Dunlop Formula D 05 Tayar Baru

Hampir 2 thn lebih menggunakan tayar kereta jenama Bridgestone, tiba masanya utk diganti.. Bridgestone MY02 memang tahan tayar dia, dan sehingga waktu ditukar, bunga tengah tayar masih lagi tebal.. Tapi disebabkan bunga tepi tayar tersebut dah nipis, saya rasa mungkin dah kena tukar ni.. Dah survey pelbagai kedai, sememangnya MY02 sudah tidak dikeluarkan lagi.. So saya decide mencari tayar jenama lain dgn harga kompetitif.. atau lebih murah la.. hehe.. sampai Kedah ni saya pergi tukar tayar.. disebabkan kos tayar di Kedah lebih murah berbanding di Lembah Klang…

P 20160723 075252 wm 1 - Dunlop Formula D 05 Tayar Baru
Ni tayar terbaru yg saya gantikan pd dua tayar depan.. 

Menggunakan jenama lain yakni Dunlop Formula D05
Untuk pengetahuan, Dunlop buatan Malaysia sekarang di bawah syarikat Continental.. Penggantian tayar ni saya buat dgn meletakkan tayar baru di depan, dan tayar depan sedia ada diletakkan bahagian belakang.. Beberapa tips saya peroleh masa ke kedai tayar kereta. Mesti kebanyakan kita mencari tayar baru kan.. yakni thn semasa serta kalau blh bulan yg semasa pun dia nak.. tapi maklumat saya peroleh dr kedai tayar setelah dirisik2.. tayar sebenarnya ada tempoh masak dia selepas dikeluarkan dr kilang dan sebelum digunakan, kata mereka 9 bulan selepas dr tarikh pengeluaran baru elok.. dan bunga tak cepat haus kalau pakai nanti… hmm betul juga kan.. 
P 20160723 075100 wm - Dunlop Formula D 05 Tayar Baru

sebelum membeli tayar kereta yg baru, sila pastikan sama saiz tayar adalah bersesuaian dgn saiz rim kereta anda.. kereta saya menggunakan saiz tayar 195/50/15… dan benda yg utama hampa perlu lihat adalah seperti gambar di bawah… Dah dua minggu guna Dunlop Formula D05, rasa mcm senang pula nak pusing2 stereng.. ikuti tips pembelian tayar yg saya share sini… hehehe…

P 20160723 082006 wm - Dunlop Formula D 05 Tayar Baru

 di sini part yg penting.. yg menyatakan bulan bila dikeluarkan thn bila dikeluarkan.. pd tayar saya, dinyatakan 5115, bermaksud dikeluarkan pd minggu 51 yakni bulan Disember, pd thn 2015… Treadwear dinyatakan 340, semakin tinggi jumlah treadwear semakin lambat bunga nak haus.. Traction A di situ bermaksud kekuatan cengkaman tayar.. paling bagus AA la.. semakin kurang adalah C… dan dinyatakan Temperature A utk kawasan panas.. macam Malaysia ni la..

P 20160723 082018 wm - Dunlop Formula D 05 Tayar Baru
apa yg saya diberitahu, tayar baru sekarang hanya ada outside & inside..
tiada lagi rotation seperti tayar Bridgestone MY02 yg digunakan..

P 20160723 075115 wm - Dunlop Formula D 05 Tayar Baru
ni Bridgestone yg masih saya gunakan utk tayar belakang…
P 20160723 082102 HDR wm - Dunlop Formula D 05 Tayar Baru
MY02 Sporty Style.. bunga masih tebal lagi kan di bahagian tengah…

Kenali Tayar Kereta Anda…
Maklumat Tayar Kereta - Dunlop Formula D 05 Tayar Baru

Loading...

Tags: #Baru #Dunlop #Formula #Tayar

author
Author: 
    1001+ Hikmah Beriman Kepada Hari Akhir (Kiamat)
    Sebenarnya, apa hikmah beriman kepada hari akhir (kiamat)? Semua agama di dunia ini
    Pola Lantai Pd Tari Saman
    Seperti apa pola lantai yg berlaku dlm Tari Saman? Siapa yg tidak kenal
    Jawaban Jelaskan Cara Melakukan Gerakan Meroda
    Bisakah kamu jelaskan cara melakukan gerakan meroda? Gerakan Meroda  atau Radschlag adalah suatu
    Keistimewaan Umrah di Bulan Ramadhan
    Di antara amal-amal saleh yg dpt dilakukan utk mendekatkan diri kepada Allah SWT

    Leave a reply "Dunlop Formula D 05 Tayar Baru"