Eric Liew Diburu Netizens Kerana Menghina Agong..

Nama Eric Liew tiba-tiba menjadi sensasi dlm satu malam disebabkan komen beliau mengenai Agong menjadi tular di sosial media.

“Terlalu sibuk berzina dgn pengantin barunya,” komennya dlm pautan berita perletakkan jawatan Agong yg kemudiannya ditangkaplayar oleh netizens lalu disebarkan secara meluas. 

1 29 - Eric Liew Diburu Netizens Kerana Menghina Agong..

Netizens kemudiannya menyebarkan gambar Eric bersama pasangannya di sosial media selain menyerang akaun Facebooknya.

Tidak terhad disitu, netizens juga mendesak majikan Eric, CISCO ASEAN utk bersegera mengambil tindakan ke atas Eric kerana dianggap kurang ajar dan bersikap biadap terhadap Sultan Kelantan.

Laman Facebook rasmi CISCO ASEAN dibanjiri dgn ribuan komen yg mendesak syarikat itu utk memecat Eric dgn segera.

Kempen boikot ke atas CISCO ASEAN turut dilancarkan oleh sesetengah netizens seperti yg blh dilihat diruangan komen.

“Hai semua, perkara ini telah dibawa ke perhatian kami dan diserahkan ke wakil pengurusan Malaysia. Siasatan selanjutnya akan dilakukan dan tindakan susulan akan diambil sewajarnya selepas ini,” kata wakil CISCO ASEAN dlm satu kenyataan bg membalas desakan netizens.

Eric - Eric Liew Diburu Netizens Kerana Menghina Agong..

 
Disebabkan serangan yg bertubi-tubi itu, Eric Liew kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Saya telah membuat komen yg biadap terhadap bekas Agong sebentar tadi, yg sememangnya langsung tak masuk akal. Saya telah menarik semula kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf di dlm group (kumpulan) di mana tempat saya membuat komen itu tadinya tetapi kini komen tersebut telah menjadi tular.

Saya benar-benar minta maaf kerana membuat komen melampau kurang ajar itu. Saya berharap kepada mereka yg marahkan saya bole memaafkan kesilapan saya,” katanya dlm satu kenyataan yg dipetik menerusi Facebooknya.

Bagaimanapun Eric Liew didapati menghilangkan diri selepas membuat permohonan maaf itu.

Akaun Facebooknya tidak lagi blh diakses. Ini mungkin disebabkan walaupun telah meminta maaf, netizens tetap menyerang dan mengkritik dirinya di ruangan komen. Selain itu semakin ramai yg tampil mendesak CISCO ASEAN di ruangan komen halaman itu. – SoZCYili.


Loading...

Tags: #Agong #Diburu #Eric #kerana #Liew #Menghina #Netizens

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Eric Liew Diburu Netizens Kerana Menghina Agong.."