Elak jadi pentadbir yg zalim…

Loading...

masa - Elak jadi pentadbir yg zalim...

“Awak dah tiga kali lewat bln ini. Bulan depan saya tukarkan punch kad awak warna lain. Menandakan kehadiran awak dah tiga kali lewat!”

Keras seorang guru besar memarahi guru ini. Guru ini hanya menunduk dan mengangguk sahaja dgn redha. Ya, dia terlambat 3 kali dan itu termaktub dlm peraturan. Dia akur tanpa bantahan.

Dalam mesyuarat, hal ini dibangkit dan mana-mana guru yg bertukar warna kad disindir-sindir dan diperli. Tidak komitmen dan tidak berdisiplin kata GB tegas ini.

Masa berlalu. Teraju bertukar tangan. Diganti oleh GB lain yg tegas juga dlm bicara dan kata-kata. Namun bila berdepan, bila hadap berdua GB baru ini sangat santun dan berlemah lembut. Nasihat yg baik diberi, bukan ugutan atau sindiran kasar.

Beberapa bln kemudian, sekali lagi punch kad guru ini berwarna merah. Empat kali dlm sebulan. Dia dah redha jika kad bertukar warna bln depan.

Bulan seterusnya, kad dia masih warna yg sama. Seolahnya dia tidak lewat melebihi tiga kali. Maka diberanikan diri bertanya pd GB baru.

“Puan. Bulan lps saya lewat lagi empat kali. Kenapa punch kad saya tidak ‘diturunkan darjat’ menandakan saya pernah lewat?”

GB itu tersenyum. Diarahkan kerani mengambil punch kad cikgu ini. Lantas ditunjuk dan berkata,

“Cikgu. Cikgu lihat punch kad cikgu. Benarlah ada merah empat kali menandakan lewat dr sepatutnya. Lihat merah yg pertama, masanya 7:21 minit.

Hanya lewat satu minit sahaja. Lagi pun masa itu kelas belum bermula. Kelas kan bermula jam 7:30 pagi. Begitu juga tiga lagi kelewatan cikgu. Semuanya tidak lebih dr 7:30. Maka saya maafkan.

Lagi pun pagi-pagi jalan depan sekolah memang jem. Cikgu pula turunkan anak dulu di pra sekolah. Saya percaya sebenarnya cikgu dah berada dlm kawasan sekolah sebelum jam 7:15 pagi lagi kan?”

Sambil tersenyum GB itu memberi penjelasan. Cikgu ini mengangguk-angguk tanda faham. Terharu dia dpt pentadbir yg memahami, bukan yg jenis mencari salah.

“Puan. Terima kasih byk atas pertimbangan puan. Benar apa yg puan cakap. Saya berada dlm kawasan sekolah kadangkala lebih awal, namun utk punch kad itu memakan masa atas pelbagai faktor.”

GB itu tersenyum lantas menyambung,

“Adalah kejam bg saya menghukum guru-guru dibawah saya hanya sekadar warna merah 3-4 kali ini.

Cuba awak perhati waktu awak pulang kat punch kad ini. Awak layak pulang seawal jam 1:00 petang. Namun hampir setiap hari awak berkorban masa demi sekolah dan anak-anak didik sampai jam 2-3 petang.

Lewat satu minit diganti dgn tambahan 2-3 jam setiap hari adalah sesuatu yg mengagumkan saya. Cikgu tidak pernah membangkitkan pengorbanan cikgu berada lebih masa di sekolah.

Apa perlu saya bangkitkan kelewatan satu minit atas faktor teknikal? Saya belum sezalim itu cikgu. Itu bukan cara saya mentadbir sekolah. Terus beri yg terbaik cikgu ya!”

Guru ini merasa sangat dihargai. Dia merasa sangat senang dgn pentadbir yg bertolak ansur dan pandai mengenang budi.

Setiap langkah ke sekolah di hari mendatang dia hayun dgn semangat yg lebih membara. Setiap program sekolah dia cuba jayakan sebaik mungkin.

Benarlah, seorang pemimpin yg baik tidak hanya pandai mencari salah.

Pemimpin yg baik tidak hanya tahu bertegas dan marah-marah.

Pemimpin yg baik tidak membuatkan anak buah mereka bekerja keras dgn ugutan dan paksaan.

Sebaliknya pemimpin yg hebat mampu memenangi hati anak-anak buahnya sehingga mereka seronok bekerja bersama.

Sehingga anak-anak buahnya melakukan segalanya bukan kerana paksaan atau ugutan. Tapi dgn kerelaan dan rasa hormat yg menebal pd pemimpin yg pandai menjaga hati ini.

Kisah ini kisah benar yg aku dengar sendiri dr seorang sahabat guru. Mana yg baik sama-sama kita ikuti.

Begitulah.

*******
– Gambar hanya hiasan sahaja.

Nukilan: Mohd Fadli Salleh

loading…

Loading...

Tags: #Elak #JADI #pentadbir #Zalim

author
Author: 
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr
    Tips Pilih Tilam Yg Betul Utk Masalah Tulang Belakang
    Assalamualaikum… Tidur tu satu nikmat. Lagi-lagi lps satu hari suntuk kerja atau buat aktiviti
    Pengenalan Guru Nadi Negara angkat martabat guru – Maszlee
    Malah, kata beliau, KPM akan turun pdng ke setiap negeri di Malaysia utk

    Leave a reply "Elak jadi pentadbir yg zalim…"