Drama Pink Smile (TV3) | MyInfotaip


Drama Pink Smile TV3 MyInfotaip - Drama Pink Smile (TV3) | MyInfotaip

Nantikan drama adaptasi novel ‘Pink Smile’ karya Luna Adresia di slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan Fattah Amin dan Sweet Qismina. Drama bersiri 20 episod terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd. Akan menemui penonton pd bln Ramadan nanti. 

TAJUK : PINK SMILE

EPISOD : 20 episod

MULA SIARAN : April 2020

WAKTU TAYANGAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam

SALURAN TV : Slot Lestary TV3

PENULIS NOVEL : Luna Adresia

PENULIS SKRIP : Ayuni Zamani

PENGARAH : Hazreen Hakim

TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd

PELAKON : Fattah Amin, Sweet Qismina, Syafi Tee, Afifah Nasir, Intan Najuwa, Natasya Mahyan, Esma Daniel, Noniswara, Iswan Ismail, Farhan Asri, Izzat Mushtaq 

WATAK PELAKON

Fattah Amin sbg Areeq (Kaz)

Sweet Qismina sbg Luna 

Syafi Tee sbg Iman (Akif)

Afifah Nasir sbg Melati

Intan Najuwa sbg Rysa

Natasya Mahyan sbg Myra 

Esma Daniel sbg Tuan Irsyad 

Noniswara sbg Puan Aminah 

Iswan Ismail sbg Syairy

Farhan Asri sbg Epol

Izzat Mushtaq sbg Faiz (Ari)

SINOPSIS PINK SMILE

Mengisahkan Luna yg selalu singgah di Duncan Coffee House kerana meminati Kaz, pemilik kedai tersebut. 

Luna – Si pencinta tegar tapi hanya mampu tengok dr jauh aje setiap kali dia ke Duncan CoffeeHouse. Kaz merupakan aura beku yg mampu mencairkannya dlm lima saat. Tiap kali berada dekat dgn Kaz, Luna kena panick attack. Pengsan tak sedar dunia apabila ‘dunia’ impiannya berada dekat dgnnya.

Kaz – Kehadiran Luna menjadi pencetus ilham utk menu terbaru Duncan CoffeeHouse. Luna, perempuan comel dgn braces merah jambu! Tanpa sedar si pencetus ilham turut mencetus fenomena luar biasa dlm hati. Tapi mengapa Luna pula cuba main tarik tali?

Akif – Berdiri atas nama seorang sahabat, tetapi tidak pernah ada utk Luna kerana sering menidakkan perasaan aneh sejak dr bangku sekolah menengah menyebabkannya sering menghilangkan diri. Setelah mengenal pasti rasa yg ada, dia nekad kembali utk mendapatkan Luna. Dan takdir membawanya ke Duncan CoffeeHouse, di mana Luna sering datang menjenguk cinta.

Dapatkah Akif merebut kembali cintanya yg telah lama ditinggalkan? Bagaimana pula keputusan Luna? Siapa pilihan Luna? Sama ada kisah semalam atau cinta impiannya? Duncan CoffeeHouse menyatukan kembali mereka semua, merungkai semua persoalan yg membelenggu mereka bertiga.

1583817667 383 Drama Pink Smile TV3 MyInfotaip - Drama Pink Smile (TV3) | MyInfotaip
Pelakon drama Pink Smile

Carian Berkaitan

pink smile episod 1

Loading...
author
Author: 
    Ejen Ali -Trailer Episod Akhir Musim 2
    Ejen Ali -Trailer Episod Akhir Musim 2 Jangan lupa Subscribe dan ikuti Ejen
    Too Good At Goodbyes – Sam Smith Cover by Luciana Zogbi
    Melancholy has its beauty and this song by Sam Smith captures it perfectly.
    Ejen Ali TERBARU MISSION BLUEPRINT1
    Ejen Ali seriess Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Temasek Poly’s Dikir Barat
    (Website: https://journeyhometosingapore.wordpress.com/) —————— Dikir Barat is a vibrant traditional Malay art form

    Comments are closed.