Emma Maembong, Bertaubatlah Kata Pendakwah.

SEBAGAI selebriti, jika kebaikan mereka diikuti, Allah pasti menganugerahkan ganjaran pahala dan sebaliknya turut memperoleh dosa jika keburukan menjadi ikutan peminat.

Namun selebriti yg tersasar ketika cuba melakukan kebaikan perlu diberi sokongan bersesuaian dgn dakwah dianjurkan ajaran Islam.

Emma 1 - Emma Maembong, Bertaubatlah Kata Pendakwah.


Itu pendapat dua Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dan pendakwah terkenal Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz ketika diminta mengulas mengenai pelakon Emma Maembong yg kembali membuka tudung.

Abdul Rahman berkata, semua muslimat perlu menyedari bahawa setiap perkara dilakukan adalah bg mendapat reda Allah termasuklah dlm aspek berpakaian.

“Kena faham kita buat sesuatu bukan kerana orang sebaliknya adalah patuh kepada perintah Allah. Ini nasihat saya buat semua. Kadang-kala mereka tidak tahu berpakaian pun dpt pahala, ini yg kena belajar supaya semua perbuatan (seharian) tidak sia-sia. Allah sukakan hambanya yg istiqamah dlm melakukan kebaikan walaupun kecil.

“Dalam konteks selebriti (ramai pengikut), jika kebaikan kita diikuti Allah akan anugerahkan kita ganjaran pahala. Sebaliknya, jika keburukan menjadi ikutan peminat, kita turut mendapat dosa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, dia menasihati semua peminat kepada artis terbabit supaya tidak mencontohi keburukan idola mereka sebaliknya menjadikan Rasulullah dan sahabat sbg ikutan.

Sementara itu, Hassan berkata, dia menyeru semua pihak supaya bersangka baik kepada pelakon wanita terbabit.

“Dalam melakukan kebaikan biasalah seseorang itu tersasar. Jadi, dakwah kita kepadanya adalah dgn memberi sokongan dan bimbingan supaya dia kembali ke jalan yg benar.

“Tindakannya yg sebelum ini tidak bertudung kepada bertudung adalah satu permulaan baik. Ini tanda dia punya kesedaran. Kadang-kala tersasar itu perkara biasa kita perlu bimbing dia, lagi pula dia bukanlah drpada aliran agama,” katanya.

Menurutnya, dia menasihatkan Emma supaya bertaubat.

“Pesan saya buatnya, pertama carilah kawan yg baik. Kedua, belajar agama dan ketiga, carilah suami yg baik supaya dpt membimbingnya. Janganlah hati kita berbolak-balik dlm melakukan kebaikan, ini dikategorikan sbg jiwa tak tenteram.

“Jika kita bertemu dgnnya, jangan marah atau mempersoalkan tindakannya (membuka tudung) sebaliknya, katakanlah Allah sayang kepada orang yg tutup aurat,” katanya.

Sumber : Harian Metro.

Loading...

Tags: #Bertaubatlah #Emma #Kata #Maembong #pendakwah

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "Emma Maembong, Bertaubatlah Kata Pendakwah."