KUALA LUMPUR 11 Mac – Menteri pendidikan Dr. Maszlee Malik memberi jaminan elaun Pengawas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan dibayar dan diselesaikan pd penghujung bln ini.
Menurut Maszlee, beliau telah menerima aduan berkaitan kelewatan pembayaran elaun tersebut.
Sehubungan itu, beliau telah menyiasat aduan tersebut dan telah meminta proses pembayaran disegerakan bg menghargai khidmat bakti guru-guru yg terlibat.
“Tindakan sewajarnya telah diambil dan Jabatan Pendidikan Negeri di seluruh negara kini dlm proses melaksanakan pembayaran.
“Kementerian Pendidikan memberi jaminan bahawa proses pembayaran ini akan diselesaikan sepenuhnya pd penghujung Mac 2019.
Dr. Maslee turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yg terlibat kerana bersabar serta memohon maaf atas kesulitan yg tak dijangkakan.-UTUSAN ONLINE
Tags: #2018 #Dibayar #elaun #hujung #Maszlee #Pengawas #Peperiksaan