Drama Kan KuKejar Cinta Kamu Episod 16

Drama Kan KuKejar Cinta Kamu Episod 16 : Semalam telah ditayangkan drama Kan Kukejar Cinta Kamu. Drama adaptasi novel yg berjudul Kan kukejar Cinta Kamu. Drama adaptasi novel karya Fauziah Ashari ini akan ditayangkan bagi menggantikan Drama Isteri Bukan Utk Disewa.Ditayangkan menerusi Slot Megadrama di Astro Ria dan Astro Ria HD. Lagi menarik drama ini bakal menampilkan pelakon Fendy Bakry sbg tunggak utama yg bakal bergandingan dgn pelakon Amyra Rosli.
38285812 446742182506094 769415082948952064 n 11 - Drama Kan KuKejar Cinta Kamu Episod 16
Tonton Kan Kukejar Cinta Kamu Full Episod >>TONTON SINI

Video Promo Kan Kukejar Cinta Kamu Episod 13-episod 16
Kalau sebelum ini heroin drama ini adalah Ayda Jebat. Namun hari ini, cik akak terbaca satu info di mana Amyra Rosli bakal menggantikan Ayda Jebat.

Nampaknya kena tunggu drama ini. Kompem menarik. Tarikh tayangan cik akak akan maklumkan kemudian.
Sinopsis Kan Ku kejar Cinta Kamu

Alma binti Datuk Seri Hakim – Penggoda, nakal, selamba, romantis, anak manja papa.

Mukramin Raiyan bin Muzzammil – Lemah iman, cucu kesayangan, harapan abah, hilang identiti, keliru.

Daya tarikan Alma – Berani tanpa peduli orang. Lucu tanpa sedar (selamba) dan cantik di mata Raiyan.

Daya tarikan Raiyan – Tampan di mata Alma. Anak musuh papanya. Pelik, kenapa perlu berhati-hati dgn keturunan Datuk Raqib sedangkan Raiyan ‘okey’ aje…

Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua thn berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan sehingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan). 

Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dgn Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa.” Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, blh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sbg isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dlm senyap. Dia langgar perintah papanya dlm diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yg keliru terus lari!

Hisy! aku nak kena mulakan, ke? Hmm…buat muka selenge. Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah cuba goda dia. Eh…eh…nanti dulu, yg aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi boson kot. Argh! tak blh jadi ni! – Alma

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. – Raiyan.
“Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua thn tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler…

View this post on Instagram

A post shared by Kan Ku Kejar Cinta Kamu (@kankukejar.cintakamu) on 

View this post on Instagram

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry) on 

View this post on Instagram

A post shared by Kan Ku Kejar Cinta Kamu (@kankukejarcintakamu) on 


Carian Berkaitan

drama kan ku kejar cinta kamu episod16, kan ku kejar cintamu episod 16, kan kukejar cintamu ep 16
Loading...

Tags: #CINTA #drama #Episod #Kamu #Kukejar

author
Author: 
    5571. INILAH PENGHALANG TURUNNYA ADZAB KE BUMI
    PERTANYAAN : Assalamualaikum para mujawib yg saya hormati, mohon ibarot tentang mcm mcm 
    Kantoi Video Joget : Pengamal Undang-Undang Patut Jaga Status Kata DR. MAZA.
    Oleh : Dr. Asri Zainal Abidin Tarian Ahli-ahli Undang-undang  Ramai yg bertanya pandang pasal
    Penyakit Mental, Berhenti Mengejek Semua Pesakit Itu Kurang Iman..
    Oleh : Muhsin Zaidi II Dia mcm ni tau. Ya betul tuan-tuan, sbg
    Novel Setelah Cinta Itu Pergi Bab 1 – Bab 11 (Novel Online)
    Novel Setelah Cinta Itu Pergi Bab 1 – Bab 11 (Novel Online) : Drama

    Leave a reply "Drama Kan KuKejar Cinta Kamu Episod 16"