Drama Seadanya Aku (TV3) | MyInfotaip


Drama Seadanya Aku TV3 MyInfotaip - Drama Seadanya Aku (TV3) | MyInfotaip

Nantikan drama adaptasi novel Seadanya Aku karya Rissa Ahdiya di slot Akasia TV3. Menyatukan semula gandingan pelakon Zara Zya dan Azlee Khairi. Drama arahan Feroz Kader, terbitan Country Universal Sdn Bhd. Ditaygkan bermula 15 Januari 2020, setiap Isnin sehingga Jumaat pukul 7 malam. 

TAJUK : SEADANYA AKU

EPISOD : 28 episod
MULA SIARAN : 15 Januari 2020
WAKTU TAYANGAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SALURAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Mufid Suhaimi & next scene team
PENULIS NOVEL : Rissa Ahdiya
PENGARAH : Feroz Kader
TERBITAN : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Norish Karman, Ainina Ahmad, Jasmin Hamid, Anne Abdullah

WATAK PELAKON 
Azlee Khairi sbg Zarul
Zara Zya sbg Aufiya
Elvina Mohamad sbg Wina Ahmad
Redza Rosli sbg Taufik
Dayana Roza sbg Zureen
Fadlan Hazim sbg Hadi
Sharifah Husna sbg Eliza
Norish Karman sbg Kartina
Ainina Ahmad sbg Salma
Jasmin Hamid sbg Jumah

LAGU TEMA / OST 
Lagu : Seadanya Aku
Penyanyi : Ippo Hafiz
Lirik : Fedtri Yahya & Ippo Hafiz

SINOPSIS SEADANYA AKU

Segalanya seakan hancur buat Aufiya. Disaat hari perkahwinan, tunangnya Taufik tidak hadir kerana tidak blh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik utk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji.

Namun muncul Zarul yg menawarkan diri sbg pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepd Wina yg juga sahabat baiknya. 

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepd kawan-kawan baiknya sendiri kerana yg menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yg dikhianatinya dlm diam.

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yg dikasihi. Sikap Zarul yg melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yg paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.

Aufiya bersahabat baik dgn Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lg dan sampai ke alam pekerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedr wujud perasaan cemburu antara mereka.


1579293252 192 Drama Seadanya Aku TV3 MyInfotaip - Drama Seadanya Aku (TV3) | MyInfotaip

1579293252 732 Drama Seadanya Aku TV3 MyInfotaip - Drama Seadanya Aku (TV3) | MyInfotaip
Pelakon drama Seadanya Aku

Loading...
author
Author: 
    Drama Jodoh Tersasar Alamat | MyInfotaip
    Drama bersiri ‘Jodoh Tersasar Alamat’ menampilkan lakonan Husna Mustaffa, Syazuwan Hassan, dan Ungku
    TERBARU! BoBoiBoy Galaxy Card – PEK LAGENDA – Kini Di Pasaran!
    Dapatkan BoBoiBoy Galaxy Card Pek Lagenda TERBARU!! Kini di pasaran! Tekan LINK dibawah!
    Drama HERO Musim 2 (TV2)
    Nantikan drama aksi Bomba ‘HERO’ musim kedua yg bakal bermula taygannya pd 7
    FLASHLIGHT – JESSIE J (COVER VERSION) | LIRIK LAGU DAN TERJEMAHAN BAHASA INDONESIA
    FLASHLIGHT – JESSIE J (COVER VERSION BY WIZZY ) | LIRIK LAGU DAN

    Comments are closed.