
Drama adaptasi novel ‘Hot Chocolate & Tea Lady’ karya Ramlah Rashid menggantikan drama Lara Syakila di Selekta Prima TV2 bermula 29 Januari, setiap Isnin sehingga Khamis pukul 8:30 malam.
TAJUK : HOT CHOCOLATE & TEA LADY
EPISOD : 13 episod
MULA SIARAN : 29 Januari 2020
WAKTU TAYANGAN : Isnin-Khamis, 8:30 malam
SALURAN TV : Selekta Prima TV2 (RTM)
PENULIS SKRIP : Ramlah Rashid & Zabidi Mohamed
PENGARAH : Dato Ahmad Tamimi Siregar
TERBITAN : Filmer Network Distribution Sdn Bhd
PELAKON : Nafiez Zaidi, Afifah Nasir, Farah Wahida, Ungku Hariz, Kay Maria
SINOPSIS HOT CHOCOLATE & TEA LADY
Pertemuan pertama di pantri membuatkan Adam Aiman menygka Shaza Amira sbg ‘tea lady’ baru meskipun penampilan gadis itu langsung tidak menyamai pekerjaan itu. Dgn pakaian Muslimah moden yg ‘trendy’ dan berjenama, Shaza Amira layak dianggap seorang pengurus muda atau anak pengarah syarikat. Tetapi kerana ego berdepan gadis yg cerdik dan cantik, Adam Aiman sengaja menyakiti lebih-lebih lg apabila mengetahui gadis itu adik tirinya. Shaza Amira mengikut sahaja rentak abang tirinya, saling membenci dan berdengki.
Setelah lama mengenali keperibadian Shaza Amira, diam-diam Adam Aiman jatuh cinta dan berangan-angan mahu memperisterikan adik tirinya itu. Tetapi tidak spt yg diangankan Adam Aiman, Shaza Amira masih merindui kekasih awalnya. Mulut berkata tiada lg cinta, tetapi hati masih mengenang Zafreil. Mereka berjumpa tanpa disangka lalu cerita lama disambung dgn sengaja. Sengketa angkara orang ketiga terus dilupakan.
Cinta Zafreil pd Shaza Amira membenihkan dendam dlm hati Elsa. Bukan kerana cinta plastiknya pd Zafreil membuatkan Elsa nekad menghapuskan Shaza Amira, tetapi kerana impian jahatnya, kakak tirinya mesti mati!
Berjayakah Adam Aiman memiliki Shaza Amira? Apakah cinta Shaza Amira dan Zafreil memahat semula dan berjayakah Elsa melunaskan misi jahatnya?