Dua Cara Masak Telur Puyuh Yg Simple Tapi Sedap

Loading...

cover 43 1 - Dua Cara Masak Telur Puyuh Yg Simple Tapi Sedap

Telur puyuh ni saiznya kecil je. Walaupun kecil, tapi sedap sungguh rasanya. Biasanya kita mkn telur puyuh rebus je kan? Apa kata kali ni kita ubah sikit. Jom, RASA berikan dua idea utk korang masak dan nikmati telur puyuh. Tak susah pun. Senang je, tapi sedap tau.

TELUR PUYUH MASAM MANIS

1 40 1 - Dua Cara Masak Telur Puyuh Yg Simple Tapi Sedap

Bahan-bahan


Minyak masak utk menumis secukupnya
2 sudu mkn pes cili merah
1 biji bawang besar (dicencang halus)
2 ulas bawang putih (dicencang halus)
2 cm halia muda (dicencang halus)
20 biji telur puyuh (direbus dan buang kulit)
2 keping nanas dlm tin (didadu kecil)
Sedikit cili benggala (didadu kecil)
2 sudu mkn sos cili
1 sudu mkn sos tomato
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya

Cara memasak
1. Panaskan minyak masak. Tumis pes cili merah. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masukkan telur puyuh, nanas dan lada benggala. Kacau sebati.
3. Masukkan pula sos cili, sos tomato dan sedikit air.
4. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.

TELUR PUYUH KRIM MENTEGA

2 34 - Dua Cara Masak Telur Puyuh Yg Simple Tapi Sedap

Bahan-bahan


20 biji telur puyuh (rebus dan goreng)
5 biji cili padi (dihiris)
5 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 tin susu cair
3 tangkai daun kari
2 sudu mkn mentega
1 sudu minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak
1. Panaskan minyak bersama mentega di dlm kuali.
2. Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
3. Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.

Selamat mencuba!

Komen anda

Loading...

Tags: #Cara #Masak #Puyuh #Sedap #Simple #Tapi... #TELUR

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Dua Cara Masak Telur Puyuh Yg Simple Tapi Sedap"