Drama Curi-Curi Cinta Episod 14

Loading...

Drama Curi-Curi Cinta Episod 14 : Cik akak pernah baca novel ini. Memang kisah sedih dan sampai habis novel pun sedih. Tak lama lagi novel ini akan diadaptasi dlm drama pula. Kompem drama ini meletop. Novel karya Siti Rosmizah ini akan ditayangkan mulai 29 April 2019 akan datang. Yg pastinya gandingan Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza sbg watak utama. 

dramaBcuri curiBcinta 12 - Drama Curi-Curi Cinta Episod 14

Judul Drama : Curi-Curi Cinta
Jumlah Episod : 28 Episod
Tarikh Siaran : 29 April 2019
Slot MegaDrama 


<<Tonton Full Episod Curi-Curi Cinta 
Sinopsis Drama Curi-Curi Cinta : Kisah Intan Raihana dilahirkan dlm keluarga yg susah. Intan malu dgn keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya seorang yg buta disebabkan kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia, dia pula membenci abangnya Iskandar yg didakwanya sbg punca kemalangan tersebut.

Terpaut dgn kekayaan Daniel Hakim, Intan merancang utk memikat Daniel apatahlagi bila dia mengetahui Daniel adalah kekasih sepupunya Fariza. Intan sanggup melakukan pelbagai cara utk mendapatkan Daniel Hakim. Namun, hati Daniel Hakim sudah terkunci utk Fariza. 


Suatu hari, Daniel diperangkap dan terpaksa disatukan dgn Intan. Daniel rasa tertipu pd perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam. Dia mula mengatur rancangan utk memberi pengajaran kepada Intan. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dgn banyak dugaan.

Apabila Intan disahkan mengandung, perasaan sayang mula berputik. Namun ego membatasi segalanya. Hati Intan telah mati utk Daniel lalu meninggalkan Daniel. Daniel terus mencari Intan utk memujuk Intan kembali.

Sinopsis Novel Curi-Curi Cinta : Intan Raihana seorang gadis yg sombong dan angkuh. Kerana mengejar harta dan kekayaan dia sanggup buang emak, buang saudara. Visi di atur, Daniel Hakim harus menjadi miliknya walau apa pun yg terjadi. Daniel Hakim begitu membenci gadis ini. Namun perancangan Tuhan tiada siapa yg dapat melawannya. Daniel Hakim terpaksa menikahi gadis yg amat di benci ini bersama dgn dendam yg berlingkar di hati.


“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dgn orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau blh biar mak yg mati dulu dr abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!” Itu kata Daniel pd Intan. Namun perancangan tuhan tiada siapa blh menghalangnya. 

“Saya akan bertanggungjawab Is. Saya akan bernikah dgn Intan. Itu janji saya.” Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pd setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti! 

“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dgn kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dgn apa yg kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu pd anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dr rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya. 

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti. 

“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yg cukup besar dlm hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dgn adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dlm hidup adik!

Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu blh diundur terlajak kata inilah pdhnya! Curi-curi cinta hanya itu yg mampu dilakukannya. Hati Intan telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi miliknya jua..


Carian Berkaitan

drama melayu curi curi cinta episode 14
Loading...

Tags: #CINTA #CuriCuri #drama #Episod

author
Author: 
    Breakfast Xinnature Dim Sum Halal
    Assalamualaikum & hai semua.. Jarang sebenarnya BBL blh mkn dim sum halal melainkan
    Murid 13 Thn Maut Gantung Diri Dlm Bilik Air
    Remaja itu ditemui dlm keadaan tergantung dgn kain tuala sebelum diturunkan bapanya. –
    Harga Menu Texas Chicken
    Hai semua.. Saja nak post latest harga menu Texas Chicken. Senang incase BBL

    Comments are closed.