Dua sekolah dpt “memo”, langgar peraturan pendidikan

358C6C0B 2860 4DD9 8BA3 39A8B97C88E8 - Dua sekolah dpt “memo”, langgar peraturan pendidikan

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi peringatan tegas kepada pentadbir dua sekolah kerana melanggar Peraturan-Peraturan Pendidikan.

Peringatan itu diberikan kepada pentadbir di sebuah sekolah di Pulau Pinang kerana melarang bacaan doa pd Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar Thn 2019 selain sebuah sekolah di Perak berikutan penceramah kursus pendidikan seni visual menyampaikan kursus tersebut dlm bahasa Cina sepenuhnya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, kementerian itu juga sedang pertimbangkan tindakan tatatertib jika perlu.

“Peringatan sama turut diberikan kepada semua sekolah supaya mematuhi semua Akta Pendidikan dan surat-surat siaran yg telah diedarkan kepada mereka.

“Ketidakakuran kepada peraturan-peraturan ini blh membawa kepada tindakan tatatertib atau tindakan lain yg sesuai kepada pihak pentadbir sekolah yg terlibat,” katanya dlm satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, KPM tidak akan berkompromi dgn mana-mana pihak yg melanggar peraturan yg disediakan utk rujukan semua.

Sebelum ini, insiden melarang bacaan doa dan penggunaan bahasa Cina sepenuhnya dlm kursus pendidikan seni visual tular di laman media sosial.

Hari ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik turut memberi teguran kepada sebuah sekolah di Ayer Tawar, Manjung kerana tidak menggunakan bahasa Malaysia pd kain rentang sekolah.

Teguran itu dibuat menerusi ruangan komen Instagram milik Timbalan Yg Dipertua Dewan Rakyat yg juga Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming pagi tadi.

Beliau menegaskan, poster berkenaan perlulah ditulis menggunakan bahasa kebangsaan memandangkan jata negara turut digunakan.


Loading...

Tags: #“memo” #Langgar #Pendidikan #Peraturan #Sekolah

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.