Drama Setelah Cinta Itu Pergi lakonan Fahrin Ahmad dan Nina Iskandar

Drama terbaru di slot Samarinda TV3, Setelah Cinta Itu Pergi adaptasi dr novel karya Ezdiani Abd Rahman. Bersiaran 20 episod, diarahkan oleh Heykal Hanifah, terbitan Zamriez Golden Picture Sdn Bhd dan skrip bersama PGRS Team, Rozie Rashid dan Zakinah Ab Zarith.

drama setelah cinta itu pergi tv3

Para Pelakon

Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Amyza Aznan, Rusdi Ramli, Shahz Jaszle, Raja Azmi, Julia Farhana Marin, Faezah Elai, Fizo Omar, Azrel Ismail, Nik Adam Mika, Oktovia Manrose, Syakilah Rahmad, Faye Kusairi, Asry Azizan, Mardiana Alwi.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Sinopsis Setelah Cinta Itu Pergi

Perkahwinan Ikram dan Marina bahagia disulami cinta yg sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka utk menidakkan takdir Tuhan. Janji yg kukuh terpateri akhirnya rapuh. Kehadiran Insyirah dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yg kukuh terbina.

Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.

Marina pergi membawa diri dgn seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan. Tidak ditoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yg disayangi, amat memeritkan jiwa Marina.

Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali. Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dgn tindakan Ikram terhadap Marina.

Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh utknya. Namun cinta yg bertakhta di hati memang sukar disingkir pergi.

Hadirnya Adam, cuba mengubati hati Marina yg penuh dgn seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yg sengsara. Sbg tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?

Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yg hadir di depan mata begitu sahaja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yg terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yg akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi?

Gambar Pelakon

gambar pelakon setelah cinta itu pergi

Jangan lupa saksikan drama Setelah Cinta Itu Pergi pd setiap hari Isnin sehingga Khamis jam 10 malam di TV3.

Loading...

Tags: #Ahmad #CINTA #drama #Fahrin #Iskandar #Lakonan #Nina #Pergi #setelah

author
Author: 
    Idap Kanker Ginjal Stadium 3, Vidi Aldiano Siap Mati: Gue Ngerasa Dikasih Tahu Tuhan!
    slidegossip.com – Penyanyi muda Vidi Aldiano divonis dokter mengidap penyakit kanker ginjal stadium
    Pengertian Pendidikan Kewarganegaraan (Lengkap)
    Apa pengertian Pendidikan Kewarganegaraan? Pendidikan Kewarganegaraan bukan hal baru dlm sejarah pendidikan nasional
    Iodin: Fungsi dan Dampak Kekurangan
    Iodin atau yodium merupakan salah satu zat penting penyusun tubuh manusia. Kali ini
    Jawaban Bagaimana Proses Berdirinya Kerajaan Mataram
    Sebenarnya, bagaimana proses berdirinya kerajaan Mataram? Berdirinya kerajaan Mataram erat kaitannya dgn jasa

    Leave a reply "Drama Setelah Cinta Itu Pergi lakonan Fahrin Ahmad dan Nina Iskandar"