolah vernakular di negara
    Contoh Ibu yg Baik, Demi Bantu Anak Selesaikan PR, Ayu Ting Ting Rela Batalkan Meeting!
    slidegossip.com – Ayu Ting Ting dikenal sbg salah satu penyanyi dangdut papan atas

    Comments are closed.