Dua Penyanyi Bakal Disingkirkan Di Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 5?

DUA PENYANYI BAKAL DISINGKIRKAN DI KONSERT SEPARUH AKHIR GV5 compressor 1 - Dua Penyanyi Bakal Disingkirkan Di Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 5?

Gegar Vaganza sudah menjengah ke kaca televisyen selama 5 thn. Sepanjang penyiaran ini, GV1 sahaja merupakan siaran rakaman. Manakala GV2 sehingga GV5 disiarkan secara langsung. Kelima-lima musim Gegar Vaganza mengekalkan Datuk Ramli MS sebagi juri dan Nabil Ahmad serta Jihan Muse sbg pengacara.


Hanya GV4 sahaja menyaksikan kehadiran Hetty Koes Endang sbg juri tetap dr luar negara, dan musim yg sama posisi Datuk Khatijah Ibrahim dikosongkan. GV4 juga merupakan satu-satunya GV menyaksikan penyertaan penyanyi luar dr Indonesia dan Singapura yg turut menerima kritikan.


GV5 pula menyaksikan penaja program terdahulu Datuk Seri Vida dipadamkan drpada jenama Gegar Vaganza dan digantikan dgn Datuk Seri Aliff Syukri. Ini dipercayai ekoran kontroversi penajaan melibatkan juara GV4, iaitu Aishah.


GV5 juga pertama kali menampilkan penyanyi duo atau berkumpulan bertanding di pentas Gegar Vaganza. Kebanyakan juri jemputan di GV5 adalah sama dgn GV4, malah Datuk AC Mizal telah tiga kali menjadi juri di kerusi GV5 sehingga Konsert Suku Akhir.


GV1-GV4 juga menyaksikan hanya 7 peserta yg melangkah ke Konsert Separuh Akhir, dan seorang disingkirkan pd peringkat ini menjadikan 6 peserta akan mara ke final Konsert Gegar Vaganza. Namun, di GV5, terdapat 8 penyanyi solo atau berkumpulan yg layak ke Konsert Separuh Akhir GV5.


Antara Amelina, Billy Zulkarnain, Zamani, Maya, Hetty Sarlene, Forteen, Dia Fadila, dan Noryn Aziz siapakah yg bakal disingkirkan pd Konsert Separuh Akhir GV5, adakah seorang seperti kebiasaan atau dua sekali gus bakal meninggalkan pentas Gegar Vaganza?


Nantikan siarannya, 11 November 2018, 9 malam hanya di Astro Ria dan Ria HD.


Loading...

Tags: #Akhir #bakal #Disingkirkan #Gegar #Konsert #Penyanyi #Separuh #Vaganza

author
Author: 
    Lirik Lagu Dulu Kita Masih SMA Ost DILAN 1990
    Lirik Lagu Dulu Kita Masih SMA Ost DILAN 1990 Dulu kita masih remaja
    Qua Qnwary : Kapten Kito (Dikir Barat Piya)
    https://www.facebook.com/greatggofficial Lagu asal ini nyanyian kumpulan NagaSari bertajuk Nur Ain dan telah ditukar
    Filem melayu terbaru 2018 – Angin Cinta
    hello guys, please subscribe Me And And Leave A Like, If You Like
    Biodata Fattah Amin
    Fattah Amin (nama sebenarnya Abdul Fattah bin Mohd Amin, lahir 14 September 1990)

    Leave a reply "Dua Penyanyi Bakal Disingkirkan Di Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 5?"